OURFARM pacu perubahan rantaian perniagaan berasaskan pertanian

  • Menawarkan margin yang lebih tinggi kepada pembekal produk segar dan lebih penjimatan untuk pemilik perniagaan

  • Menyediakan peluang pekerjaan baharu

OURFARM_1.png
Kenyataan gambar: Pasukan OURFARM.

Kenyataan gambar: Pasukan OURFARM.

OURFARM menembusi industri berasakan pertanian untuk memacu perubahan dan membawa perbezaan kepada komunitinya.

Sejak dilancarkan sebulan yang lalu oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan Malaysia, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, OURFARM telah mempunyai lebih 500 pengeluar pertanian yang berdaftar, untuk menyediakan perkhidmatan kepada perniagaan di sekitar Lembah Klang dan telah mengambil semula seramai 24 orang kakitangan AirAsia atau Allstars.

Ikuti Lalitha Sivanaser, Ketua Pegawai Eksekutif OURFARM yang akan berkongsi mengenai apa yang berlaku dalam masa sebulan ianya ditubuhkan dan perkembangan mereka seterusnya.

Alah bisa, tegal biasa

1. Apa perkembangan OURFARM sejak ia dilancarkan pada 15 Jun 2020?

Sebulan yang lalu sememangnya mencabar tetapi amat bermakna kepada kami di OURFARM. Kami telah mendapat sokongan luar biasa daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) yang memberikan akses khas kepada pangkalan data yang luas untuk berhubung dengan 1,000 pengeluar pertanian yang berdaftar dengan mereka.

Oleh kerana OURFARM adalah sebuah platform pemadanan perniagaan antara pengeluar dan perniagaan, kami dapat menggunakan pangkalan data yang dikongsi oleh MOA untuk mewujudkan peluang pemasaran bagi pengeluar, dan memberi peluang untuk penyelesaian perniagaan yang lebih mampan kepada mereka.

Kami juga percaya dalam pengembangan perniagaan ini, adalah penting untuk kami mempunyai modal insan yang tepat untuk terus maju ke hadapan. Jadi, kami telah mengambil semula kira-kira 24 orang kakitangan AirAsia yang terjejas sebelum ini dan memastikan kemahiran dan kemampuan mereka memberi nilai tambah kepada pasukan kami.

2. Berapa ramai pengeluar pertanian yang telah mendaftar dengan OURFARM dan apakah sasaran anda?

Keterangan gambar: Haji Zulkifli Haji Ahmad daripada Beruntung Woods, salah seorang pengeluar pertanian yang berdaftar bersama OURFARM.

Keterangan gambar: Haji Zulkifli Haji Ahmad daripada Beruntung Woods, salah seorang pengeluar pertanian yang berdaftar bersama OURFARM.

Pada awal penubuhan, kami hanya berhubung dengan kira-kira 350 pengeluar pertanian yang berdaftar di bawah MOA, tetapi apabila pengeluar swasta dan bebas mula menghubungi kami, kini kami mempunyai sekitar 500 pengeluar.

Menjelang akhir tahun 2020, kami menyasarkan sekitar 800 atau 70% pengeluar pertanian yang berdaftar di bawah MOA serta petani swasta dan bebas untuk mendaftar di platform kami.

3. Apa antara cabaran yang dihadapi dan bagaimana anda mengatasinya?

Apabila kami mempunyai kira-kira 500 pengeluar di kawasan yang sama, ada di antara mereka yang  menawarkan jenis produk yang sama. Di sinilah penyelesaian digital terutamanya melalui Kecerdasan Buatan (AI) mula digunakan. Melalui AI, kami memadankan pengeluar dan perniagaan mengikut spesifikasi berdasarkan kuantiti, harga dan jarak kawasan penghantaran. Penyelesaian digital ini membolehkan kami menawarkan kos yang lebih rendah dan memastikan produk segar tiba tepat pada masanya kepada pelanggan kami.

