AirAsia Foundation terus melatih kakitangan AirAsia untuk menjadi responden pertama dalam membanteras pemerdagangan manusia

6249F7C1-FC38-4B86-B1C2-C5AA97F0BDE3.png

Sempena sambutan Hari Anti-Pemerdagangan Manusia Sedunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 30 Julai lalu, Yayasan AirAsia giat meneruskan usaha mereka dalam inisiatif ini dengan melancarkan Latihan Anti-Pemerdagangan Manusia yang dikenali sebagai #KnowtheSigns untuk semua kakitangan AirAsia (Allstars).

Sejak tahun 2017 Yayasan AirAsia telah menganjurkan kelas latihan untuk kru kabin AirAsia supaya mereka dapat mengenali, melaporkan dan merekod kes pemerdagangan manusia jika ia berlaku di dalam penerbangan kami. Sejak ia dilancarkan, seramai 1,580 Allstars telah menamatkan kursus ini dalam hanya dua tahun setengah.

Walaupun kelas latihan amat berkesan, pandemik Covid-19 telah menyebabkan beberapa kekangan seperti saiz kumpulan yang dibenarkan dalam satu-satu masa dan lain-lain. Justeru, kami mengambil pendekatan kreatif dengan menawarkan modul pembelajaran dalam talian. Kami menyusun semula kandungan kelas latihan untuk modul pembelajaran dalam talian yang komprehensif, supaya kami dapat terus melatih Allstars dan dalam masa yang sama menjaga keselamatan mereka. Sejak pelancaran modul pembelajaran dalam talian kurang sebulan yang lalu, lebih dari 4,000 Allstars telah mendaftar.

Ikuti Pengarah Eksekutif Yayasan AirAsia, Yap Mun Ching yang berkongsi visi beliau dalam fasa baharu inisiatif Anti-Pemerdagangan Manusia di bawah Yaysan AirAsia.

Soalan 1: Mengapa anda melancarkan modul pembelajaran dalam talian?

Kelas latihan kami mengenai Anti-Pemerdagangan Manusia amat popular dan menerima permintaan yang tinggi oleh Allstars sehingga kami tidak dapat memenuhi permintaan untuk semua, selain faktor keselamatan dalam situasi terkini berikutan Covid-19. Justeru, ini adalah masa yang tepat untuk kami melancarkan modul pembelajaran dalam talian.

Dengan peralihan sepenuhnya kepada modul pembelajaran dalam talian, kami bukan hanya dapat melatih kru kabin, tetapi juga juruterbang, kakitangan khidmat pelanggan, dan kakitangan keselamatan di setiap hab AirAsia, walau di mana mereka berada.

Soalan 2: Apakah perbezaan antara kelas latihan dan modul pembelajaran dalam talian?

Allstars mengambil bahagian dalam kelas latihan Anti-pemerdagangan manusia #KnowtheSigns (gambar fail).

Allstars mengambil bahagian dalam kelas latihan Anti-pemerdagangan manusia #KnowtheSigns (gambar fail).

Konsep keseluruhan adalah sama. Dalam kelas latihan, mereka dapat berinkteraksi secara langsung dan mengemukakan soalan atau contoh yang mereka hadapi semasa menjalankan tugas dengan segera. Oleh kerana kelas latihan memerlukan sumber tambahan, kami hanya dapat melatih seramai 30 orang dalam setiap sesi, pada dua kali sebulan.

Menerusi model pembelajaran dalam talian pula, kami dapat melatih kumpulan yang lebih ramai. Allstars boleh mengakses modul dengan mudah melalui platform Workday Learning dan belajar mengikut masa mereka. Mereka juga boleh mengakses sumber tambahan dan kami telah menubuhkan kumpulan #KnowtheSigns di platform komunikasi syarikat iaitu Workplace supaya mereka boleh bertanya dan berkongsi kes atau senario yang dialami.

Soalan 3: Apakah antara cabaran yang dihadapi dalam meneruskan latihan ini semasa Covid-19?

Berikutan penjarakan fizikal yang harus dipatuhi dalam situasi Covid-19, semua sesi kelas latihan terpaksa dihentikan sepenuhnya. Justeru, peralihan kepada modul pembelajaran dalam talian membolehkan kami meneruskan latihan ini kerana Allstars boleh belajar dengan selamat dan selesa di rumah mereka.

Soalan 4: Bilakah modul pembelajaran dalam talian ini akan bermula?

