OURSHOP lancar Jualan May Mayhem

57029157_597135080760643_913768409781501952_n.jpg

SEPANG, 3 MEI 2019 – Platform e-dagang AirAsia, OURSHOP melancarkan Jualan May Mayhem, dengan menawarkan diskaun sebanyak 55%.

Promosi beli-belah dalam talian 5 hari ini bermula dari tengah hari hingga 5 petang (GMT+8) pada 5 Mei 2019 sehingga 9 Mei 2019, di mana pembeli boleh pra-tempah produk bebas cukai dengan harga diskaun hebat dengan kemudahan menerima produk dibeli di lapangan terbang terpilih atau dalam penerbangan AirAsia.

Ketua Pegawai Eksekutif OURSHOP Lalitha Sivanaser berkata, "Jualan May Mayhem menjanjikan pengalaman menarik untuk para pelancong dan pembeli kerana ianya mudah dan bebas tekanan untuk membeli-belah untuk diri sendiri dan orang tersayang sempena musim perayaan akan datang.

“Dengan OURSHOP, anda tidak perlu tergesa-gesa untuk membuat pembelian bebas cukai dan cenderahati anda sebelum menaiki penerbangan. Anda boleh layari secara dalam talian dan membuat pembelian dari rumah atau di telefon bimbit anda, kemudian menerimanya semasa dalam perjalanan ke destinasi anda.”

Platform e-dagang ini diperkenalkan oleh AirAsia untuk menawarkan tetamu dengan kemudahan dan kesenangan pada harga mampu milik.

OURSHOP adalah unik kerana ianya memberikan peluang e-dagang kepada peruncit bebas cukai tempatan dan antarabangsa untuk menawan hampir 100 juta penumpang dibawa AirAsia setiap tahun.

Maklumat utama Jualan May Mayhem:

  • 5 Mei (12pm-5pm, GMT+8): 55% OFF* Storewide – Pilih dari pelbagai jenama terkenal yang menawarkan produk berkualiti tinggi dengan diskaun menarik. Diskaun 55% ditawarkan untuk semua kategori. *Beberapa pengecualian dikenakan

  • 6 Mei (12pm-5pm, GMT+8): 55% OFF* Fesyen & Aksesori – Jam, cermin mata hitam, barang kemas, beg, dan banyak lagi.

  • 7 Mei (12pm-5pm, GMT+8): 55% OFF* Teknologi & Gajet – Pembesar suara bluetooth, penjejak kecergasan, fon kepala, berus gigi elektrik, kamera papan pemuka, adapter perjalanan dan banyak lagi.

  • 8 Mei (12pm-5pm, GMT+8): 55% OFF* Pilihan Tempatan – Kraftangan dan cenderahati, makanan ringan popular, sarang burung, makanan laut kering dan beku, coklat, dan banyak lagi.

  • 9 Mei (12pm-5pm, GMT+8): 55% OFF* Kecantikan – Penjagaan kulit dan kosmetik.

*Pembelian minima MYR250 diperlukan untuk menikmati diskaun 55% sepanjang kempen. Diskaun 55% dihadkan pada MYR250. Penerimaan barangan dalam penerbangan tersedia bagi perkhidmatan AirAsia (kod penerbangan AK), AirAsia X (kod penerbangan D7) dan AirAsia Indonesia (kod penerbangan QZ). Pengambilan di lapangan terbang disediakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (T1) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong (T1).


Pelanggan yang menggunakan OURSHOP juga boleh menerima dan menebus mata ganjaran AirAsia BIG untuk pembelian mereka. Bermula sekarang sehingga 16 Jun 2019, pelanggan berpeluang memenangi 50,000 mata ganjaran BIG setiap minggu apabila membuat pembayaran menggunakan mata ganjaran BIG.

Layari OURSHOP hari ini di www.OURSHOP.com untuk membuat pembelian produk bebas cukai anda.

 Untuk berita, aktiviti dan promosi terkini OURSHOP, ikuti OURSHOP di Facebook (facebook.com/ourshopofficial) dan Instagram (instagram.com/ourshop).

 

Mengenai OURSHOP

OURSHOP adalah platform e-dagang yang menawarkan pelbagai pilihan produk dari peruncit bebas cukai dan tempatan dari seluruh dunia. Di sini, tetamu boleh menikmati pengalaman membeli-belah dalam talian yang mudah, cepat, dan selamat tanpa beratur panjang dan tergesa-gesa di lapangan terbang. Dengan pelbagai pilihan jenama antarabangsa dan tempatan yang mewah, OURSHOP adalah gedung kepada pelbagai produk yang terdiri daripada fesyen, barangan kemas, kesihatan dan kecantikan, minuman keras, gajet, alat permainan, makanan dan banyak lagi yang ditawarkan pada harga yang kompetitif. Para tetamu boleh memilih untuk menerima barangan mereka di lapangan terbang (semasa ketibaan atau sebelum berlepas) atau dihantar ke tempat duduk mereka ketika menaiki penerbangan AirAsia. Beli-belah tanpa kebimbangan kerana OURSHOP menjamin ketulenan 100% produk daripada jenama dan peruncit terkemuka. Di samping itu, tetamu juga boleh menerima mata ganjaran AirAsia BIG dengan setiap pembelian dibuat, dan juga menebus mata ganjaran AirAsia BIG untuk membayar perbelanjaan mereka.