Bagaimana prestasi airasia Super App sebagai sebuah OTA? Tonton ini untuk ketahui lebih lanjut!
Sentiasa mencari ruang dan peluang biarpun di dalam krisis, kami telah menggunakan masa henti daripada melakukan penerbangan sepanjang dua tahun yang lalu untuk menjadi lebih daripada sebuah syarikat penerbangan kepada sebuah syarikat digital serba inklusif, airasia Super App dengan hampir 16 produk pelancongan dan gaya hidup serta perkhidmatan yang melambangkan “gaya hidup airasia”.
Dengan industri pelancongan sedang mengalami pemulihan eksponen di seluruh rantau ini, kami berhasrat untuk menawarkan pengguna aplikasi super kami pilihan yang lebih baik, kemudahan serta kelancaran, di samping kami terus memanfaatkan kemampuan data yang telah kami bina sepanjang dua dekad yang lalu yang membolehkan kami untuk memahami pengguna kami dengan lebih baik.
Hari ini, airasia Super App terus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah sebuah ejen pelancongan dalam talian (OTA) terkemuka di Asean melalui kerjasamanya dengan lebih 700 syarikat penerbangan ke 3,000 destinasi di seluruh dunia dan 700,000 hotel di platform kami.
Ketahui bagaimana prestasi kami sebagai sebuah OTA dan untuk keseluruhan perniagaan pelancongan yang disediakan oleh airasia Super App dengan menonton video di atas, menampilkan Tan Mai Yin, Ketua Pegawai Komersial airasia Super App dan Ostrova Cheng, Ketua Pengembaraan airasia Super App.
Jika anda sedang mencari pengalaman pengembaraan yang menakjubkan, muat turun aplikasi airasia Super App melalui Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery dan nikmati nilai hebat, pelbagai tawaran untuk penerbangan, hotel dan banyak lagi hari ini!