Nikmati barangan runcit segar dari airasia.com super app

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini kembali dan dengan pengalaman lebih setahun, kita sepatutnya menjadi pakar dalam penjagaan diri, membuat pembelian di hujung jari dan duduk di rumah untuk melindungi diri.

Akan tetapi, gambar-gambar yang menunjukkan rak kosong di pasar raya melalui media sosial sejurus selepas pengumuman PKP menunjukkan bahawa rakyat Malaysia masih memilih untuk membeli-belah secara fizikal di pasar raya dan kedai runcit.

Kini, dengan hanya dua wakil isi rumah yang dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan dalam radius 10km dari rumah, barisan panjang untuk masuk ke pasar raya, pemakaian pelitup muka, pembersih tangan, atau sarung tangan pakai buang, bukankah lebih baik jika ada penyelesaian untuk keperluan membeli-belah anda? Sudah tentu!

Kini barangan runcit boleh dibeli dalam talian

airasia fresh adalah sebuah platform pembelian barangan runcit yang menawarkan produk segar dan barangan keperluan harian anda. Platform ini boleh diakses menerusi airasia.com super app di peranti mudah alih anda. Hanya klik pada pautan ‘Fresh’ di aplikasi tersebut untuk mula membeli-belah dan anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan lain seperti pesanan makanan pada pautan ‘Food’, dan ia akan dihantar terus ke rumah anda.

Maybel Chan, Ketua airasia fresh menceritakan bagaimana perniagaan ini dimulakan: “airasia fresh, yang sebelum ini dikenali sebagai OURSHOP, telah melancarkan kempen Save Our Shops (SOS) untuk membantu perniagaan tempatan semasa pelaksanaan PKP pertama di negara ini pada bulan Mac 2020. Kempen ini membantu peniaga untuk mendaftar tanpa komisen dan tanpa bayaran untuk memasarkan produk mereka di platform e-dagang kami. Sepanjang kempen tersebut, kami telah membantu hampir 2,000 peniaga kecil yang beroperasi secara fizikal ke dalam talian.

66D99EE4-B04E-44FF-B958-3EFAB1C9B665.png

“Menerusi kempen promosi yang lalu, produk terlaris adalah produk sejuk beku dan segar. Jadi, kami memberi tumpuan selanjutnya kepada produk makanan sejuk beku, segar dan sedia dibungkus. airasia Fresh telah dilancarkan pada bulan Oktober 2020 sempena penjenamaan semula airasia.com sebagai Asean super app. Kini, bukan sahaja terdapat pelbagai jenis sayur-sayuran, buah-buahan, makanan laut sejuk beku, daging, barangan kering dan barangan keperluan harian, airasia Fresh juga menyediakan perkhidmatan penghantaran terus ke rumah anda dengan pilihan slot masa untuk kesesuaian anda.”

Nikmati kesegaran, kemudahan, dan lebih nilai

Tidak seperti membeli-belah di pasar raya yang memakan masa dan kadangkala menyusahkan (memandu ke sana, mencari tempat letak kereta, memilih barangan, beratur untuk membayar, dan membawa semua barangan yang dibeli sendiri), membeli-belah dalam talian menjimatkan masa dan mudah. 

“Pada masa ini platform kami mempunyai lebih 3,000 produk daripada 200 peniaga dalam talian, yang menawarkan produk segar, berkualiti dan dihantar terus ke rumah anda. Para pelanggan juga boleh mencari kategori produk dengan mudah mengikut harga atau peniaga.”

“Selain perkhidmatan penghantaran pada hari berikutnya, kami juga menawarkan pilihan kepada pelanggan untuk memilih waktu penghantaran. Jadi, lebih mudah bagi mereka untuk merancang pembelian dan memastikan bahan-bahan segar terus tersedia,” tambah Maybel.

Disokong oleh ekosistem airasia.com, para pelanggan juga boleh mengumpul dan membayar dengan BIG Poin untuk sebarang pembelian di airasia fresh, yang memberikan lebih penjimatan dan nilai.

Sokong dan beli barangan tempatan

6DB063F3-05CB-434D-9E1F-715C346A3CB6.png

Penyebaran pandemik global telah mempengaruhi ekonomi tempatan kita, termasuk perniagaan, pemborong dan peruncit. Untuk menyokong komuniti setempat dan PKS, airasia fresh bekerjasama dengan 100% syarikat Malaysia, untuk membantu mereka dari segi strategi e-dagang, pemasaran dan pengedaran produk.

Maybel berkata: “Di airasia Fresh, pasukan kami sedia untuk membantu mana-mana perniagaan yang berminat untuk beroperasi di dalam talian. Peniaga kami akan disokong dengan latihan yang diperlukan termasuk penyenaraian produk, penjejakan dan pemantauan. Mereka juga dapat memanfaatkan usaha pemasaran kami yang luas menerusi platform tersebut, media sosial, saluran digital dan ekosistem airasia.com.”

“Hingga 80% produk daripada pedagang kami adalah buatan Malaysia. Dengan membeli produk buatan tempatan, kita dapat membantu merangsang ekonomi tempatan dan menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai orang. Untuk menyokong usaha ini, kami bekerjasama dengan peniaga tempatan kami untuk menghasilkan kombinasi pek segar yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Kami juga akan memperluas kawasan penghantaran kami tidak lama lagi supaya lebih ramai peniaga tempatan boleh memanfaatkan platform kami.”

Untuk memudahkan rakyat Malaysia membeli barangan runcit sepanjang tempoh PKP, airasia fresh menawarkan perkhidmatan Penghantaran Percuma Tanpa Had dari 13 hingga 26 Januari 2021 untuk pesanan di Lembah Klang dengan perbelanjaan minimum RM30 menggunakan kod promo STAYHOME.