Tuntut kredit eBelia RM150 anda dengan BigPay dan berbelanjalah di mana-mana sahaja serta nikmati akses istimewa seperti bonus dan hadiah

Sedia untuk menuntut kredit eBelia RM150 BigPay anda? 

Bukan sahaja anda akan menerima kad Visa / Mastercard yang boleh digunakan di lebih 800,000 lokasi perniagaan atas talian dan luar talian di seluruh Malaysia, malah anda juga akan menerima kredit tambahan bernilai RM100 untuk pembelian di airasia super app.  

Selain itu, anda juga berpeluang untuk menerima kredit tambahan bernilai RM150 jika anda merupakan salah satu daripada sepuluh pemenang bertuah harian! 

Inisiatif eBelia ini dibuka untuk warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi tempatan berdaftar.

Antara sebab mengapa anda patut menuntut kredit eBelia RM150 anda dengan BigPay.

1. Ia dilengkapi dengan Visa / Mastercard

Secara ringkasnya: anda tidak perlu mencari kod QR atau berbelanja hanya di beberapa lokasi rakan perniagaan kerana kad BigPay boleh digunakan di 800,000 lokasi atas talian dan luar talian di Malaysia. Ini memberikan anda kebebasan untuk membelanjakan RM150 mengikut kehendak anda terutamanya semasa PKP ini. 

2. Ia dapat mencatatkan perbelanjaan anda secara automatik

Merangka bajet adalah penting terutamanya jika anda berumur antara 18 hingga 20 tahun atau seorang pelajar. Aplikasi BigPay akan mencatat dan mengkategorikan semua perbelanjaan menggunakan kad tersebut secara automatik. Secara umum, anda dapat tahu di mana dan bila anda membelanjakan duit anda.

3. Anda akan menerima RM20 percuma jika anda pengguna baharu

Masih belum memiliki akaun atau kad BigPay? Guna kod promosi PCEBELIABP untuk mendaftar dan anda akan menerima kredit tambahan berjumlah RM20 dalam akaun anda apabila selesai mendaftar! Ini merupakan tambahan kepada kredit eBelia RM150. Nikmatilah tawaran yang tiada bandingan ini hari ini!

4. Anda berpeluang untuk memenangi kredit tambahan RM150 setiap hari

BigPay juga akan menggandakan tawaran dengan memberikan kredit tambahan berjumlah RM150 percuma kepada 10 penuntut eBelia bertuah setiap hari! 

Untuk berpeluang memenangi tawaran ini, anda hanya perlu: 

  • Mendaftar dengan BigPay jika anda belum mendaftar sebagai pengguna

  • Menuntut kredit eBelia RM150 anda dengan BigPay

  • Memuat naik gambar dan tag laman media sosial BigPay  (Facebook, Instagram or Twitter

eBelia screen point 5.png

5. Anda akan mendapat manfaat eksklusif di airasia super app  

Apabila anda telah berjaya menuntut kredit eBelia RM150 dengan BigPay, anda akan menerima bonus baucar bernilai RM100 yang boleh digunakan di airasia super app! 

4x diskaun RM3 di airasia food, dengan perbelanjaan minimum RM30, tempoh penebusan bermula dari 1 Jun hingga 31 Julai 2021.  

Diskaun RM4 di airasia fresh dan diskaun RM4 di airasia beauty, dengan perbelanjaan minimum RM50, tempoh penebusan bermula dari 1 Jun hingga 31 Julai 2021. 

2x diskaun RM20 untuk penerbangan (Domestik Malaysia sahaja)*, tempoh tempahan antara 1 Jun dan 31 Ogos 2021 untuk tempoh perjalanan antara 14 Jun dan 30 November 2021. 

Diskaun RM40 untuk SNAP (Penerbangan sahaja)**, tempoh tempahan antara 1 Jun dan 31 Ogos 2021 untuk tempoh perjalanan antara 14 Jun dan 30 November 2021. 

 
BigPay eBelia user.png

Belum mendaftar sebagai pengguna BigPay? 

Jangan risau! Kami sedia membantu anda. Semudah 1, 2, 3! 

Untuk mendaftar, anda hanya perlu memuat turun aplikasi BigPay di sini - Google Play or App Store

  • Setelah berjaya memuat turun, masukkan maklumat peribadi anda

  • Sahkan identiti anda dengan kad pengenalan atau pasport 

  • Tambah RM5 ke akaun anda

Itu sahaja! 

Anda akan menerima kad maya secara automatik supaya anda tidak perlu menunggu kad fizikal tiba untuk menuntut kredit eBelia RM150 anda. Nombor kad maya adalah berbeza dengan nombor kad fizikal anda. Anda boleh menggunakan kad anda untuk semua transaksi atas talian dan digital. 

Pengguna baharu boleh menikmati bonus pendaftaran RM20 dengan kod promosi istimewa ini: PCEBELIABP

Sekarang anda sudah sedia, jom tuntut RM150 daripada eBelia!  

  1. Setelah anda mendaftar, buka aplikasi BigPay

  2. Pergi ke Pembayaran dan tekan pada eBelia

  3. Tandakan kotak dan tekan Mohon sekarang

  4. Masukkan maklumat dan hantar permohonan anda

  5. Tunggu untuk pengesahan

  6. Semuanya selesai! Kini anda mempunyai kredit eBelia RM150 untuk dibelanjakan dengan kad anda di 800,000 lokasi dan tawaran istimewa airasia! 

BigPay eBelia signup steps.png

Menarik bukan? Selain menyesuaikan diri dengan perbelanjaan tanpa tunai, anda juga akan akan terus berbelanja secara digital dan menikmati kebebasan kewangan yang ditawarkan oleh aplikasi BigPay.   

Kini anda boleh mencatat perbelanjaan, memindahkan wang kepada keluarga dan rakan-rakan, membayar bil, mendapat pertukaran mata wang terbaik apabila anda melancong dan macam-macam lagi! 

Tunggu apa lagi? Daftar sekarang dengan BigPay dan nikmati semua manfaat tersedia untuk anda! 

*Tertakluk pada tempoh embargo, hanya boleh digunakan untuk pembayaran tambang asas. Boleh digunakan untuk tempahan penerbangan sehala atau pergi-balik. 
**Tertakluk pada tempoh embargo, hanya boleh digunakan untuk pembayaran tambang asas. Perlu membuat tempahan penerbangan pergi-balik.