Setelah mendemokrasikan perjalanan udara, airasia kini memacu revolusi perkhidmatan penghantaran
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berterusan berikutan keadaan pandemik menyebabkan para peniaga kecil, terutamanya pengendali makanan dan minuman l serta pemilik restoran berhadapan dengan kemerosotan mendadak akibat tiada pelanggan yang boleh menjamu selera di restoran.
Justeru, platform perkhidmatan penghantaran makanan baharu airasia terus komited untuk membantu peniaga kecil dan sederhana (PKS) tempatan mengekalkan perniagaan mereka pada masa yang mencabar ini disamping memberikan perkhidmatan dengan harga yang berpatutan kepada pengguna umum.
Baru-baru ini,topik yang menjadi perbualan hangat mengenai pengendali makanan dan minuman yang bimbang akan caj komisen yang tinggi oleh syarikat perkhidmatan penghantaran di Malaysia. Caj komisen sebanyak 30% yang dikenakan menyukarkan para peniaga untuk terus bertahan dari segi kewangan, terutamanya dalam keadaan sekarang.
Selain itu, terdapat juga berita mengenai pelbagai yuran dan caj tambahan seperti caj komisen yang dikenakan kepada pengendali makanan dan minuman oleh sebuah syarikat perkhidmatan penghantaran makanan yang menyebabkan peniaga hampir tidak memperoleh sebarang pendapatan walaupun banyak pesanan yang dibuat melalui platform tersebut.
Mendengar keluhan suara pengendali makanan dan minuman ini, airasia food telah ditubuhkan pada tahun lepas untuk mendemokrasikan industri perkhidmatan penghantaran makanan. Sama seperti yang pernah dilakukan dalam industri penerbangan, dimana kami yang memberikan tambang rendah untuk semua, kini semua orang boleh menikmati nilai terbaik untuk perkhidmatan penghantaran makanan.
Kini kita harus berganding bahu untuk membantu satu sama lain dan inilah misi airasia food - menyokong dan menghubungkan pembekal dengan pelanggan pada harga terendah. Kami percaya, amat penting untuk kita terus bekerjasama bagi memastikan para peniaga kecil tempatan mampu untuk bertahan dan mengharungi keadaan semasa.
airasia food kini boleh didapati di Lembah Klang, Kota Kinabalu, Pulau Pinang, Seremban, Singapura dan akan terus berkembang. Sejak penubuhannya, airasia food komited untuk menawarkan caj komisen terendah di dalam industri dengan hanya 15% tanpa sebarang caj dan yuran tersembunyi kepada peniaga. Ini membolehkan mereka menjana lebih pendapatan dan menawarkan harga terendah kepada pelanggan. Mereka juga diberi peluang untuk berhubung dengan pengguna secara terus dan lebih meluas dengan memanfaatkan pangkalan data airasia merangkumi lebih 60 juta pengguna airasia Super App.
Dilancarkan pada tahun 2020, airasia food telah mempunyai beribu peniaga berdaftar di bandar-bandar utama di Malaysia. Majoriti peniaga di airasia food adalah peniaga kecil tempatan, di mana mereka tidak mampu untuk mendaftar perniagaan mereka di platform perkhidmatan penghantaran makanan yang lain. Visi airasia food adalah untuk melancarkan perkhidmatannya di semua pasaran utama di Asean pada masa akan datang dan menawarkan akses perkhidmatan penghantaran makanan yang mudah dan berpatutan untuk semua.
Berikut adalah komen beberapa peniaga yang berdaftar dengan airasia food:
Berkembang bersama airasia food
Menurut pemilik Charlie’s Cafe & Bakery (Kuala Lumpur), Encik Desonny Tuzan, beliau mengambil keputusan untuk mendaftar bersama airasia food sejurus selepas palancarannya. “Apabila kami dengar mengenai airasia yang kini mempunyai platform perkhidmatan penghantaran makanan, kami terus mendaftar kerana berasa ini adalah peluang terbaik untuk kami bekerjasama dengan jenama tempatan yang terkenal seperti airasia.” Beliau menambah, walaupun platform ini masih baharu dalam pasaran apabila mereka menyertainya pada bulan Disember 2020, beliau percaya bahawa pangkalan data airasia Super App akan menjangkau ramai pelanggan pada masa akan datang.
“Faktor utama yang membuatkan kami mendaftar dan terus bersama airasia food adalah kerana mereka menawarkan caj komisen terendah dalam seluruh industri ini dengan hanya 15% berbanding syarikat perkhidmatan penghantaran makanan lain yang bermula 20% hingga 35%,” tambah beliau.
Beralih kepada caj komisen terendah
Di Pulau Pinang, pemilik restoran Farmer’s Market, Heng Chia Ang bersetuju bahawa caj komisen rendah amat membantu perniagaannya. Heng, 32, berkata: “Saya telah mendaftar bersama airasia food sejak ia mula dilancarkan di Pulau Pinang pada dua bulan lepas. Dengan situasi terkini ini yang telah memberi kesan kepada perniagaan kami, kami bergantung sepenuhnya kepada platform perkhidmatan penghantaran makanan seperti airasia food untuk terus bertahan.”
“Selalunya platform perkhidmatan penghantaran makanan akan menaikkan harga berdasarkan permintaan dan tawaran tetapi bukan airasia food. Kami berterima kasih kepada mereka kerana mereka bukan sahaja mengenakan caj komisen rendah agar kami dapat menjana lebih pendapatan tetapi juga memastikan proses pendaftaran berjalan dengan mudah dan lancar, kurang dari 48 jam,” tambah beliau.