Selain itu, terdapat juga kekurangan produk tertentu seperti ikan Tilapia Merah atau lobak merah dari Malaysia di pasaran kerana beberapa pengeluar tidak dapat meneruskan perniagaan mereka semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi, kami harus melakukan beberapa tapisan dan carian untuk memastikan padanan perniagaan yang tepat kepada para pelanggan.

Dalam enam hingga lapan bulan seterusnya, kami merancang untuk memiliki gudang sendiri untuk memastikan hasil segar yang mempunyai permintaan tinggi akan tersedia dan mencukupi untuk mengelakkan kerugian.

Tetapi cabaran yang paling utama bagi kami adalah apabila seluruh ahli pasukan adalah daripada industri berbeza dan cuba untuk memahami industri ini dalam jangka masa yang singkat, belajar dan membiasakan dengan keperluan pelanggan kami dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka. Ini bukan pencapaian yang mudah, dan saya ingin memuji seluruh keluarga OURFARM  kerana telah menyahut cabaran ini.

4. Apakah pelan pengembangan jangka pendek dan jangka panjang OURFARM?

Dalam jangka pendek, OURFARM akan meluaskan perkhidmatan kami ke Sabah dan Sarawak, bermula di Sabah pada bulan Ogos. Sejak pelancaran, kami telah menerima banyak permintaan daripada lebih 190 pengeluar di Sabah, yang mana 15% daripada permintaan tersebut adalah daripada pengeluar produk perikanan dan akuakultur. Setelah meneliti permintaan dan mengkaji lebih lanjut mengenai persekitaran permintaan dan penawaran di Sabah, kami memutuskan bahawa ia akan menjadi lokasi pelancaran kedua OURFARM.

Dalam jangka panjang, kami merancang untuk menghubungkan pengeluar dan perniagaan di seluruh negara, termasuk potensi untuk membangun kemampuan eksport dan import dan pengembangan ke rantau ini dalam jangka yang lebih panjang.

Ayam berinduk, sirih berjunjung

5. Dengan pengembangan dalam jangka masa yang singkat, bagaimana anda memastikan bahawa OURFARM dapat memenuhi permintaan yang semakin meningkat?

OURFARM memanfaatkan ekosistem menyeluruh AirAsia yang merangkumi kemampuan kargo, logistik dan pembayaran untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat. Kami juga memahami bahawa permintaan yang lebih tinggi memerlukan modal insan yang mencukupi, jadi baru-baru ini kami telah mengembangkan pasukan kami dengan mengambil semula 24 orang kakitangan AirAsia yang terjejas seperti kru kabin dan kakitangan lain.

6. Mengapa anda mengambil semula kakitangan AirAsia untuk menyertai OURFARM?

Keterangan gambar: Mohammed Hazree, mantan kru kabin AirAsia dan AirAsia X.“Saya turut mendapat peluang pekerjaan lain, tetapi hati saya masih di AirAsia. Walaupun kini saya berada di dalam industri yang berbeza, semangat kekeluargaan di syarikat in…

Keterangan gambar: Mohammed Hazree, mantan kru kabin AirAsia dan AirAsia X.

“Saya turut mendapat peluang pekerjaan lain, tetapi hati saya masih di AirAsia. Walaupun kini saya berada di dalam industri yang berbeza, semangat kekeluargaan di syarikat ini dapat dirasakan di seluruh bidang perniagaannya. Apabila saya mendapat tahu bahawa kakitangan OURFARM lain berasal daripada latar belakang bukan pertanian (Bahagian AirAsia WiFi, OURSHOP dan Bebas Cukai) tetapi mereka berusaha bersama-sama untuk memajukan OURFARM, saya terus membuat keputusan untuk meneruskan karier dengan OURFARM.”

Pelanggan pertama bagi OURFARM dibawa oleh kakitangan kami yang merupakan mantan kru kabin, dan itu sahaja menceritakan bahawa tenaga kerja AirAsia adalah serba boleh dan mampu menempuhi sebarang cabaran. Kami memilih untuk mengambil semula kakitangan AirAsia kerana kami tahu mereka memiliki set kemahiran yang kami perlukan.

