Asia Digital Engineering terima suntikan pelaburan AS$ 100 juta daripada OCP Asia bagi fasa pertumbuhan seterusnya

KUALA LUMPUR, 26 April 2023 Asia Digital Engineering (ADE), anak syarikat Capital A Berhad bagi kejuruteraan dan baik pulih pesawat, hari ini mengumumkan ia telah menerima pelaburan berjumlah AS$100 juta daripada OCP Asia Ltd. yang akan digunakan untuk pembangunan serta pengoperasian kemudahan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih pesawatnya di Sepang, Selangor. Pelaburan itu juga akan diperuntukkan untuk ADE mengembangkan perniagaannya ke pasaran luar negara, menunjukkan komitmen syarikat itu untuk mencapai pertumbuhan dan kejayaan jangka panjang.

Hadir pada majlis menandatangani perjanjian pelaburan tersebut pada Rabu, YB Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia berkata: “Saya amat berbesar hati untuk melihat Malaysia terus menjadi destinasi menarik bagi pelaburan langsung asing serta menawarkan pelbagai kisah kejayaan usahawan tempatan. Kita semua sedia maklum dan turut berbangga terhadap sumbangan AirAsia kepada industri penerbangan negara yang telah menyentuh kehidupan jutaan ramai. Saya yakin ADE akan meneruskan legasi kejayaan AirAsia, mengembangkan tawaran perkhidmatan dan memperkukuh kedudukannya di dalam industri MRO serantau dan dunia. Kerajaan komited dalam menyokong pertumbuhan industri penerbangan dan kami akan terus bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan dan pelaburan.”

Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A berkata: “Bagi pihak Capital A, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada ADE di atas kejayaan ini. Semasa proses penjanaan modalnya, ADE telah menerima sokongan yang kuat daripada pelbagai badan dana pelaburan global yang telah melihat potensi pemulihan industri penerbangan serantau dan global. Pelaburan ini membuktikan strategi Capital A dalam mempelbagaikan perniagaan kami untuk menjadi lebih daripada sebuah syarikat penerbangan. Kami kini telah menubuhkan kumpulan syarikat penerbangan, perkhidmatan penerbangan, syarikat digital dan logistik yang hebat dengan peningkatan yang luar biasa dan kini setelah Covid-19 berakhir, para pelabur dan pasaran awam telah merealisasikan potensi besar Capital A.”

Mahesh Kumar, Ketua Pegawai Eksekutif ADE berkata: “Kami amat teruja untuk memperoleh sokongan penting ini daripada pihak OCP Asia yang mempunyai pengalaman pelaburan yang luas merentasi pelbagai industri di seluruh Asia Pasifik. Pelaburan daripada OCP Asia ini akan membolehkan kami membina kemudahan hangar penyelenggaraan pesawat 14 baris yang baharu dan tercanggih di Sepang selain kemudahan sedia ada di hab operasi teras AirAsia kami, menjadikan ADE sebagai salah satu perkhidmatan MRO pesawat terbesar di rantau ini. Kami berterima kasih atas sokongan yang ditunjukkan oleh OCP Asia dan mengharapkan kerjasama yang berjaya. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Broadgate Advisers yang bertindak sebagai penasihat kewangan kami sepanjang latihan pengumpulan dana ini.”

Teall Edds, Rakan Kongsi Pengasas OCP Asia berkata: “OCP Asia berbesar hati untuk mendapat peluang melabur dan bekerjasama dengan ADE ketika ia melaksanakan fasa strategi pertumbuhannya. Kami percaya ADE dengan keupayaan kejuruteraan terbaik dalam kelasnya, nilai dipacu teknologi dan pasukan pengurusan yang berpengalaman berada pada kedudukan yang baik untuk menjadi pemain MRO penerbangan terkemuka di rantau ini. Kami menghargai usaha yang dilakukan oleh pihak Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, dan Malaysia Airports Holdings Berhad dalam membangunkan Malaysia untuk menjadi hab penerbangan serantau. Kami amat positif terhadap pemulihan industri penerbangan berikutan cabaran yang telah dihadapi selama tiga tahun yang lalu, dan kami melihat sektor MRO sebagai elemen kritikal dalam rantaian nilai penerbangan dan penerima manfaat utama pemulihan pasca pandemik perjalanan udara global. ”

*** TAMAT ***

About ADE

Asia Digital Engineering (ADE): Founded in 2020, ADE is a wholly-owned subsidiary of Capital A based in klia2, Kuala Lumpur, Malaysia. ADE is a cast from AirAsia’s Engineering Department best practices and experience. While ADE was founded in 2020, they have been a solid backbone for AirAsia for over 20 years and counting. ADE offers a broad spectrum of aircraft services such as line maintenance, base maintenance, component repair and overhaul, warehouse management, technical and design organisation services along with digitally driven engineering solutions and engineering support services. With vast experience in airline engineering managing the world’s best low cost airlines, ADE aims to deliver the best value and customer experience by providing the highest standard of professional services in quality, reliability and safety. 

About OCP Asia

Established in 2009, OCP Asia is an investment manager with a long-term track record of providing financing solutions for enterprises across the Asia Pacific region. With offices in Singapore, Hong Kong and Sydney, the Firm’s franchise has been developed with a commitment to establishing corporate governance incentives through credit facilities which align the best interests of its investors with those of key stakeholders of its portfolio companies.