Teleport umum pelaburan dalam pasaran trak terbesar di Indonesia - Kargo Technologies

Pengumuman ini mengukuhkan lagi rangkaian airasia di Asia Tenggara

Kuala Lumpur, 27 Januari 2022 - Dalam usahanya untuk menjadi pemain utama dalam perkhidmatan penghantaran di rantau Asia Tenggara, Teleport, syarikat logistik airasia, telah melabur dalam Kargo Technologies (Kargo), pasaran trak terbesar di Indonesia, melalui nota boleh tukar. Pemerolehan ini dibiayai melalui sumber yang dijana secara dalaman oleh Teleport. 

Pelaburan ini menghubungkan perkhidmatan trak oleh Kargo kepada infrastruktur Teleport, mengembangkan lagi keupayaan perkhidmatan pertengahan Teleport melangkaui kargo udara. Selaras dengan misi Teleport untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran ke seluruh Asia Tenggara dengan lebih baik, kerjasama dengan Kargo ini membuka peluang untuk menggabungkan rangkaian udara dengan keupayaan trak di darat, memanfaatkan teknologi yang kukuh dan mengembangkan rangkaiannya. Bagi Indonesia, khususnya, memandangkan geografi dan topografi kepulauannya, cara paling berkesan untuk menghubungkan bandar-bandar di negara tersebut adalah dengan mengendalikan perkhidmatan pertengahan yang menghubungkan darat dan udara. Bagi Kargo, keupayaan serantau, rangkaian yang luas dan data Teleport akan membantu pengembangan mereka dengan lebih pantas di seluruh rantau ini. Kerjasama ini juga akan menyokong komitmen Teleport untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran 24 jam menggunakan pelbagai laluan di seluruh kepulauan. 

Pete Chareonwongsak, Ketua Pegawai Eksekutif Teleport berkata, “Apabila kami mula-mula berhubung dengan Tiger Fang, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kargo pada tahun 2021, kami hampir serta-merta bersetuju dengan kerjasama komersial dan potensi pelaburan oleh Teleport untuk kedua-dua pihak. Adalah matlamat kami untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran yang pantas pada kos rendah dan untuk memberi perkhidmatan kepada semua golongan. Kami percaya bandar yang bakal berkembang pesat pada masa hadapan adalah bandar ‘pertengahan’ yang lebih kecil, berbanding bandar-bandar utama yang lebih besar. Untuk menyokong visi ini, kami perlu melihat di luar rangkaian AirAsia dan pengangkutan udara untuk menghubungkan bandar-bandar baharu. Dengan gabungan udara dan darat, kerjasama dengan Kargo ini akan menjadikan kami penyedia perkhidmatan penghantaran ke seluruh Asia Tenggara yang terbaik.”

Tiger Fang, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kargo menambahKerjasama strategik dengan Teleport akan membantu kami menjadi penyedia pelbagai laluan, seterusnya mengembangkan perkhidmatan kami dalam rantaian nilai. Kami menjangkakan kerjasama ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak dengan mengembangkan kehadiran kedua-dua buah syarikat di Asia Tenggara pada tahun 2022 di samping kami berusaha untuk menyelesaikan isu logistik di rantau ini.

Kargo Technologies mempunyai lebih 75,000 buah trak dalam rangkaiannya dan sedang mendigitalkan perkhidmatan logistiknya untuk pengirim dan penghantar. Kargo akan menggunakan dana daripada urus niaga untuk menyokong pertumbuhan berterusan syarikatnya secara menyeluruh dari segi perniagaan-ke-perniagaan dan untuk pengembangan ke bandar lain di rantau ini bersama-sama Teleport. 

###

Mengenai Teleport

Ditubuhkan pada tahun 2018, Teleport merupakan usaha niaga logistik AirAsia Group Berhad dengan misi untuk membolehkan sesiapa sahaja - tidak kira peniaga kecil atau syarikat antarabangsa, untuk menghantar barangan ke seluruh Asia Tenggara lebih baik dari servis logistik lain dalam masa 24 jam. Kini, Teleport beroperasi di  Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, India, Singapura, dan China. Untuk info lanjut, layari teleport.asia atau media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, LinkedIn, dan YouTube. #MadeToDeliver

About Kargo Technologies

Kargo Technologies is Indonesia’s largest B2B trucking platform.  Kargo’s product suites can seamlessly integrate with any business and empower supply chains to work with more transparency & efficiency. Kargo’s workflow tools allow freight to be priced, tracked and billed with technology. Kargo’s platform has highly managed and vetted transporters along with reputation systems to instill trust.  The platform has managed to grow 15x its volume over the past year and attracted notable clients such as Unilever, Coca-Cola, Shopee, Maersk, among many others.