Perhatian Gamer! RedGames Jam 2024 kembali dengan lebih hebat, lebih baik, dan lebih menarik!

Sertai marathon pembangunan permainan video selama 48 jam dan berpeluang memenangi lawatan ke Tokyo!

KUALA LUMPUR, 17 Julai 2024 –Perhatian kepada semua pencipta permainan video di rantau ini! RedGames Jam anjuran hab permainan video AirAsia iaitu RedGames, kembali untuk acara yang epik pada tahun 2024. Tahun ini, ia dijangka menjadi lebih hebat, lebih baik, dan lebih menarik daripada sebelumnya! Jangan lepaskan peluang mulai 2 hingga 4 Ogos 2024 di mana Universiti Asia Pasifik (APU) Kampus Bukit Jalil, Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi marathon pembangunan permainan video 48 jam ini. 

Sebelum kita mengetahui maklumat lanjut mengenai acara tahun ini, jom tonton kembali video kompilasi RedGames Jam 2023. Alami sendiri kreativiti, kerjasama, dan semangat yang ditunjukkan semasa acara yang luar biasa ini!

Cipta Karya Anda, Menangi Lawatan yang Tidak Dapat Dilupakan

Pertarungan sengit menanti di RedGames Jam 2024! Pasukan juara akan merangkul hadiah utama yang luar biasa iaitu lawatan sekali seumur hidup ke Tokyo, Jepun, termasuk penginapan. Bukan itu sahaja! Mereka juga akan menerima jemputan ke Tokyo Game Show 2024, anjuran rakan kerjasama ulung kami iaitu SEGA. Ini adalah peluang anda untuk menonjolkan kreativiti, berkolaborasi bersama pembangun permainan video lain, dan meraih pengalaman yang berharga!  

Rudy Khaw, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia brand co., berkata: “Di AirAsia, kami komited untuk memupuk bakat generasi akan datang, termasuk dalam industri permainan video. RedGames Jam 2024 merupakan platform ideal untuk para pembangun bercita-cita tinggi untuk mempamerkan kemahiran mereka dan berkolaborasi dengan para pemain industri. Tahun ini, para peserta berpeluang untuk mencipta permainan yang berfokuskan pada IP kami sendiri, AirAsia Buds. Kami tidak sabar untuk menyaksikan hasil kreatif para peserta.”

Terbuka kepada Semua Peringkat Kemahiran – Solo atau Berpasukan!

Sama ada anda seorang pembangun berpengalaman yang bekerja secara solo atau pasukan yang terdiri daripada sehingga 5 orang, RedGames Jam 2024 mengalu-alukan anda! Kami teruja untuk bekerjasama dengan SONY tahun ini, menawarkan lebih banyak sumber dan peluang untuk mengubah konsep permainan anda menjadi realiti.

48 Jam! Tema rahsia! AirAsia Buds!

Sertai RedGames Jam 2024 dan uji kemahiran anda dalam mencipta permainan video! Tema tahun ini akan memfokuskan pada AirAsia Buds. Masukkan elemen kreatif anda ke dalam dunia Tappy, Bam, Ogu dan BIGGIE dari permainan BIGGIE Wonderland AirAsia MOVE. Jangan tunggu lama! Daftar sekarang!

Mereka yang berminat boleh klik di sini untuk mendaftar dan mengetahui lebih lanjut tentang pertandingan dan syarat-syaratnya.

***TAMAT***