Malaysia Timur Destinasi Bajet: Percutian Tempatan Seperti Pengembaraan Antarabangsa

Pulau Borneo menawarkan landskap menakjubkan, dataran tinggi berudara sejuk, dan alam semula jadi yang indah, semuanya tanpa kos tinggi seperti melancong ke luar negara. Ia merupakan destinasi percutian tempatan yang sempurna untuk pengembara muda yang mencari pengalaman yang menyeronokkan, berbeza dan berbaloi.

Temui beberapa destinasi tempatan yang diinspirasikan oleh lokasi antarabangsa, semuanya terletak di Malaysia Timur,di pulau ikonik Borneo:

  1. Semporna- ‘Maldives’ Versi Malaysia

    Mulakan pengembaraan dengan Semporna, yang terkenal dengan air jernih, aktiviti ‘island hopping’, dan penginapan terapung yang memberi suasana seperti bercuti di pulau luar negara. Lokasi seperti Bohey Dulang dan Pulau Sibuan bagaikan mimpi, namun ia wujud dan hanya ada di Malaysia.

  2. Kundasang- New Zealand’ di Sabah

    Seterusnya, nikmati udara gunung yang menyegarkan di Kundasang. Dikelilingi bukit-bukau hijau dan kabin nyaman, ia sesuai untuk kembara jalan raya bersama rakan. Pemandangan Gunung Kinabalu yang memukau, taman bunga dan ladang tenusu tempatan menjadikan pengalaman ini sangat berbaloi.

  3. Sandakan- Pengalaman rimba Borneo setanding Amazon

    Ingin terokai sisi alam liar Sabah? Sandakan adalah habitat kepada orang utan, beruang matahari, serta safari sungai di sepanjang Sungai Kinabatangan. Suasana yang damai dan jauh dari keriuhan kota menjadikan ia tempat sesuai untuk anda yang ingin ‘unplug’ dan mendekati alam.

  4. Kudat- Byron Bay dengan Jiwa Borneo

    Di utara Sabah, Kudat menampilkan pantai-pantai tenang, kawasan luncur ombak, dan lokasi ikonik ‘Tip of Borneo’, tempat pertemuan dua laut dengan panorama matahari terbenam yang mengagumkan.

  5. Mulu- Costa Rica di Sarawak untuk Pencinta Alam Semula Jadi

    Taman Negara Mulu ialah syurga buat pencinta alam, sering dibandingkan dengan Costa Rica. Di sini terdapat ruang gua terbesar di dunia, laluan hutan hujan yang rimbun, dan titian kanopi tinggi yang menggantung di atas pokok purba. Biodiversiti yang kaya dan keindahan semula jadi menjadikan Mulu salah satu destinasi eko-pengembaraan terbaik di Borneo.

  6. Bako- Mini Galápagos di Sarawak

    Taman Negara Bako, yang hanya terletak tidak jauh dari Kuching, sering digelar Galápagos mini kerana hidupan liar unik dan ekosistem pelbagai yang padat dalam satu kawasan kecil. Daripada laluan hutan, paya bakau hingga ke pantai tersembunyi serta spesies monyet belanda, Bako menjanjikan pengalaman alam semula jadi yang luar biasa dan jauh daripada kebiasaan.

Jika Borneo ada dalam senarai destinasi anda, jangan lepaskan promosi 7.7 MOVE dari 7 hingga 9 Julai ini! Nikmati pakej SNAP! (Penerbangan + Hotel) serendah RM377* dan dapatkan diskaun RM70 dengan menggunakan kod MEGAMOVE dengan perbelanjaan minimum RM1,000. Tambahan pula, jika anda menempah penginapan hotel di Sabah melalui aplikasi AirAsia MOVE, anda juga boleh menikmati diskaun RM70 dengan kod yang sama apabila membelanjakan sekurang-kurangnya RM450. Ini masa terbaik untuk meneroka destinasi yang terasa seperti luar negara – tetapi semuanya dalam Malaysia!

Inilah masanya untuk anda meneroka Malaysia Timur,  destinasi mesra bajet yang penuh dengan pengalaman unik amat sesuai untuk pencinta alam semula jadi. Setiap sudutnya pasti memenuhi galeri kamera anda!

Ikuti perkembangan terkini daripada MOVE dengan mengikuti @airasiamove di Instagram & TikTok atau @airasia di X untuk mendapatkan kemas kini terkini. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun MOVE anda dari Apple App Store, Google Play Store and Huawei App Gallery.

*** TAMAT *** 

*Tertakluk pada terma dan syarat.