Dari Malaysia ke Seluruh Dunia, Duty-Free MOVE Angkat Jenama Tempatan

  • Kempen meraikan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-68

  • Diskaun sehingga 68% untuk pelbagai pilihan jenama milik rakyat Malaysia

  • Baucar PERCUMA RM68 pada 31 Ogos dan 16 September

KUALA LUMPUR, 28 Ogos 2025 – Bagi meraikan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-68 serta memperkukuh kedudukan jenama tempatan, AirAsia MOVE (MOVE) memperkenalkan kempen sebulan bertemakan “Celebrating Malaysia”. Bermula hari ini hingga 16 September 2025, pelbagai tawaran istimewa disediakan dengan potongan harga sehingga 68%.

Inisiatif ini memberikan peluang kepada para pengembara untuk menikmati pelbagai pilihan produk tempatan, antaranya minyak wangi daripada Legendary, kosmetik daripada Alha Alfa dan Carya, lada hitam Sarawak daripada Saraspice, madu Borneo daripada Jynn’s, makanan kesihatan daripada PurelyB, coklat artisanal daripada Benns, karakter ikonik Upin Ipin, dan banyak lagi. Dari hanya empat jenama kepada 33 jenama dalam masa setahun, perkembangan pesat MOVE Duty-Free membuktikan bahawa produk buatan Malaysia bukan sahaja mendapat sambutan hangat, malah berdaya saing serta berpotensi besar untuk menembusi pasaran global.

Wangian Legendary Orchid khususnya, mencetuskan fenomena di platform Xiaohongshu apabila tular dan segera meraih populariti dalam kalangan pelancong China, sehingga diangkat sebagai antara barangan ikonik yang wajib dimiliki ketika berkunjung ke Malaysia.

Sebagai tanda meraikan sambutan ini dengan lebih istimewa, baucar bernilai RM68 tanpa had perbelanjaan minimum akan ditawarkan pada 31 Ogos dan 16 September 2025. Hanya 68 unit disediakan bagi setiap tarikh, sekali gus menyerlahkan nilai eksklusif tawaran terhad ini.

Selain produk tempatan, pengguna aplikasi MOVE turut berpeluang untuk menikmati tawaran sehingga 68% bagi jenama antarabangsa ternama seperti Calvin Klein, Caudalie, Coach, DKNY, Elizabeth Arden, Kiehl's, Laneige, Mont Blanc, Sudio dan Sulwhasoo, semuanya pada harga eksklusif sempena kempen ini.

Setiap pembelian akan dihantar terus kepada tetamu ketika penerbangan, terus tempat duduk mereka. Tempahan awal boleh dibuat dari 90 hari hingga 24 jam sebelum berlepas,  membolehkan tetamu mendapatkan barangan bebas cukai pilihan mereka lebih awal pada nilai terbaik.

Ikuti perkembangan terkini daripada AirAsia MOVE dengan mengikuti @airasiamove di Instagram & TikTok atau @airasia di X untuk mendapatkan kemas kini terkini. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun AirAsia MOVE anda dari Apple App Store, Google Play Store and Huawei App Gallery.

*** TAMAT ***