Menghubungkan perpaduan sempena Hari Kebangsaan
Memperkenalkan siri audio siar baharu yang menceritakan tentang kekuatan dan perpaduan rakyat Malaysia dalam mengatasi cabaran
Sebagai syarikat penerbangan untuk semua, AirAsia bukan sahaja menghubungkan keluarga dan rakan-rakan semasa musim perayaan, malah merapatkan jurang antara kedua-dua wilayah geografi di negara ini termasuklah membolehkan ramai rakyat Malaysia terbang buat pertama kali dan menerokai semula tanah air mereka, hingga menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dalam industri pelancongan dan hospitaliti. Sesungguhnya masyarakat adalah nadi nadi airasia.
Apabila pandemik melanda dan AirAsia Group memacu transformasi perniagaan dengan lebih cepat menjadi sebuah syarikat teknologi perjalanan dan gaya hidup, namun usaha kami untuk sentiasa memberikan perkhidmatan dengan nilai terbaik kepada masyarakat tetap tidak berubah. Kami berbangga menjadi sebuah jenama Malaysia dan dengan semangat Hari Kebangsaan bertemakan Malaysia Prihatin, kami ingin memaparkan beberapa kisah perpaduan, kemanusiaan dan ketekunan daripada sebilangan rakyat Malaysia dalam pelbagai komuniti untuk menceritakan perjuangan, sokongan, dan peluang yang diberikan kepada mereka untuk mengatasi cabaran yang dihadapi berikutan pandemik ini.
Kisah keberanian, kelangsungan hidup, keluhan perasaan dan kolaborasi mereka akan dikongsi dalam siri audio siar khas sebanyak empat bahagian yang berjudul Better Bersama di YouTube bermula 30 Ogos hingga 16 September 2021.
Kebangkitan Sektor Pelancongan
Sebagaimana airasia mendemokrasikan perjalanan udara, peluang yang saksama dalam semangat inklusif amat penting untuk membantu kebangkitan ekonomi tempatan dan industri pelancongan. Mohd Faizol B Ali, Pengurus Resort Ombak Villa Langkawi berkata pendapatan mereka telah terjejas sebanyak 75 peratus berikutan pandemik ini dan mereka juga terpaksa memberhentikan 50 peratus kakitangan. Cabaran tersebut memaksa mereka untuk mempelbagaikan perkhidmatan mereka dengan menubuhkan restoran khas yang menawarkan makanan bertaraf hotel untuk masyarakat tempatan, menghantar kakitangan untuk melakukan penyelenggaraan dan pengemasan di hotel lain, dan menyediakan sewaan bilik jangka panjang untuk kakitangan barisan hadapan seperti doktor yang bertugas untuk pemberian vaksinasi di Langkawi.
Sektor pelancongan dan perhotelan keseluruhannya amat terkesan dan jelas bahawa Ombak Villa Langkawi bukan bersendirian. Krystle Ng, Ketua Penjenamaan dan Pemasaran Ormond Group juga berkongsi bagaimana hotel-hotel mereka turut dilanda kesan Covid-19. The Chow Kit Hotel, Ormond Hotel, MoMo's, dan Tune Hotel tidak terkecuali. Mereka harus bekerja lebih keras untuk menawarkan promosi dan program baharu untuk menyeimbangi permintaan pelanggan yang sentiasa berubah , dengan perniagaan syarikat kumpulan mahupun dan perkhidmatan penyajian dan restoran mereka. Selain memperkenalkan konsep baharu iaitu “Private Dining at the Chow Kit” yang memberikan pengalaman menjamu selera secara eksklusif yang menjadikan kamar tetamu sebagai ruang makan peribadi, Ormond Group juga menawarkan penginapan untuk pelanggan tempatan dan menyediakan perkhidmatan kuarantin untuk rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air. Apa yang paling penting, mereka menggunakan waktu ini untuk terus memperkasakan kakitangan mereka dengan menyediakan latihan untuk meningkatkan kemahiran mereka agar dapat melayani para tamu dengan lebih baik dalam keadaan norma baharu.
Kesan buruk pandemik ini telah menjejaskan seluruh industri pelancongan dan jumlah kedatangan pelancong ke Malaysia turun mendadak lebih 80 peratus pada tahun 2020. Nur Liyana Mahizzan, Ketua Pemasaran di airasia berkata bahawa walaupun keadaan semasa menimbulkan pelbagai ketidakpastian, ia juga memberi peluang kepada perniagaan mereka untuk berkembang berdasarkan permintaan dengan cara yang baharu dan berbeza. Di sinilah terserlah kebebasan merebut peluang yang tersedia untuk rakan niaga airasia seperti Ombak Villa Langkawi dan Ormond Group kerana airasia Super App menyediakan perkhidmatan sehenti untuk semua keperluan perjalanan dan gaya hidup, serta memberikan peluang dan sokongan pemasaran melalui perkhidmatan Hotel, SNAP (pakej Flight + Hotel), airasia food dan lain-lain.
“Bersama-sama rakan niaga kami, airasia akan terus berusaha memainkan peranan untuk membawa para pelancong kembali ke pelbagai destinasi yang berbeza di Malaysia dan luar negara. Kami juga berharap dapat membantu menghidupkan kembali sektor pelancongan dan memacu ekonomi tempatan di destinasi-destinasi tersebut, bukan sahaja untuk manfaat para tetamu, malah untuk membantu semua komuniti dalam ekosistem pelancongan,” kata Liyana.
Jenama Anak Tempatan
Tawaran gaya hidup di airasia Super App turut merangkumi penjagaan diri melalui airasia beauty, yang memfokuskan kepada jenama kecantikan dan penjagaan kulit untuk masyarakat Asia termasuklah jenama tempatan seperti Tanamera, SO.LEK Cosmetics, Kayman Beauty dan Tuty Pout. Faisal Ahmad Fadzil, pengasas bersama Tanamera Tropical Spa berkata keadaan semasa memerlukan pengorbanan termasuk membuat pemotongan gaji dan elaun pekerja demi untuk mengelakkan pemberhentian kakitangan. Pada masa yang sama, pandemik ini mengajar mereka untuk menjadi lebih fleksibel dan berfikir di luar zon selesa. Dari perniagaan fizikal, mereka kini mengalihkan tumpuan kepada platform dalam talian, termasuk menggunakan airasia beauty sebagai salah satu aliran pendapatan baharu mereka.
Begitu juga dengan Dahlia Nadirah, pengasas SO.LEK Cosmetics yang berkata dia harus tangkas dalam perniagaan berikutan perbezaan gelagat pembeli pada tahun ini. Tempoh 18 bulan terakhir amat sukar untuk mereka dan kadangkala dia bimbang jika perniagaan tidak dapat diteruskan. Pada tahun lepas, mereka telah bersiap sedia dengan stok produk untuk dipasarkan di 100 buah kedai di seluruh negara tetapi segalanya tiba-tiba bertukar suram apabila pandemik melanda. Kini, mereka fokus kepada jualan dalam talian untuk terus bertahan dan berterima kasih atas sokongan daripada airasia beauty. Dia menambah: “Walaupun kami tidak dapat mengembangkan jualan produk kami secara fizikal, kerjasama dengan airasia beauty membolehkan kami menjangkau lebih ramai pelanggan menerusi e-dagang.”
Nabella Anuar, yang menubuhkan Kayman Beauty pada tahun 2017, juga mengalami cabaran besar kerana syarikatnya bekerjasama dengan pembekal dan pengeluar dari luar negara. Akibat pandemik, mereka tidak dapat membuat penghantaran tepat pada waktunya disebabkan sekatan perjalanan, manakala Kayman Beauty pula tidak mempunyai sumber dan kepakaran tempatan untuk menyediakan produk sendiri. Sebagai jalan keluar, mereka mula bekerjasama dengan pengeluar tempatan untuk meneruskan perniagaan dan ini secara tidak langsung membantu menggerakkan ekonomi. Sebagai sebuah jenama kecantikan, kerjasama dengan airasia beauty bukan sahaja menjadikan produk mereka lebih mudah didapati di pasaran dan menyediakan sumber pendapatan , malah membuka peluang untuk jenama Kayman Beauty menjadi salah satu jenama kecantikan terkemuka di Malaysia dengan memanfaatkan jutaan pengguna airasia Super App.
Selain jenama terkenal, airasia turut menyokong produk-produk yang baru bertapak. Angeline Tu adalah mantan kru kabin AirAsia X dan kini menjadi seorang ahli perniagaan dengan menubuhkan Tuty Pout Cosmetics, sebuah jenama kecantikan tempatan berasaskan tumbuh-tumbuhan dan bebas kekejaman. Semasa Angeline bertugas sebagai kru kabin, dia sering menghadapi masalah mendapatkan kosmetik yang sesuai untuk bibir sensitif yang menjadi kering dan pecah-pecah ketika bertugas dalam penerbangan yang lama. Menyentuh pengalamannya semasa gelombang pertama pandemik dan dia harus memakai pelitup muka semasa dalam penerbangan, alat solek yang digunakan sering terkena pada pelitup muka dan menjadikan bibirnya kering. Justeru, timbul idea bagi Angeline untuk mula belajar mengenai ramuan kosmetik demi mencari penyelesaian untuk masalah yang dihadapinya. Apabila ditamatkan tugas, dia melihatnya sebagai peluang terbaik untuk mengejar impian perniagaannya dan walaupun bukan lagi seorang Allstar (kakitangan airasia), dia terus berkongsi usahanya kepada bekas rakan sekerja. Walaupun Angeline baru sahaja memulakan jenama kosmetiknya pada November 2020, airasia beauty melihat potensi besar bagi produknya dan membantu memasarkan jenamanya di platform tersebut.
