Nikmati hidangan lokal dengan OURFOOD

1 Ourfood-PR-banner-1454x992.jpg

KUALA LUMPUR, 22 Jun 2020 - Penularan wabak COVID-19 telah memberi kesan yang sangat mendalam kepada komuniti perniagaan tempatan, seperti komuniti makanan dan minuman (F&B) yang perlu menyesuaikan diri dengan norma baharu perkhidmatan penghantaran. Menyedari hal ini, Teleport telah menggerakkan infrastruktur logistik dan teknologinya untuk memperkenalkan OURFOOD: sebuah platform penyelesaian perniagaan yang menawarkan perkhidmatan yang mudah dan lancar dengan harga yang berpatutan untuk para pelanggan dan pemilik perniagaan.

Platform OURFOOD sangat sesuai untuk Perniagaan F&B (Rakan Niaga) yang mengambil pesanan secara terus daripada Whatsapp, Facebook dan Instagram. Rakan Niaga hanya perlu berkongsi pautan menu yang telah dikhususkan kepada pelanggan mereka untuk membuat pra-pesanan atau menerima penghantaran makanan dengan segera. Pelanggan kemudian boleh membuat pembayaran, memeriksa dan mengesan status pesanan makanan mereka dalam masa nyata hanya dengan satu pautan.

“Kami telah melihat kadar penggunaan yang memberangsangkan menerusi platform OURFOOD, kerana ia mengurangkan kerja pentadbiran seperti urusan pembayaran, pesanan dan logistik untuk peniaga dan pelanggan F&B. Kami telah melancarkan versi awal OURFOOD pada 14 Mei lalu, dan menerima maklum balas yang memberansangkan mengenai pengalaman pengguna dan ciri-cirinya. Kami berharap Rakan Niaga kami dapat melihat bahawa situasi ini bukan hanya mengenai menyesuaikan diri atau bertahan dalam keadaan semasa yang baharu, tetapi untuk meneroka bagaimana kita dapat berkembang bersama-sama,” kata Ketua OURFOOD, Sabrina Khaw.

Sebahagian daripada kempen Save Our Shops (S.O.S), bermula sekarang sehingga 30 Jun 2020, OURFOOD menawarkan diskaun 50% bagi pelan percubaan prabayar untuk Rakan Niaga pada harga RM25 untuk sepuluh pesanan. Untuk mengaktifkan tawaran ini, sila rujuk pada kod promosi di sini: https://www.ourfood.my/pricing

Pelan prabayar ini termasuk kedua-dua kos transaksi dan perkhidmatan, sementara pelanggan akan membayar caj penghantaran. Tiada yuran pendaftaran, kontrak atau peranti khas diperlukan. Selain itu, kedua-dua Rakan Niaga dan pelanggan boleh menerima dan menebus mata ganjaran AirAsia BIG untuk setiap transaksi.

Berikut adalah beberapa ciri yang membezakan kami daripada platform penghantaran makanan yang lain:

  • Semua jenis perniagaan F&B dialu-alukan, daripada pembuat roti di rumah kepada perniagaan berantai

  • Proses pendaftaran yang mudah, hanya butiran Kad Pengenalan diperlukan

  • Keupayaan untuk mencipta menu khusus

  • Nikmati penyelesaian pembayaran automatik dan penghantaran dalaman (in-house)

  • Pilihan penghantaran atas permintaan dan pra-pesanan tersedia

  • Fungsi laporan tersedia

  • Jangkauan penghantaran sehingga 40km

2 PR_Ourfood_banner .jpg

Ketika ini, 36 Rakan Niaga OURFOOD termasuklah Agrain, Ahh-Yum By Kampong Kravers, Aroma De Nata, Aunty Sam Satay, Berjaya Food, Burnin'Pit, CALLI, Canning Heritage, Darts Line Western Food, Emery School of Coffee, Enorme Italian Restaurant, Gajah Mada, Gogopot, Junandus, Leng Zai Bak Kut Teh, Leaf Dining, MadHatter Desserts, M Fried Chicken, Mean Mince, Mozzarellaaa, Penang Chendul, Pizzazone & Tapasta, Prawn Noodle King, Pretty on Plate, Restoran D Chow Kit, Rizal Filipino Cuisine, Rojak Cendol Mat, Sarang Cookery, Shu Xiang Lou Hotpot, Signature Fei Fei Crab, Tail & Fin, Tapaulah, Tandoor Grill, Thirty3 Bites, Wingstop and WonderBrew Kombucha. Lihat menu mereka di sini: https://www.ourfood.my

Ini hanyalah langkah permulaan: OURFOOD masih dalam fasa percubaan di Lembah Klang dan akan meluaskan operasinya ke Pulau Pinang dan Johor, dan tidak lama lagi, di sekitar rantau ini.

Jika anda berminat untuk menjadi Rakan Niaga di OURFOOD, daftar di sini https://www.ourfood.my/be-our-partner. Untuk maklumat lanjut, layari ourfood.my

Dan jika anda berminat untuk menjadi Rakan Penghantar Teleport, daftar di sini https://www.teleport.asia/be-our-delivery-partner

***

 

Mengenai Teleport

Diasaskan pada tahun 2018, Teleport adalah syarikat subsidiari penuh milik Kumpulan AirAsia Berhad, bertujuan membina impian kargo dan logistik AirAsia. Teleport dalam misi membolehkan sesiapa sahaja - daripada pedagang tunggal ke syarikat besar untuk memindahkan barang serta e-dagang di Asia Tenggara dan di mana-mana sahaja. Platform atas talian kami (di bawah jenama OURSHOP) bekerjasama dengan pedagang untuk membuat penghantaran makanan, makanan segar dan keperluan pengguna. Seperti magik, ia sangat memudahkan. Untuk maklumat lanjut, layari teleport.asia