AirAsia Media Sokong Kempen Serantau Universal Pictures untuk Tayangan Filem Terbaharu ‘How To Train Your Dragon’

KUALA LUMPUR, 19 Jun 2025 – AirAsia Media, cabang media pelancongan di bawah Capital A, telah bekerjasama dengan Universal Pictures bagi melancarkan kempen media serantau 360° bertajuk “Ride The Skies”, sempena tayangan filem aksi nyata yang dinanti-nantikan, How To Train Your Dragon.

Kempen ini merangkumi tujuh pasaran Asean, termasuk Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina, Taiwan dan Vietnam, dengan mentransformasikan pengalaman perjalanan kepada satu pengalaman jenama yang imersif untuk jutaan pengembara.

Menerusi kekuatan ekosistem Capital A, kempen ini direalisasikan melalui aktivasi media bersepadu 360° yang menyeluruh merentasi pelbagai platform interaksi pengguna.

1. MOVE: Penguasaan Penuh Platform 

Kempen ini dilaksanakan secara menyeluruh merentasi aplikasi MOVE dan saluran digital, menyajikan pengalaman bertemakan naga kepada pengguna sebaik sahaja mereka membuka aplikasi.

  • Promosi pengguna bertema turut menawarkan diskaun merangkumi Penerbangan, Hotel, SNAP (Pakej Penerbangan + Hotel), AirAsia Ride, dan MOVETix.

  • Reka letak antara muka aplikasi (UI) diubah sepenuhnya dengan visual kempen, pelekat sembang khas, profil pengguna bertemakan naga, dan malah pemandu AirAsia Ride turut tampil dalam bentuk avatar naga!

  • Peraduan media sosial dan cerita interaktif telah mencetuskan keterlibatan yang luar biasa, dengan hadiah eksklusif berupa tiket tayangan perdana yang diagihkan di seluruh Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina, Taiwan dan Vietnam.

2. AirAsia Airlines: Penjenamaan Imersif Sepanjang Penerbangan

Konsep bertemakan naga ‘Toothless’ selari secara semula jadi dengan pengalaman perjalanan, menjadikan syarikat penerbangan ini sebagai platform ideal untuk menghidupkan dunia How To Train Your Dragon, sekali gus melibatkan audiens dari platform digital hingga ke ketinggian 30,000 kaki di udara!

memberikan pengalaman yang menyeronokkan dan imersif kepada tetamu sepanjang penerbangan mereka.

3. MOVE Duty-Free: Penawaran Barangan Kolaboratif

Para pengembara boleh mendapatkan barangan eksklusif How To Train Your Dragon melalui jualan dalam penerbangan di semua pesawat AirAsia, serta pra-tempahan menerusi MOVE Duty-Free, membolehkan para peminat membawa pulang kenangan istimewa daripada kolaborasi menarik ini.

4. Majalah redcap: Fokus Istimewa dalam Ruangan Editorial

Sebagai sebahagian daripada naratif kempen ini, edisi khas Majalah redcap menampilkan sorotan eksklusif mengenai tayangan filem aksi nyata How To Train Your Dragon. Ruangan istimewa ini mengetengahkan bintang utama Gerard Butler (Stoick), disertai dengan kandungan di sebalik tabir serta temu bual bersama barisan pelakon. Kandungan ini disusun khas untuk memberi pengalaman bacaan yang menarik dan menghiburkan kepada para penumpang sepanjang penerbangan.

Jalin kerjasama bersama AirAsia Media hari ini. Layari at https://www.airasia.com/ads/index.html atau hubungi kami di or ads@airasia.com untuk mengetahui bagaimana aset pengiklanan eksklusif kami boleh mengangkat jenama anda ke tahap yang lebih tinggi.

*** TAMAT***