Terbang dengan selamat dalam suasana norma baharu

Ketua Penguatkuasaan Keselamatan AirAsia, Kapten Ling Liong Tien

Ketua Penguatkuasaan Keselamatan AirAsia, Kapten Ling Liong Tien

Suasana sebelum wabak COVID-19 kini telah berubah hampir dalam semua aspek, termasuklah standard keselamatan dan bagaimana kami memastikan pesawat kami terus beroperasi serta selamat semasa tempoh penggantungan penerbangan.

Ikuti kami dalam temu bual pertama daripada 7-siri eksklusif mengenai penerbangan selepas COVID-19, di mana Ketua Penguatkuasaan Keselamatan Kapten Ling Liong Tien berkongsi usaha yang dilakukan untuk memastikan penerbangan yang dilakukan selamat apabila kami memulakan operasi nanti:

1. Sebelum pandemik ini berlaku, apa yang telah dilakukan oleh AirAsia untuk memastikan penerbangan selamat untuk semua?

Di AirAsia, kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan standard keselamatan kerana kami bertanggungjawab dalam menghubungkan para tetamu ke destinasi mereka. Semua syarikat penerbangan dalam Kumpulan AirAsia mempunyai sistem pengurusan keselamatan yang ketat, dan yang paling penting - disahkan oleh IOSA (kecuali AirAsia Jepun, kini dalam proses).

Pengesahan Audit Keselamatan Operasi IATA (IOSA) adalah standard bertaraf global dalam pengurusan keselamatan operasi.

Taklimat keselamatan dalam penerbangan membawa pulang warganegara dari Tehran, Iran.

Taklimat keselamatan dalam penerbangan membawa pulang warganegara dari Tehran, Iran.

2. Terdapat beberapa penerbangan membawa pulang warganegara yang dikendalikan oleh Kumpulan AirAsia sebelum dan semasa tempoh penggantungan perkhidmatan. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan aspek keselamatan semua kru dan juga para tetamu?

Ya, kami berbangga kerana AirAsia telah terlibat dalam beberapa penerbangan membawa pulang warganegara dan misi kemanusiaan sejak dua bulan lepas dari destinasi di China, India, Iran, Itali, Filipina, Turki, Kemboja dan banyak lagi.

Semua penerbangan tersebut adalah kerjasama antara pihak berkuasa dan agensi kerajaan masing-masing sementara AirAsia dilantik untuk melaksanakan misi penerbangan tersebut.

Sebelum berlepas, banyak aspek yang harus dititikberatkan kerana mungkin ada senario di mana para tetamu yang dipindahkan dari zon pandemik tertentu mungkin tidak akan dibenarkan masuk ke negara ketiga sekiranya ada perubahan disebabkan oleh keadaan yang tidak dijangka atau masalah teknikal. Oleh itu, usaha merancang penerbangan adalah satu langkah penting.

Berikut adalah antara langkah-langkah yang diambil untuk memastikan bahawa semua kru dan tetamu selamat dalam penerbangan seperti ini:

  • Penjarakan sosial

  • Pemeriksaan kesihatan sebelum penerbangan

  • Proses pembasmian kuman untuk pesawat dan bagasi

  • Pemakaian alat pelindung diri oleh semua kru

  • Prosedur Operasi Standard dan keselamatan peribadi oleh juruterbang

  • Perlindungan diri oleh kakitangan ketika proses memuat bagasi, dan

  • Perlindungan diri dan keselamatan oleh jurutera semasa penyelenggaraan pesawat

Apa yang paling penting, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua kru yang terlibat dalam setiap penerbangan membawa pulang warganegara dan misi kemanusiaan atas pengorbanan mereka demi negara. Anda semua adalah hero!

disinfecting-planes-bm.png

3. Berapa kerapkah pesawat AirAsia melalui proses pembersihan / pembasmian kuman?  Bagaimanakah ia dilakukan?  

Semua pesawat kami melalui prosedur disinfeksi yang kerap untuk meminimumkan risiko penyebaran penyakit, dan usaha ini telah dipertingkatkan terutamanya dalam keadaan yang kita sedang lalui sekarang. 

Semua produk-produk pembersihan dan pembasmian yang digunakan telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kesihatan Awam dan syarikat pengeluar pesawat, iaitu Airbus untuk pihak AirAsia. 

Semua prosedur dilakukan mengikut Manual Penyelenggaraan Pesawat Airbus (AMM). Untuk setiap hentian semalaman, pesawat menjalani prosedur pembersihan yang teliti selama 2 jam, selaras dengan arahan daripada pihak berkuasa kesihatan dan pasukan pembersihan ini secara amnya terdiri daripada 5-6 anggota pembersihan.