Berada di bawah kumpulan syarikat yang sama
Anda mungkin pernah mendengar mengenai Santan, jenama restoran pertama di dunia yang menawarkan hidangan dalam penerbangan di restoran yang juga dilancarkan oleh airasia. Semasa airasia meneruskan transformasi digitalnya, Santan juga telah mengubah operasinya secara drastik untuk memenuhi permintaan meningkat berikutan kawalan pergerakan yang dikenakan.
Bagi Rudy Tamizi, Pengurus Cawangan Santan Wangsa Walk di Kuala Lumpur, setiap kali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat dikenakan seperti “menjamu selera di restoran tidak dibenarkan” beliau harus menjalankan perniagaan bergantung kepada perkhidmatan airasia food.
“Apabila kami meminta bantuan daripada airasia food, kami terus menerima maklum balas untuk menghantar Nasi Lemak Pak Nasser kepada pelanggan kami,” kata beliau. “Walaupun kami turut menggunakan platform lain untuk mempromosikan hidangan kami, airasia food menawarkan caj komisen terendah dan oleh kerana kami merupakan anak syarikat airasia Group, kami akan terus menyokong satu sama lain.”
Berganding bahu menghulurkan bantuan
Di Singapura, para peniaga tempatan juga terkesan akibat pandemik ini. Apabila memilih platform perkhidmatan penghantaran makanan untuk menjalankan perniagaannya, Wai Fun, 41 tahun dari Sinkee Simpang Bedok tidak menyangka bahawa platform ini lebih maju daripada pesaingnya.
“Setelah mengetahui lebih lanjut mengenai airasia food, saya sedar bahawa platform ini mampu menjangkau pelanggan lebih luas berbanding pesaing-pesaing lain. Ini membolehkan pelanggan yang tidak dapat mengunjungi saya pada masa ini menikmati hidangan saya pada harga yang berpatutan.”
“Saya juga dapat memanfaatkan caj komisen terendah ini untuk menstabilkan pendapatan saya dan saya dapat lihat pesanan semakin meningkat melalui promosi yang dijalankan seperti perkhidmatan penghantaran percuma yang amat membantu.”
airasia food kini terus berkembang dengan peningkatan permintaan dan para peniaga boleh mendaftar dengan mengisi borang ini dan mereka akan dihubungi untuk maklumat lanjut.
Bersatu kita teguh
Selain daripada aspek makanan, tiada platform yang dapat bertahan tanpa bantuan perkhidmatan penghantaran. Pasukan penghantaran adalah tulang belakang operasi kami dan kami tidak akan berjaya tanpa mereka. Di airasia, kami memastikan pasukan penghantaran kami diberi layanan baik serta bayaran yang berpatutan.
Salah seorang rakan penghantar airasia, Jeremiah, 28, telah memulakan kerjaya bersama Teleport, cabang logistik airasia Digital sejak Februari 2021. Beliau berkata dalam keadaan yang sukar ini, Pasukan Penghantaran airasia bukan sahaja menjana pendapatan stabil malah memberikan kebebasan dalam kerjaya. “airasia sememangnya menjaga pasukan penghantar mereka yang mungkin tidak dilakukan oleh syarikat lain. Selain kadar komisen baik yang memberikan pendapatan stabil, menyertai pasukan penghantar bersama Teleport untuk airasia food memberikan kami kebebasan untuk memilih perkhidmatan untuk dilakukan dan yang paling penting kami dilayan dengan baik.”
Setiap rakan penghantar bersama Pasukan Penghantaran airasia akan mendapat faedah seperti menjana pendapatan sehingga RM2,000 setiap minggu, pulangan wang tunai sehingga RM2,000, elaun kerosakan telefon, dan perlindungan COVID-19, perubatan dan banyak lagi. Sebagai salah satu jenama terbesar di Asean, semua kakitangan airasia turut diberi peluang untuk mempelajari kemahiran baharu dan berkembang dalam organisasi syarikat. Peluang pekerjaan di airasia amat luas, sama seperti kami memberikan peluang kepada pengendali bagasi untuk menjadi juruterbang, rakan penghantar juga boleh maju dalam kerjaya pilihan mereka dan memilih untuk menjadi sebahagian daripada syarikat digital atau penerbangan.
Andrew Nelson, 35 yang menyertai Pasukan Penghantaran airasia sejak 7 bulan lalu membuat keputusan untuk meneruskan kerjayanya di sini. Beliau berkata: “Setelah membuat perbandingan dengan beberapa platform lain, Pasukan Penghantaran airasia adalah pilihan terbaik dari segi komisen dan insentif. Kami juga mempunyai pilihan dari segi jenis barangan untuk dihantar seterusnya menjana lebih pendapatan.”
“Gaji pula sentiasa dibayar tepat pada masanya,” tambah beliau.
Apa yang paling penting adalan komuniti yang telah dibina oleh Pasukan Penghantaran airasia.
“Di sini, kami bekerja seperti sebuah keluarga untuk memastikan setiap pesanan dapat dipenuhi. Dari ketua pasukan hingga rakan penghantar, kami membantu satu sama lain seperti sebuah komuniti dan saya percaya ia memberikan pengalaman pekerjaan terbaik untuk semua.”
Rakan penghantar Lee Fang Kee, 44, berkata sebagai rakan penghantar di jalan raya, aplikasi yang mudah digunakan amat penting supaya penghantar boleh terus fokus semasa membuat penghantaran. “Walaupun ini pertama kali saya menjadi rakan penghantar, saya bersyukur kerana aplikasi yang digunakan agak mudah untuk orang baharu seperti saya. Saya percaya Teleport telah menyediakan pelbagai inisiatif untuk memastikan rakan penghantar mereka dilengkapi dengan proses terbaik untuk terus berjaya.”