airasia.com super app pelengkap gaya hidup anda setiap hari
Jualan airasia.com Super Sale pertama yang telah dilancarkan secara besar-besaran pada 12 Oktober 2020, menawarkan diskaun hingga 90% untuk aktiviti, penjagaan kesihatan serta makanan dan penghantaran produk segar untuk semua.
Sama ada anda berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atau tidak, airasia.com adalah pelengkap gaya hidup anda setiap hari dengan menawarkan nilai, kemudahan dan keterangkuman untuk semua.
Tiga produk teratas yang mencatat pesanan tertinggi sepanjang tempoh jualan airasia.com Super Sale (12 - 18 Oktober 2020) adalah:
Sepanjang minggu 12-18 Oktober 2020, airasia fresh yang menawarkan produk makanan segar, sejuk beku dan siap dibungkus di airasia.com super app, mencatat peningkatan pesanan sehingga 10 kali ganda (1000%) berbanding minggu sebelumnya.
Manakala, airasia food, platform pesanan makanan di airasia.com juga menyaksikan peningkatan positif dengan jumlah pesanan melonjak sebanyak 1,150% di kawasan Lembah Klang. Perkhidmatan ini bakal diperluaskan ke kawasan-kawasan lain di negara ini tidak lama lagi.
Berikutan trend membeli-belah di rumah, airasia shop juga menyaksikan jumlah pesanan yang tinggi sebanyak 380% berbanding minggu sebelumnya.
Walau dalam apa jua keadaan, semuanya boleh didapati di Asean super app airasia.com:
Mulakan gaya hidup sihat dengan produk segar
Daripada sayur-sayuran segar, buah-buahan hingga daging atau makanan laut, airasia fresh menawarkan penghantaran keesokan hari untuk semua pesanan di Lembah Klang untuk menjamin kesegaran kepada pelanggan. airasia fresh berhubung terus dengan para pengeluar, pembekal dan peniaga tempatan, dan menghantar produk mereka melalui Teleport, cabang logistik Kumpulan AirAsia. Kawasan penghantaran pada masa ini merangkumi Lembah Klang di Semenanjung Malaysia, serta dari Sabah dan Sarawak ke Lembah Klang.
Sempena jualan airasia.com Super Sale, para pelanggan boleh menikmati pelbagai promosi kilat dari masa ke semasa. Nikmati juga diskaun sehingga 60% untuk produk airasia fresh, selama 24 jam hanya pada 19 Oktober 2020.*
Kekal selamat di rumah dengan penghantaran pesanan oleh airasia food
Bermula pada bulan Jun 2020 untuk menyokong perniagaan tempatan melalui perkhidmatan penghantaran makanan, airasia food telah membantu lebih daripada 200 peniaga melalui platform pesanan makanan airasia.com. Kini, airasia food menawarkan pelbagai jenis makanan dari seluruh Lembah Klang dari peniaga tempatan dan restoran terkemuka. Sama ada anda ingin memesan hidangan Asia seperti Laksa Rahim, Nasi Lemak dari Mamalee atau makanan sihat dari Kind Kones atau Rawsome, semuanya tersedia di airasia food untuk anda di Lembah Klang.
Nikmati tawaran istimewa penghantaran percuma untuk semua pesanan airasia food selama 24 jam hanya pada 20 Oktober 2020.*
Membeli-belah dengan selesa dari kediaman anda
Rindu untuk melancong dan membeli produk bebas cukai? airasia shop kini merevolusikan pembelian barangan bebas cukai yang asli dengan menawarkan perkhidmatan penghantaran ke rumah pada keesokan hari. airasia shop turut menawarkan jenama popular dari seluruh dunia dalam kategori kecantikan, wangian, alat elektronik, kesihatan, aksesori perjalanan dan barangan cenderamata AirAsia. Pada masa ini, penghantaran ke rumah hanya tersedia untuk kawasan di Lembah Klang sahaja.
Nikmati diskaun hingga 50% untuk barangan bebas cukai dan perjalanan di airasia shop selama 24 jam hanya pada 21 Oktober 2020.*
Untuk menikmati lebih penjimatan: Ahli BIG boleh membayar menggunakan BIG Poin untuk pembelian di airasia.com.*
Nikmati tawaran lebih daripada perjalanan untuk semua
Seperti yang anda lihat, airasia.com super app menawarkan lebih daripada tawaran perjalanan. Kini ia bukan sahaja menghubungkan anda ke destinasi yang dituju, malah menghubungkan mereka dengan komuniti setempat dan memupuk perdagangan berasaskan sosial
Hanya tekan pautan ‘Connect’ di airasia.com dan anda boleh berhubung dengan komuniti setempat untuk berkongsi resipi, panduan mencari makanan, inspirasi perjalanan atau aktiviti anda. Para pengguna juga boleh mengikuti perkembangan dan tawaran airasia.com atau membaca pengalaman di serata Asean di pautan ini.
Jom kita berhubung dan jumpa anda di airasia.com!
Untuk berita, aktiviti dan promosi terkini airasia.com, ikuti airasia di Twitter (twitter.com/airasia), Facebook (facebook.com/airasia) dan Instagram (instagram.com/airasia).
*Tertakluk pada terma dan syarat.