Modul pembelajaran dalam talian ini bermula pada 30 Julai 2020, sambutan Hari Anti-Pemerdagangan Manusia Sedunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang bertemakan ‘Responden Pertama’ pada tahun ini. Dengan sokongan sepenuhnya oleh semua Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia di seluruh kumpulan, semua Allstars digalakkan untuk turut mengambil bahagian dalam latihan ini. Kami juga akan mewajibkan latihan #KnowtheSigns untuk semua kakitangan barisan hadapan seperti kru kabin dan penerbangan, kakitangan perkhidmatan pelanggan dan kakitangan keselamatan.

Modul pembelajaran dalam talian #KnowtheSigns Yayasan AirAsia kini boleh diakses melalui platform Workday Learning.

AirAsia Foundation #KnowtheSigns e-learning module can be accessed via internal Workday Learning platform.

Soalan 5: Berapa lamakah modul pembelajaran dalam talian ini?

Oleh kerana modul pembelajaran dalam talian boleh diakses sendiri, ia akan memakan masa antara 30 hingga 45 minit, bergantung kepada setiap orang. Setakat ini, kami menerima maklum balas positif daripada Allstars yang mendapati modul pembelajaran menarik dan berguna.

Soalan 6: Siapakah pelatih modul pembelajaran dalam talian?

Untuk kelas latihan, kami melibatkan pakar global untuk mengembangkan kandungan teras bersama-sama pasukan Yayasan AirAsia. Bagi modul pembelajaran dalam talian pula, kami menggunakan kandungan yang sama. Jadi, secara teknikal, kami mempunyai 'pelatih' yang sama.

Soalan 7: Apakah yang boleh dipelajari oleh Allstars menerusi modul pembelajaran dalam talian?

Pada akhir latihan, Allstars akan mempunyai pengetahuan untuk mengenal pasti tanda-tanda pemerdagangan manusia. Oleh kerana kami adalah barisan hadapan dalam industri penerbangan, adalah tanggungjawab kami untuk memastikan bahawa Allstars menyedari tanda-tanda ini dan apa apakah tindak balas sewajarnya. Ini bukan sahaja dapat membantu mangsa tetapi juga membantu melindungi rangkaian kita, khususnya ASEAN, daripada dieksploitasi oleh penjenayah.

Soalan 8: Berapakah jumlah Allstars yang telah mengambil bahagian dalam latihan ini?

Kami telah melatih sejumlah 1,580 Allstars selama dua tahun setengah dalam kelas latihan sebelum ini. Bagi modul pembelajaran dalam talian pula, kurang sebulan selepas pelancaran, lebih daripada 4,000 Allstars telah mendaftar untuk mengambil bahagian. Ini adalah sambutan yang luar biasa.

Soalan 9: Berapakah jumlah Allstars yang anda sasarkan untuk mengambil bahagian dalam latihan ini dalam masa enam bulan seterusnya?

Pada akhir tahun 2020, kami mensasarkan sekurang-kurangnya 30% barisan hadapan kami mengambil bahagian dalam modul pembelajaran dalam talian ini. Kami telah menyusun rancangan untuk mencapai sasaran ini.

Soalan 10: Bolehkah orang awam mengambil bahagian dalam latihan ini atau mengetahui lebih lanjut?

8B383496-EF43-4D43-83FD-DDB55BACECDD.png

Kesedaran orang ramai amat penting untuk memerangi pemerdagangan manusia. Justeru, Yayasan AirAsia akan menganjurkan webinar pertama kami bertajuk ‘Peranan Kakitangan Syarikat Penerbangan sebagai Responden Pertama dalam Membanteras Pemerdagangan Manusia’ pada 27 Ogos 2020 jam 5.00 petang melalui platform Zoom. Webinar ini bertujuan untuk membincangkan usaha di peringkat global termasuklah syarikat penerbangan dalam inisiatif anti-pemerdagangan manusia dan berkongsi beberapa pengalaman sebenar daripada kakitangan syarikat penerbangan yang telah berhadapan dengan situasi ini secara

Dihoskan oleh Yaysan AirAsia, dengan tetamu khas daripada AirAsia Berhad, International Civil Aviation Organisation (ICAO) dan Airline Ambassadors International, webinar ini juga akan mengupas pengalaman kakitangan barisan hadapan dalam membanteras pemerdagangan manusia dan bagaimana orang ramai boleh turut serta.

Untuk mendaftar, layari https://airasia.zoom.us/join dan log masuk 946 0848 0713.