Rancang percutian anda yang seterusnya dengan Jualan Terhad 72 Jam airasia Superapp

  • Nikmati tawaran hebat dari syarikat penerbangan antarabangsa, hotel, perkhidmatan e-hailing dan banyak lagi.

KUALA LUMPUR, 26 September 2023 - Bersiap sedia dengan Jualan Terhad 72 Jam eksklusif dari airasia Superapp untuk menjadikan percutian anda satu kenyataan. Kali ini, airasia Superapp menawarkan pengguna dengan diskaun yang tiada bandingan untuk penerbangan, hotel, airasia ride dan juga airasia gifts dari 26- 28 September 2023. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk jelajah dunia pada harga yang berpatutan

Maklumat lebih lanjut di bawah:

Syarikat Penerbangan Antarabangsa (OTA)

Terbang ke destinasi impian anda dengan penjimatan yang tiada tandingan dengan lebih daripada 700 syarikat penerbangan seperti Citilink, Thai Smile, All Nippon Airways, AirArabia, IndiGo dan banyak lagi di Jualan Terhad kami. Pengguna airasia Superapp kini boleh menikmati potongan RM70* dengan perbelanjaan minimum RM600 dengan menggunakan kod promosi [FLASHSALE] semasa pembayaran. Klik ikon ‘Penerbangan’ untuk mula mencari syarikat penerbangan antarabangsa. Promo ini tidak termasuk penerbangan yang dikendalikan oleh AirAsia.

airasia hotels

Terokai pelbagai pilihan penginapan kami di seluruh dunia dan nikmati kadar berpatutan untuk penginapan hotel anda yang seterusnya. Dari hotel butik yang selesa hingga ke percutian resort, ada sesuatu untuk semua orang!

Pengembara boleh menikmati tawaran hotel ‘Beli 1 Percuma 1’ eksklusif daripada hotel terpilih daripada hanya RM150/malam. Hotel yang mengambil bahagian termasuk MoMo's Kuala Lumpur dan The Chow Kit - an Ormond Hotel di Malaysia, Best Western Premier The Hive dan Azka Hotel Jakarta di Indonesia, dan juga Cassia Phuket dan NH Boat Lagoon Phuket Resort di Thailand.

Tawaran hotel 'Beli 1 Percuma 1' hanya terpakai kepada hotel terpilih dengan tempahan minimum 2 malam penginapan. Pengguna juga boleh mendapat POTONGAN RM20 tambahan* dengan kod promosi [FLASHSALE] dengan mengklik ikon ‘Hotel’ di airasia Superapp.

airasia ride

Selain daripada tawaran perjalanan, Jualan Terhad 72 Jam menampilkan diskaun istimewa untuk perkhidmatan e-hailing, memastikan anda mempunyai pengangkutan yang mudah dan berpatutan ke mana sahaja anda pergi. Pengguna aplikasi boleh menggunakan kod yang sama untuk menikmati POTONGAN RM5* All Rides dengan tambang minimum RM20. Pengguna boleh membuat berbilang penebusan sepanjang tempoh kempen dengan mengklik ikon ‘ride’ di airasia Superapp.

airasia gifts

Mengidamkan sesuatu yang manis buat deria rasa anda? Maniskan hidup anda dengan secawan teh susu dengan hanya RM1! Dapatkan e-baucar Tealive anda bernilai RM10 dengan hanya RM1* di airasia Superapp! Cepat, e-baucar Tealive terhad kepada 100 penebusan setiap hari berdasarkan siapa cepat dia dapat!

Ikuti perkembangan terkini daripada airasia Superapp dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram atau @airasia di Twitter. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Superapp anda daripada Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery.