Jom ketahui cara untuk menghantar airasia gifts melalui airasia chat

Pada musim akhir tahun ini, pelbagai acara yang akan berlangsung termasuklah kenduri kahwin, perayaan Krismas, cuti sekolah dan banyak lagi. Setiap acara yang terlibat, sudah pasti anda akan memikirkan untuk memberikan sesuatu kepada yang meraikan. 

Jangan bimbang! Kalau anda masih tidak mendapat idea lagi, airasia Super App kini boleh membantu anda dengan ciri terbaharu mereka yang dipanggil airasia gifts

Apakah itu airasia gifts?

Kepada yang masih tidak tahu lagi, airasia gifts merupakan ciri utama yang diperkenalkan sebahagian daripada ciri-ciri airasia chat dengan kerjasama Kumpulan Pemasaran COOP yang terkenal di Korea Selatan dan merupakan peneraju dalam industri pemberian baucar mudah alih ini.

Pada masa ini, airasia gifts sudah tersedia di mana-mana sahaja. Namun, anda boleh menghantar hadiah kepada sesiapa sahaja di Malaysia, Singapura dan Indonesia dengan memilih negara pemberi hadiah sebelum pembelian anda.

Cara menggunakan airasia gifts

Dengan lebih 300 jenama yang merangkumi kategori seperti pelancongan, makanan dan minuman serta gaya hidup untuk pelbagai jenis hadiah, anda boleh mula menghantar hadiah kepada rakan dan keluarga dengan mengikuti langkah mudah ini:

Kemaskini aplikasi airasia Super App ke versi yang terkini untuk mencuba ciri baharu ini!

Sempena musim perayaan ini, gandakan kegembiraan anda dengan airasia Super App daripada 14 sehingga 25 Disember 2022. Anda mungkin pemenang bertuah ke Jepun selama 5 Hari 4 Malam, termasuk tiket penerbangan dan penginapan untuk dua orang dalam kempen  SUPER Christmas* kami!

Langkah 1:

Buat sebarang transaksi di airasia Super App antara 14 hingga 25 Disember 2022, dan setiap transaksi dikira sebagai SATU penyertaan.

*Berikut ialah kod cheat untuk anda: setiap transaksi airasia gifts dikira sebagai DUA penyertaan!

Langkah 2:

Lebih banyak penyertaan anda, lebih tinggi peluang anda untuk menang.

Pemenang akan diumumkan pada 30 Disember 2022 melalui @airasiasuperapp di Instagram dan melalui e-mel.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.