Nikmati hidangan dengan nilai hebat dari restoran terpilih di airasia food
“Makan apa?” “Di mana?”
Ini adalah antara soalan-soalan biasa yang menjadi cabaran apabila tiba waktu makan, terutama sekali sewaktu bekerja dari rumah. Lebih-lebih lagi apabila anda harus memilih untuk memesan hidangan biasa yang menepati selera, mencuba restoran baharu, atau restoran terdekat untuk lebih penjimatan.
Kini anda tidak perlu berfikir panjang lagi kerana airasia food menawarkan pelbagai hidangan lazat dengan nilai hebat terus kepada anda dengan kerjasama restoran terpilih khas untuk pengguna airasia super app.
Nikmati hidangan tempatan, antarabangsa, dan banyak lagi, dengan pilihan menu harga terendah hanya di airasia food!
Selain itu, airasia food menawarkan kadar penghantaran terendah di Lembah Klang - RM0.99 untuk pesanan dalam jarak 1km-5km dan RM3.99 untuk pesanan dalam jarak 6km-10km. Jom pesan hidangan kegemaran anda melalui airasia super app!
Antara restoran-restoran yang menawarkan nilai terhebat di airasia food adalah:
Chai Thai
Nikmati masakan asli Thai dengan harga berpatutan dari Sri Petaling. Chai Thai menyajikan makanan Thai yang lazat seperti hidangan khas mereka - sup Tom Yam dengan udang segar dan makanan laut lain.
Cafe Chef Wan
Pesanlah daripada menu istimewa oleh selebriti chef Malaysia, Chef Wan yang menawarkan hidangan antarabangsa yang diilhamkan oleh pengalamannya menerokai serata dunia. Sertai Chef Wan dalam perjalanan kulinarinya dengan airasia food!
Santan
Restoran makanan segera AirAsia yang diinspirasikan oleh negara-negara Asean dan jenama makanan dalam penerbangan pertama di dunia yang boleh didapati di restoran. Santan bukan sahaja menawarkan makanan kegemaran Malaysia seperti nasi lemak dan rendang daging tetapi juga makanan kegemaran dari Asean seperti Nasi Padang, Chicken Inasal, dan banyak lagi!
Petiteserie by Janice Siew
Nikmati pastri yang enak berkualiti tinggi yang dibuat daripada bahan-bahan terbaik seperti kroisan yang kaya dengan rasa mentega. Penuhi keinginan anda dengan pelbagai pilihan pastri istimewa!
Taste by Bert
Peniaga dari rumah yang menawarkan sandwic Jepun, dikenali sebagai Katsu Sando. Bagi mereka yang mencari makanan berkualiti, enak, sihat, dan jika anda belum mencubanya, anda harus mencubanya!
Curry Leaf Restaurant
Sebuah restoran India yang terkenal di PJ yang menyajikan nasi daun pisang serta masakan India utara dan selatan yang asli. Cubalah nasi daun pisang mereka dengan briyani kambing yang menyelerakan, hanya di airasia food!
Apa tunggu lagi? Jika anda berada di Lembah Klang, rebutlah peluang untuk menikmati hidangan dengan nilai hebat ini! Anda juga boleh membayar dengan BIG Poin unutk menikmati lebih penjimatan untuk pesanan makanan kegemaran anda.
Untuk melihat menu lanjut, muat turun airasia super app dan klik pada ikon ‘Food’ atau layari airasia.com/food.