airasia super app tawar ciri untuk gaya hidup lebih sihat

Mulakan gaya hidup lebih sihat dengan Naluri - kini di airasia super app

Naluri-HeroBanner-Mobile.png

Dalam meneruskan evolusinya sebagai jenama gaya hidup dengan pelancaran airasia super app, airasia kini menawarkan penggunanya pengalaman holistik merangkumi keperluan kesejahteraan dan kesihatan mereka.

Selain melancarkan airasia Health, platform digital pertama seumpamanya di Asean yang menawarkan perkhidmatan perubatan menyeluruh pada November 2020, kami meneruskan usaha ini dengan kerjasama Naluri, penyedia perkhidmatan kesihatan digital yang terbukti secara klinikal, untuk membantu pengguna memulakan gaya hidup lebih sihat dengan Naluri Food Journal, sebahagian daripada ciri Nutrition Improvement Program yang tersedia secara percuma untuk semua pengguna airasia super app.

Naluri Food Journal menjadikan penjejakan kalori makanan lebih mudah dengan hanya memuat naik gambar makanan anda. Bukan seperti catatan tradisional, Naluri memberikan penilaian makanan yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan serta nasihat pemakanan dan diet daripada pasukan Naluri yang terdiri daripada pakar berdaftar. Ciri baharu yang menarik ini kini tersedia untuk berjuta-juta pengguna airasia super app di Malaysia.

Azran Osman-Rani, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Naluri

Azran Osman-Rani, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Naluri

Azran Osman-Rani, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Naluri berkongsi kepentingan diet dan pemakanan, serta bagaimana Naluri Food Journal dapat membantu para pengguna menjadi lebih sihat, bermula daripada satu hidangan.

1. Hai Azran, bolehkah anda berkongsi lebih lanjut mengenai Naluri dan Naluri Food Journal?

Naluri adalah penyedia perkhidmatan kesihatan digital yang membantu pengguna memulakan gaya hidup lebih sihat untuk menjaga kesihatan mereka. Ia adalah program bimbingan berasaskan aplikasi yang menghubungkan pengguna dengan pakar untuk menyokong mereka melalui rancangan bimbingan yang peribadi menggunakan platform digital untuk mencapai tujuan mereka. Pakar-pakar kami menyokong kesihatan fizikal dan mental individu kerana kedua-duanya amat penting - selain mempunyai pakar psikologi klinikal, pakar pemakanan, penasihat perubatan, pakar kecergasan dan banyak lagi.

Saya menubuhkan syarikat ini pada tahun 2017 bersama-sama Dr Jeremy Ting dan Dr Hariyati Abdul Majid untuk meningkatkan sokongan kepada mereka yang mengalami kesihatan kronik, dan untuk memanfaatkan teknologi dalam menangani kesihatan fizikal dan mental secara holistik, kerana sains telah membuktikan bahawa kedua-duanya adalah sama. Kami tahu bahawa jika seseorang ingin memulakan gaya hidup lebih sihat, mereka empat kali lebih cenderung untuk mencapai matlamat kesihatan mereka apabila mempunyai sokongan profesional, tetapi bukan semua orang mampu dari segi kewangan. Kini, Naluri mendemokrasikan akses kepada perkhidmatan ini dan semua orang boleh dibimbing oleh pakar kesihatan di hujung jari mereka.

Ciri Food Journal adalah sebahagian daripada pengalaman Naluri dan kini ia turut menjadi sebahagian dari pengalaman airasia! Platform digital ini bukan sahaja memudahkan penjejakan kalori makanan, tetapi juga memberi akses kepada pengguna untuk berhubung dengan pakar diet dan pemakanan daripada salah seorang pakar berdaftar kami. Makanan memainkan peranan penting dalam kesihatan kita dan setiap peningkatan, tidak kira besar atau kecil, membawa kita ke arah yang lebih baik. Sebagai sebahagian daripada Nutrition Improvement Program ini, semua pengguna airasia super app mendapat akses percuma kepada Naluri Food Journal dan sokongan daripada pakar berdaftar untuk membantu mereka mengenal pasti tabiat makanan dan memulakan gaya hidup yang lebih sihat dari masa ke masa.

2. Siapakah pakar diet dan pembimbing kesihatan berdaftar dengan Naluri dan apakah peranan mereka kepada jenama tersebut?