Komuniti yang Kuat
Sebagai sebuah jenama untuk semua, airasiai turut menyokong pelbagai komuniti dan memastikan sokongan yang diberikan kekal inklusif. Mohd Nisha dan kakaknya Noor Asliza telah menjual mangga Harumanis asli Perlis sejak 10 tahun lepas. Berikutan pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan yang berpanjangan, mereka menghadapi kesukaran untuk memasar dan mengedarkan mangga mereka dengan kaedah biasa kerana lazimnya jualan mangga mereka bergantung kepada pelancong tempatan yang berkunjung ke Perlis. Sebagai peladang sepenuh masa, cabaran tersebut tentunya mengancam kehidupan mereka. Menyedari kesan buruk pandemik Covid-19 terhadap para petani, terutamanya petani musiman, airasia farm telah bekerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan membantu peladang Harumanis menangani cabaran logistik dan mengeksport hasil tuaian mangga mereka dan memasarkannya ke seluruh negara, termasuk ke Sabah buat julung kalinya. Nisha dan Asliza terus mendaftar dengan airasia farm dan mempelajari lebih lanjut mengenai sistem pemasaran melalui e-dagang. Kempen airasia farm untuk mangga Harumanis ini telah berjaya menjual 10 tan mangga dalam masa dua bulan dan membantu para petani Harumanis lain di Perlis untuk mengubah perniagaan mereka ke platform dalam talian.
Bagi juruterbang AirAsia X, Malcolm Brian Patrick pula, gigih memberikan bantuan secara aktif kepada rakan-rakannya sebagai Allstar Peer Supporter termasuk dengan mengadakan latihan Peer Awareness Training untuk kakitangan operasi penerbangan yang tidak dapat bertugas seperti biasa. Malcolm sering menghulurkan bantuan kerana dia mengambil bahagian dalam program Critical Incident Stress Management (CISM) yang menangani pelbagai insiden di dalam penerbangan termasuk situasi perubatan dan banyak lagi sejak menyertai AirAsia sekitar tujuh tahun yang lalu. Walaupun dia juga tidak dapat bertugas seperti biasa berikutan penutupan sempadan antarabangsa, bersama rakan sekerjanya yang lain daripada program Allstar Peer Support, Malcolm telah membantu hampir 600 Allstars yang melalui pelbagai cabaran melalui program sokongan.
Keprihatinan Perniagaan
Rasa tanggungjawab dan prihatin memperkenalkan kami kepada Rumah Titian Kaseh, yang ditubuhkan pada tahun 1998 untuk memberi perlindungan dan penempatan sementara kepada masyarakat yang memerlukan, kurang bernasib baik dan terpinggir. Untuk menyokong rumah kebajikan secara berdikari, mereka telah menubuhkan Kaseh Cookies, sebuah perusahaan menjual produk makanan oleh penghuni-penghuninya. Menurut Puan Sharifah Adlan, pengasas bersama rumah perlindungan ini, walaupun pandemik ini menimbulkan pelbagai cabaran untuk mereka beroperasi, ada hikmah disebaliknya kerana mereka berpeluang bekerjasama dengan IKHLAS, cabang perniagaan berteraskan Muslim airasia. Menyedari betapa Rumah Titian Kaseh amat bergantung pada usaha perniagaan kecil-kecilannya, IKHLAS telah membantu memasarkan produk mereka secara dalam talian sehingga menjadikan Kaseh Cookies salah satu produk terlaris dalam Kategori Makanan Kering dan 3 produk teratas di platform Shop with IKHLAS.
Sejak ditubuhkan semasa pandemik pada tahun lalu, IKHLAS terus membantu golongan yang memerlukan di seluruh negara termasuk di Sabah yang bergantung kepada sektor pelancongan sebagai penjana pendapatan utama bagi negeri dan rakyatnya. Keadaan menjadi semakin gawat akibat sekatan perjalanan dikenakan dan perniagaan diarah menggantung operasi sebagai usaha menangani penyebaran virus ini. Effendi Yahya, Pengurus Jualan dan Perkongsian di IKHLAS berkata bahawa walaupun pelbagai bantuan telah disalurkan ke kawasan-kawasan yang terjejas, masih ada kawasan dan komuniti kecil yang terpinggir dan hampir dilupakan. Sebilangan besar keluarga ini hidup dalam keadaan daif dan memerlukan bantuan yang lebih daripada sekadar keperluan asas. Sejak mengadakan kempen 'IKHLAS For Sabah' pada akhir tahun lalu, IKHLAS telah membantu lebih daripada 5,200 buah keluarga, menyokong peniaga-peniaga kecil tempatan, dan mengadakan 30 projek agihan bantuan di Kudat, Semporna dan Sandakan.
Menghubungkan perpaduan dan merapatkan jurang terus menjadi pendorong airasia sejak dari dulu dan kami akan terus mengembangkan platform kami untuk membantu komuniti di sekitar kami dengan lebih baik. Sempena Hari Kebangsaan ini marilah kita berganding bahu dan bersatu hati. #BetterBersama.