MOVETIX Events Bawa Ticket Hardtech & Transmission Festival dengan Ganjaran Eksklusif.
Acara penuh semangat ini menyatukan dua dimensi muzik elektronik dalam sebuah pertunjukan mempesona dengan cahaya dan bunyi.
Kuala Lumpur, 23 September 2025 — Alami dua festival hanya dengan satu tiket! Kali ini, Hardtech & Transmission Festival menghimpunkan pencinta muzik dan peminat sukan permotoran di Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS sempena hujung minggu MotoGP, dengan tiket eksklusif tersedia hanya di platfom rasmi AirAsia MOVE (MOVE), MOVETIX Events.
Pas 2 hari ‘Hardtech & Transmission Festival’ berharga serendah RM425 menerusi aplikasi MOVE. Pas ini memberi anda akses ke Zon eksklusif VIP MOVETIX kawasan General Admission untuk menyaksikan persembahan, lokasi istimewa berhampiran pentas utama serta lanyard eksklusif untuk acara ini.
Selain itu, pelbagai keistimewaan tambahan menanti para pengunjung yang membuat tempahan melalui MOVETIX Events. Anda berpeluang untuk menikmati diskaun sehingga RM125* bagi pakej SNAP! (Penerbangan + Hotel) dengan perbelanjaan minimum RM1,500* di AirAsia MOVE. Malah, baucar khas AirAsia Ride juga menanti untuk semua yang hadir ke acara ini.
Bersiap sedia untuk dua hari padat dengan dentuman muzik tanpa henti, daripada irama hardstyle yang bertenaga hingga ke melodi trance yang mengasyikkan. Para peminat bakal menikmati pengalaman mendebarkan dengan alunan muzik yang mengangkat semangat hingga ke rentak penuh kuasa, menjadikannya antara sambutan muzik elektronik paling dinamik di rantau ini. Barisan artis yang bakal memeriahkan festival ini termasuk Sub Zero Project, Ben Nicky, Trym, Digital Culture dan ramai lagi!
Ikuti @airasiamove di Instagram & TikTok. Muat turun aplikasi MOVE di Apple App Store, Google Play Store, and Huawei App Gallery untuk pengalaman tempahan lancar.
*** TAMAT ***
*Terma & Syarat hanya untuk pembelian tiket menerusi aplikasi MOVE