Kami mempunyai pakar kesihatan terbaik dalam pasukan bimbingan Naluri. Mereka termasuklah pakar psikologi klinikal, kaunselor, jurulatih kecergasan, ahli farmasi, penasihat perubatan, dan, seperti yang anda ketahui, pakar pemakanan yang berdaftar dengan badan profesional berkaitan.

Mereka memainkan peranan penting dalam membantu pengguna kami mencapai matlamat kesihatan mereka. Oleh kerana setiap individu berbeza, mereka memberikan pengalaman bimbingan peribadi yang membantu para pengguna melalui sokongan dan tanggungjawab supaya mereka dapat mencapai hasil yang nyata.

3. Apakah antara kisah kejayaan oleh pengguna yang anda boleh kongsikan?

Seperti yang anda jangkakan, kami mempunyai pengguna yang berjaya menurunkan berat badan dengan membuat pilihan makanan yang lebih sihat. Ada juga yang berjaya menurunkan jumlah berat badan yang luar biasa dan menunjukkan transformasi fizikal yang mengagumkan. Tetapi apa yang paling penting adalah perubahan keyakinan. Kadangkala kita terlupa bahawa apabila kita mula menjaga kesihatan, ia akan memberi kesan positif kepada seluruh aspek kehidupan selain mencapai tujuan asal. Kami telah melihat pengguna yang telah berjaya mengurangkan risiko atau gejala kesihatan kronik dan serius seperti penyakit kencing manis dan jantung. Kini mereka tidur lebih lena, kurang mengalami gejala kemurungan dan kegelisahan, serta menikmati kehidupan dengan lebih baik.

Melalui bimbingan, kami menyokong dan memberi panduan kepada mereka untuk mencapai gaya hidup sihat, tetapi kami telah melihat hasil yang mengagumkan apabila mereka mula mengutamakan kesihatan sendiri dan kami berharap untuk terus menjadi pemangkin gaya hidup sihat kepada semua.

Untuk mula menggunakan Naluri Food Journal, anda hanya perlu melancarkan airasia super app dan klik pada Akaun anda, Aplikasi Mini dan Naluri Food Journal. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk maklumat lanjut:

Fokus Naluri kepada kejayaan jangka panjang melalui kaedah sains berdasarkan tingkah laku dan bukti selari dengan usaha inisiatif kesejahteraan airasia untuk kakitangannya.

Pada bulan Ogos 2020, kami telah melancarkan program Bimbingan Kesihatan Allstars (Allstars Health Coach) yang disokong oleh aplikasi Naluri untuk Allstars dan kami telah melihat bagaimana Naluri telah membantu mencapai matlamat kesejahteraan mereka.

“Hari ini kami berbangga untuk memperkenalkan ciri kesejahteraan pertama di airasia super app untuk semua melalui Nutrition Improvement Program dengan Naluri Food Journal. Ini adalah masa yang penting untuk menjaga kesihatan kita, dan kami ingin memainkan peranan dalam membantu berjuta-juta pengguna kami untuk memulakan gaya hidup lebih sihat.

“Integrasi aplikasi mini pertama ini merupakan satu kejayaan dalam perjalanan aplikasi super kami di mana kami berhasrat untuk bekerjasama dengan pemaju aplikasi dan komuniti pemula niaga untuk menyediakan platform kepada mereka dalam ekosistem kami dan meningkatkan kemampuan mereka melalui satu platform daftar diri, pilihan pembayaran yang dioptimumkan, dan akses kepada platform logistik kami. Nantikan pelbagai fungsi Naluri yang bakal diintegrasikan di dalam ekosistem kami dan lebih banyak aplikasi mini yang lain di platform kami,” kata Pablo Sanz Salcedo, Ketua Pegawai Teknologi airasia super app.

Kami berbesar hati kerana dapat memulakan perjalanan baharu bersama-sama Azran sekali lagi, yang pernah bertugas di airasia mengendalikan salah satu syarikat penerbangan kami dan kini beliau bekerjasama dengan airasia super app sebagai penyedia perkhidmatan kesihatan digital.

Naluri Food Journal yang merupakan sebahagian daripada Nutrition Improvement Program, adalah salah satu daripada pelbagai Aplikasi Mini yang akan dilancarkan di airasia super app untuk melengkapkan gaya hidup anda. Dapatkannya secara PERCUMA untuk masa terhad mulai hari ini melalui versi baharu super app. Muat turun airasia super app di App Store atau dapatkannya di Google Play.