Prosedur disinfeksi ini diselaraskan oleh Pengawal Operasi Penyelenggaraan AirAsia (MOC), dan ini adalah langkah-langkah yang diambil semasa setiap sesi disinfeksi:

Langkah 1: Pintu pesawat dibuka
Langkah 2: Kawasan permukaan dibersihkan dan dikeringkan dengan kain bersih dan air
Langkah 3: Pesawat melalui proses pengudaraan (jika perlu)
Langkah 4: Semua peralatan dan kemudahan pesawat akan melalui proses disinfeksi dengan bahan kimia yang diluluskan
Langkah 5: Semua sisa klinikal dibuang mengikut prosedur standard bagi sisa berbahaya klinikall
Langkah 6: Semburan bahan disinfektan

HEPA Filters BM.jpg

4. Adakah udara di dalam pesawat AirAsia selamat?  

Memang ramai yang bertanya tentang perkara ini! 

Kami ingin memaklumkan bahawa keselamatan dan kesejahteraan tetamu kami adalah keutamaan kami. Dan kami ingin berkongsi bahawa semua pesawat AirAsia menggunakan penapis HEPA yang menapis 99.999% zarah debu dan bahan pencemar di udara seperti virus dan bakteria.

5. Apakah pandangan anda terhadap norma baharu berikutan pandemik ini terutamanya cara perjalanan menerusi penerbangan?

Norma baharu berikutan pandemik semestinya tidak dapat dielakkan dan perlu diamalkan demi keselamatan dan kesejahteraan semua. Akan tetapi, cara melakukan perjalanan baharu adalah sesuatu yang baik kerana ia mempertingkatkan langkah-langkah untuk mencapai tahap kesihatan dan keselamatan yang lebih tinggi.

6. Terdapat beberapa penerbangan domestik dalam rangkaian Kumpulan AirAsia yang akan bermula tidak lama lagi. Apakah langkah-langkah yang tetamu perlu ambil untuk memastikan risiko yang minimum untuk kesihatan dan keselamatan mereka? 

Ya, betul. Ada beberapa langkah-langkah baharu yang perlu dikuatkuasakan untuk memastikan kakitangan dan tetamu kami boleh melakukan perjalanan dengan selamat.  

Antara langkah yang paling penting adalah polisi baharu yang menyarankan semua tetamu untuk membawa topeng muka sendiri dan memakainya dengan cara yang betul sebelum, semasa dan selepas penerbangan, termasuk ketika mendaftar masuk dan pengambilan bagasi.

Pemeriksaan suhu juga akan dilakukan di beberapa lokasi, termasuk di balai berlepas. Semua kru kabin akan menjalani pemeriksaan suhu selepas setiap syif. 

Tidak perlu dipertikaikan lagi bahawa penjarakan sosial diperlukan dan akan diamalkan dengan lantai ditanda di kawasan beratur, termasuk di kaunter daftar masuk dan kiosk. Kaunter daftar masuk secara selang-seli pula akan dibuka untuk memastikan penjarakan sosial.

Anda juga tidak perlu risau apabila anda berada dalam penerbangan kerana semua kru kabin akan menggunakan alat pelindung termasuk topeng muka dan sarung tangan.

Semua hidangan dalam penerbangan disediakan dan dibungkus dengan bersih mengikut piawaian keselamatan makanan yang ketat. Kakitangan yang mengendalikan hidangan dalam penerbangan juga dipantau secara berkala mengikut garis panduan COVID-19 dan semua kru kabin yang mengendalikan makanan hendaklah memakai sarung tangan. 

Kami juga ingin memaklumkan bahawa semua kru kabin telah dilatih untuk mengendalikan apa jua situasi perubatan ketika dalam penerbangan termasuk mengenal pasti dan mengasingkan sesiapa yang menunjukkan gejala kurang sihat. 

Selain itu, tetamu juga perlu mengisi borang pengisytiharan kesihatan sebelum atau semasa ketibaan. Dan satu lagi perkara penting, kami menasihatkan semua tetamu untuk menyemak kelayakan melakukan perjalanan sebelum menempah penerbangan anda. 

Inilah norma baharu untuk kita semua, terutamanya apabila melakukan perjalanan menerusi penerbangan. Sama-samalah kita berharap bahawa situasi ini akan kembali pulih seperti sedia kala pada masa akan datang. 

Keselamatan adalah komponen paling penting dalam industri penerbangan dan kami di AirAsia akan terus berusaha untuk memastikan semua kriteria dalam aspek kesihatan dan keselamatan mencapai piawaian yang sepatutnya demi semua kakitangan dan tetamu kami.