Kemahiran yang dimiliki kakitangan AirAsia amat luar biasa. Sebagi contoh kru kabin, mereka dilatih untuk berkomunikasi secara berkesan, dan kekal tenang dalam menghadapi pelanggan atau situasi yang berbeza, seterusnya boleh meyakinkan pengeluar dan pelanggan kami.

Kru kabin juga mempunyai pengetahuan dan latar belakang yang profesional dalam keselamatan dan pengendalian makanan. Mereka juga harus divaksin ketika menjalani latihan tersebut. Dengan perakuan yang diterima, mereka benar-benar memahami industri makanan, jadi apabila mereka berada di dalam industri ini, mereka mempunyai perspektif yang baik mengenai apa yang harus diperhatikan dan dilakukan. Ini sangat berharga bagi kami.

Mantan kakitangan AirAsia juga mempunyai kualiti dan sikap yang baik. Itu sahaja yang kami perlukan. Kami juga tidak mempunyai pengalaman dalam bidang pertanian, dan ia bukanlah masalah besar.

Mereka juga mempunyai pengetahuan dalam keselamatan dan pengendalian makanan kerana mereka semasa bertugas sebagai kru kabin. Oleh itu, apabila mereka bertemu dengan mana-mana pelanggan, mereka sudah mengetahui kehendak atau keperluan pelanggan.

Tambahan pula, kru kabin sangat mudah didekati dan ramah, selain dilatih untuk kekal tenang dalam semua jenis situasi, seterusnya boleh meyakinkan pengeluar dan pelanggan kami.

Bukit sama didaki, lurah sama dituruni 

7. Sebagai platform baharu, berapa ramai perniagaan kecil yang telah mendapat manfaat daripada OURFARM?

Keterangan gambar: Kru kabin AirAsia dan AirAsia X serta Pengasas Bersama restoran Tres Pollos Charcoal Chicken di Nilai.

Keterangan gambar: Kru kabin AirAsia dan AirAsia X serta Pengasas Bersama restoran Tres Pollos Charcoal Chicken di Nilai.

Setakat ini, perniagaan kecil yang telah menggunakan platform OURFARM telah mencatatkan penjimatan antara 10 - 25% untuk hasil Gred A yang dipesan.

Salah satunya adalah sebuah restoran makanan laut yang memesan tiga penghantaran ikan tilapia daripada kami dan telah menambah pesanan mereka termasuklah sayur-sayuran. Selain itu, sebuah jenama makanan ringan berasaskan kesihatan turut memesan dua penghantaran lobak merah  Malaysia sebanyak 270kg bagi setiap penghantaran daripada kami dan restoran ayam panggang yang dikendalikan oleh kakitangan AirAsia yang memesan ayam segar daripada kami dan lain-lain.

Kami juga membantu perniagaan yang lebih besar, seperti mendapatkan sayur-sayuran segar untuk syarikat makanan haiwan, daun Cekur untuk syarikat perubatan tradisional, tulang ikan untuk pengeluar kapsul ubat dan banyak lagi.

8. Apa nasihat anda untuk pengeluar dan perniagaan yang berminat untuk mendaftar dengan OURFARM?

Kami mengalu-alukan semua pengeluar pertanian dan pemilik perniagaan untuk mendaftar dengan kami, terutamanya jika anda adalah pemilik perniagaan kecil. Sama ada anda pengeluar bebas atau swasta atau pemilik perniagaan, OURFARM akan memenuhi permintaan anda dengan memadankan perniagaan dengan pembekal yang tepat.

Para pembeli juga boleh meningkatkan jumlah belian mengikut keperluan mereka melalui platform kami yang mana ia akan mencegah pembaziran dan membantu usaha kami dalam memastikan kelestarian persekitaran.

Untuk mendaftar, perniagaan yang berminat boleh melayari laman web OURFARM di www.ourfarm.asia atau moo@ourfarm.asia.