Perakuan Keperluan Perjalanan COVID-19 AirAsia
AirAsia telah melaksanakan langkah-langkah keselamatan pencegahan yang tersedia untuk membendung penyebaran Covid-19. Sebagai sebahagian daripada langkah-langkah tersebut, semua tetamu AirAsia yang akan melakukan perjalanan ke China dengan tempahan melalui AirAsia dan ejen-ejen pelancongan dikehendaki melalui Ujian Reaksi Rantai Polimerase (PCR) dan mengemukakan dokumen perjalanan yang berkaitan seperti yang disenaraikan di bawah sebelum berlepas:
Sebelum melakukan perjalanan ke China dengan AirAsia:
Semua tetamu yang bakal melakukan perjalanan ke China dikehendaki untuk menjalani Ujian PCR yang diperakui oleh klinik / pengamal perubatan yang diluluskan di bawah bidang kuasa destinasi perlepasan.
Ujian PCR mesti dilakukan dalam masa 96 jam sebelum waktu perlepasan.
Semua tetamu diminta membawa salinan bercetak bagi laporan / keputusan ujian yang akan disahkan di pintu perlepasan.
Hanya tetamu dengan keputusan ujian negatif akan dibenarkan mendaftar masuk.
Hasil laporan / ujian harus merangkumi maklumat di bawah:
Nama penumpang, alamat dan nombor telefon
Tarikh dan masa ujian
Ujian khusus untuk PCR
Maklumat dan cop rasmi doktor
Pendaftaran di klinik / hospital
Nombor telefon klinik / hospital
Sila klik pautan ini untuk maklumat lanjut mengenai sekatan perjalanan ke China.
Tetamu yang mempunyai dokumen yang tidak lengkap atau tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dan AirAsia tidak akan dibenarkan untuk melakukan perjalanan. Selain itu, tetamu yang didapati positif apabila tiba di destinasi mereka dan didapati tidak mengambil langkah-langkah ini boleh dianggap bertanggungjawab di bawah undang-undang yang berkenaan untuk sebarang kos dan perbelanjaan yang berkaitan dengan ketidakpatuhan tersebut.