RedCargo dan Oman Air tandatangani perjanjian bagi tingkatkan pertumbuhan kargo
SEPANG, 29 April 2019 - RedCargo Logistics, platform kargo dan logistik AirAsia, hari ini menandatangani perjanjian antara penerbangan bersama Oman Air.
Perjanjian baharu ini akan memberi pelanggan RedCargo akses kepada ruang kargo dalam rangkaian pengangkutan dan kargo Oman Air termasuk Afrika, UK dan Eropah.
Pelanggan Omar Air pula boleh menempah ruang kargo di rangkaian luas AirAsia yang mempunyai lebih 5,000 penerbangan mingguan di seluruh Asia Tenggara, termasuk di destinasi utama Oman Air seperti Kuala Lumpur, Bangkok, Manila dan Jakarta.
Ketua Pegawai Eksekutif RedCargo, Pete Chareonwongsak berkata, “RedCargo mengalu-alukan Oman Air ke dalam keluarga RedCargo. Ini adalah contoh yang baik bagaimana dua syarikat penerbangan boleh bekerjasama untuk memaksimumkan pertumbuhan e-dagang di rantau ini. Keupayaan untuk membawa kargo dari Asean ke Afrika, UK dan Eropah akan menjadi lebih mudah dengan kerjasama ini. Kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Oman Air untuk mengembangkan perniagaan kargo masing-masing.”
Naib Presiden Kargo Komersial Oman Air, Mohammed Al Musafir berkata, “Kami amat gembira kerana dapat bekerjasama dengan RedCargo, anak syarikat milik penuh Kumpulan AirAsia. Dengan kerjasama ini, kami yakin dapat menawarkan pelanggan kami dengan pelbagai pilihan destinasi di rantau Timur Tengah dipacu rangkaian penerbangan yang meluas di luar rangkaian Oman Air. Kami berharap dapat bekerjasama rapat dengan RedCargo menerusi perkongsian antara penerbangan ini.”
*** End ***
Mengenai RedCargo
Diperbadankan pada Mac 2018, RedCargo Logistics adalah anak syarikat milik penuh AirAsia Group Berhad. RedCargo Logistics adalah pembekal eksklusif pengangkutan kargo untuk syarikat penerbangan AirAsia dan AirAsia X dan menawarkan penyelesaian kepada pengurusan kargo udara merentasi Asia Tenggara. Untuk maklumat lanjut sila layari https://redcargo.asia
Mengenai Oman Air
Oman Air merupakan syarikat penerbangan utama Kesultanan Oman dan bertaraf 4 bintang (Skytrax 2011). Ditubuhkan pada 1993, syarikat penerbangan itu telah menyaksikan pertumbuhan besar dan memainkan peranan penting dalam menjadikan Muscat sebuah hab trafik penting di Timur Tengah, yang menyokong sektor perdagangan, perindustrian dan pelancongan. Syarikat penerbangan itu kini mengendalikan penerbangan antarabangsa langsung dari Muscat ke rantau GCC serta rantau Timur Tengah / Afrika. Di samping itu, Oman Air terbang ke pelbagai destinasi di Sub-Benua India, Timur Jauh, Tenggara dan Asia Tengah, dan Eropah. Oman Air mempunyai perjanjian codeshare dengan beberapa rakan syarikat penerbangan yang menawarkan penyambungan dan pilihan yang lebih baik. Ketika ini, Oman Air mempunyai 54 pesawat dan terbang ke lebih daripada 52 destinasi. Menjelang 2022, Oman Air dijangka akan mempunyai 70 buah pesawat dan terbang ke 60 destinasi. Komitmen Oman Air terhadap kualiti, keselesaan dan pengalaman penumpang telah mendorong kepada penganugerahan pelbagai anugerah antarabangsa yang syarikat penerbangan itu telah memenangi secara konsisten. Untuk maklumat lanjut sila layari www.omanair.com