Dapatkan Tawaran Eksklusif Jenama Tempatan di AirAsia MOVE Duty-Free!
KUALA LUMPUR, 25 Mac 2024- Raikan Hari Raya dengan penuh gaya dengan jenama tempatan. Terbang balik kampung bersama AirAsia? Inilah peluang terbaik untuk berbelanja dan menyokong jenama tempatan kesukaan ramai di AirAsia MOVE Duty-Free! Bermula dari keperluan harian hingga aksesori bergaya, laman bebas cukai di AirAsia MOVE mempunyai pilihan terbaik daripada jenama terkenal seperti Alha Alfa, CARYA Cosmetics, The Overthink Co., B&B Labs, and ACAYA.
Lalitha Sivanaser, Chief Duty-free Officer at AirAsia MOVE Duty-free berkata: “Setiap perjalanan pulang untuk Raya bukan sekadar sebuah perjalanan, tetapi satu perayaan dengan adanya kasih sayang, keluarga, dan tradisi. Di AirAsia MOVE Duty-Free, kami ingin menjadikan perjalanan pulang anda lebih istimewa dengan hadiah bermakna serta penjimatan eksklusif. Kami berbangga dapat menyokong usahawan tempatan dengan mengetengahkan bakat-bakat tempatan. Raikan Hari Raya bersama kami dengan berbelanja produk tempatan dengan penjimatan eksklusif. Setiap pembelian anda membantu jenama-jenama ini berkembang, menjadikan hadiah anda lebih bermakna”.
Selain itu, jangan lupa gunakan kod promo RAYA30 di halaman pembayaran untuk menikmati diskaun 30% dengan perbelanjaan minimum RM300. Tawaran eksklusif ini tersedia sekarang hingga 3 April 2025.
1. Eid-ssential
Haruman mampu menghidupkan kembali kenangan. Asian Scents Co., jenama tempatan yang membanggakan, mengabadikan detik-detik ini dengan wangian yang diinspirasikan daripada aroma yang mesra dan menenangkan. Lengkapkan ruang anda dengan ASIAN SCENTS CO. Candle Set (Teh O Ais Limau & Yuzu) dan ASIAN SCENTS CO. Teh O Ais Limau Room Spray. Tersedia dalam penerbangan dan untuk prapesan.
The Overthink Co. Relaxation Set direka untuk memastikan anda kekal segar dengan enam keperluan penjagaan diri. Jadikan penjagaan diri sebahagian daripada perjalanan Raya anda—prapesan sekarang dengan diskaun 65% di AirAsia MOVE Duty-Free dan nikmati ketenangan di mana sahaja anda berada.
2.Eid-lluminating
Asas solekan yang sempurna dan sentuhan warna yang tepat mampu membuat perbezaan, memastikan anda tampil berseri dalam setiap gambar tanpa perlu bergantung pada filter. Dapatkan glow semula jadi yang bersedia untuk kamera dengan solekan yang kemas menggunakan Mini Brush Set, kini dengan diskaun 55% apabila anda membuat pra-tempahan di AirAsia MOVE Duty-free.
B&B LABS HEALTHY SKIN DISCOVERY SET
Kekal segar dan berseri di mana sahaja Raya membawa anda dengan set penjagaan kulit mikrobiom serba lengkap daripada jenama tempatan ini. Direka untuk hidrasi dan keseimbangan, ia memastikan kulit anda kekal bersinar sepanjang perjalanan jauh dan sambutan perayaan.
Penampilan Raya yang berseri tidak lengkap tanpa bibir yang lembut dan menawan, sempurna untuk setiap swafoto! Kekalkan kelembapan dan hidrasi bibir anda dengan Alha Alfa Lip Booster, memberikan kemasan licin dengan mudah. Prapesan sekarang!
Serlahkan keyakinan anda secerah sambutan Raya dengan senyuman yang segar dan yakin! Gunakan ubat gigi ACAYA, jenama tempatan yang direka untuk gigi sihat dan kesegaran berpanjangan.
3. Eid-ssesories
Raikan Raya dengan gaya bersama CELOVIS, jenama tempatan yang menambah sentuhan elegan pada penampilan anda! Dapatkan Everlast Heart Link Bracelet, Athena Classic Bracelet, atau Pink Oceane Necklace dalam rona rose gold pada harga MYR240 setiap satu, atau gabungkan mana-mana dua item hanya dengan MYR399 dalam penerbangan. Anda juga boleh pra-tempahan melalui Aplikasi AirAsia MOVE.
Ikuti perkembangan terkini daripada AirAsia MOVE dengan mengikuti @airasiamove di Instagram & TikTok atau @airasia di X untuk mendapatkan kemas kini terkini. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun AirAsia MOVE anda dari Apple App Store, Google Play Store and Huawei App Gallery.
*** TAMAT ***
*Tertakluk pada terma & syarat