Kembali meneroka dunia bersama airasia rewards
Akhirnya, industri pelancongan dunia telah kembali rancak. Sekatan perjalanan telah mula dilonggarkan di kebanyakan sempadan antarabangsa, dan inilah masanya untuk memanfaatkan mata kesetiaan anda!
Tahukah anda, airasia Super App mempunyai sebuah program kesetiaan yang dikenali sebagai airasia rewards? (Jika tidak, dimanakah anda selama ini!) Anda boleh memperoleh serta membelanjakan airasia poin anda melalui airasia rewards.
Kami tahu mungkin sudah lama sejak kali terakhir anda merancang percutian anda dengan menebus mata kesetiaan yang telah terkumpul. Jadi, kami ingin berkongsi beberapa tips bagaimana anda boleh kembali merancang percutian idaman anda yang tertangguh selama ini dengan menggunakan airasia poin!
Ini adalah 3 tips daripada kami:
Tip #1: Ketahui status keahlian anda
Jika anda memiliki keahlian bersama airasia, bermakna anda dapat menikmati semua faedah yang diberikan oleh airasia rewards! Terdapat empat peringkat keahlian di dalam program airasia rewards: Red, Gold, Platinum, & Black.
* Penerbangan jarak dekat sehala atau penerbangan yang dikendalikan oleh AK, FD, QZ dan Z2 dikira sebagai satu (1) sektor penerbangan.
Untuk ahli berstatus Red yang baru sahaja bermula, anda boleh menaiktaraf keahlian anda dengan memenuhi ‘Qualifying Flown Sectors’, masing-masing menawarkan pelbagai ganjaran dan keistimewaan. Sebaik sahaja anda memenuhi keperluan ‘Qualifying Flown Sectors’ sepanjang 12 bulan sebelumnya, keahlian anda akan dinaiktaraf secara automatik pada bulan berikutnya.
Melancong dengan penuh gaya dan nikmati perjalanan anda dengan mudah apabila menjadi ahli Platinum. Anda juga boleh menikmati ganjaran istimewa seperti perkhidmatan Xpress untuk bagasi, daftar masuk dan apabila menaiki pesawat – bermaksud lebih penjimatan, dan anda tidak perlu beratur panjang di lapangan terbang (lebih banyak masa untuk anda membeli belah!). Ahli airasia juga boleh mengumpul airsia poin sehingga 12 kali lebih pantas untuk menebus percutian mereka yang seterusnya.
Nota: Setiap status keahlian airasia Setiap status keahlian airasia akan disemak pada penghujung tahun kalendar. Semakan akan berdasarkan kepada ‘Qualifying Flown Sectors’ anda dalam tahun kalendar tersebut.
Tip #2: Dapatkan dua kali ganjaran dan perjalanan lebih pantas dengan kad kredit airasia
Dapatkan ganjaran dua kali lebih pantas dan mengembara lebih kerap sebagai ahli airasia! Bagaimana anda boleh melakukannya? Mudah, kad kredit airasia boleh mempercepat kadar perolehan airasia poin anda dengan pantas apabila anda:
Gunakannya untuk berbelanja dengan ratusan rakan kongsi airasia rewards
Gunakannya untuk mengisi semula baki mana-mana e-dompet anda dengan kad kredit airasia, atau gunakannya untuk makan, melancong, membeli belah dan banyak lagi.
Satu lagi cara terbaik untuk anda memperoleh airasia poin dengan lebih pantas ialah dengan menetapkan kad kredit airasia anda sebagai kaedah pembayaran pilihan anda. Dengan cara ini, proses pembayaran anda menjadi lebih mudah dan cepat.
Selagi anda memenuhi perbelanjaan minimum kad kredit airasia, anda akan dapat mengekalkan status keahlian anda lebih lama.
Status keahlian airasia anda akan disemak pada bulan ulang tahun kad kredit airasia anda. Untuk terus menikmati manfaat status Platinum, anda mesti memenuhi kriteria perbelanjaan minimum Bank dan Syarikat Penerbangan yang berkaitan atau mengumpul sekurang-kurangnya 24 ‘Qualifying Flown Sectors’.
Tip #3: Bersedia untuk tebus airasia poin anda
Tips #1 dan #2 adalah untuk memudahkan anda mengumpul airasia poin. Sekarang, kami ingin berkongsi tips agar anda dapat memaksimumkan perbelanjaan anda dengannya!
Para ahli boleh menggunakan airasia poin untuk menebus penerbangan dan penginapan hotel. Imbangi tempahan penerbangan anda untuk AirAsia atau syarikat penerbangan lain dan bayar dengan airasia poin. Kemudian, pilih daripada lebih 700,000 hotel yang tersedia melalui airasia Super App dan tebus penginapan hotel anda dengan airasia poin. Anda juga boleh mendapatkan lebih penjimatan lagi dengan airasia poin apabila anda menggunakannya untuk membeli pelbagai produk berkaitan pelancongan.
Sebagai tambahan kepada semua itu, ahli airasia juga boleh menggunakan airasia poin untuk mendapatkan diskaun bagi tempahan airasia ride ke lapangan terbang, membeli hidangan kegemaran mereka melalui airasia food, dan nikmati tawaran gaya hidup dengan rakan kongsi eksklusif kami seperti Santan, Haagen-Dazs, Secret Recipe , Happy Bunch, Barry Smith, Fipper dan banyak lagi*. Ahli yang kekurangan airasia poin juga boleh menambah airasia poin semasa pembayaran, apabila menyelesaikan penebusan tawaran airasia mereka. Mudah, bukan?
Ikuti airasia rewards di Facebook dan @airasiarewards di Instagram dan ikuti perkembangan terkini untuk segala tawaran oleh airasia Super App dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram/Facebook, atau @airasia di WeChat/Weibo untuk maklumat terkini. Untuk pengalaman yang mudah dah dipertingkatkan, muat turun aplikasi airasia Super App anda daripada Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.
*Tawaran adalah berbeza berdasarkan negara.