NEON Countdown 2025: MOVETIX Menjadi Pas Eksklusif Anda ke Festival Hujung Tahun di Bangkok
Raih akses masuk anda dan rancang sambutan hujung tahun bersama AirAsia MOVE
KUALA LUMPUR, 01 Disember 2025 — Bersiap sedia untuk menutup tirai tahun ini dengan penuh gaya. MOVETIX, platform penempahan tiket acara langsung rasmi AirAsia MOVE, menawarkan cara mudah untuk anda menghadiri festival muzik elektronik terbesar di Bangkok, NEON Countdown 2025, yang bakal berlangsung di Rajamangala National Stadium, sebuah venue yang penuh dengan suasana bertenaga dan mendebarkan!
Barisan artis tahun ini menampilkan nama-nama besar antarabangsa termasuk Alesso, KSHMR, Nicky Romero, Amelie Lens, dan Third Party.
Raih akses eksklusif yang hanya tersedia di MOVETIX:
MOVETIX menjadi platform utama untuk mendapatkan tiket anda, memastikan pengalaman tempahan yang lancar dan boleh dipercayai bagi acara selama dua hari ini.
Pakej VIP 2 Hari dengan harga THB7,600
Nikmati akses keutamaan menyeluruh ke venue, termasuk:
Dek VIP Bertingkat (Area Berdiri)
Akses eksklusif ke bar
Akses ke Zon Rehat VIP
Laluan Kemasukan Keutamaan
Ruang rehat VIP
Barangan Eksklusif untuk Zon General Admission
Sesi lawatan kawasan acara sebelum pintu dibuka* (Terhad kepada 50 tiket)
Keistimewaan perjalanan: Baucar SNAP (Penerbangan + Hotel) RM125*, Baucar Hotel RM60*
Untuk pilihan yang lebih jimat, akses General Admission untuk 2 Hari turut ditawarkan pada harga THB4,700, lengkap dengan barangan eksklusif.
Pilihan Perjalanan yang Mudah & Lancar
Selepas melengkapkan pembelian tiket di MOVETIX, para peminat berpeluang menikmati pelbagai pilihan perjalanan serba lengkap AirAsia MOVE bagi:
Tambang Rendah ke Bangkok: Terbang dari Kuala Lumpur ke Bangkok dengan tambang sehala all-in bermula dari MYR239* (bagi tempoh perjalanan antara 17 November 2025 hingga 30 November 2026).
Penginapan Nilai Terbaik: Untuk percutian lengkap, tempah pakej SNAP! (Penerbangan + Hotel) bagi penginapan 3H2M di Bangkok dengan penjimatan bermula RM999*.
Ikuti @airasiamove di Instagram & TikTok atau @airasia di X untuk maklumat terkini.Bagi pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, Muat turun aplikasi MOVE di Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery.
*** TAMAT***
*Tertakluk pada terma & syarat. Diskaun RM125 untuk pakej SNAP! (Penerbangan + Hotel) dengan perbelanjaan minimum RM1,500. Diskaun RM60 untuk penginapan hotel dengan perbelanjaan minimum RM400.