Sedekad Kecemerlangan: AirAsia X terus komited untuk menawarkan penerbangan jarak jauh dengan tambang rendah
- Bakal mengembangkan rangkaiannya dengan lebih luas sempena penerimaan pesawat baharu
- Lebih 30 juta tetamu telah diterbangkan, menandakan pencapaian membanggakan bagi ulang tahun ke-10
- Peraduan dalam talian ‘AirAsia X Scavengers Hunt’ dan 100 penerbangan ditawarkan kepada 5 pemenang bertuah
GOLD COAST, 26 Oktober 2017 - AirAsia X, syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh, akan terus komited untuk menawarkan tambang rendah bagi penerbangannya sempena sambutan ulang tahun ke-10 syarikat itu dengan pengembangan rangkaian yang lebih luas untuk memenuhi permintaan serantau serta sempena penerimaan pesanan pesawat baharu tidak lama lagi.
Syarikat penerbangan tersebut mengadakan acara sambutan ulangtahunnya pada hari ini di Gold Coast, Australia yang merupakan destinasi sulung AirAsia X sedekad yang lalu iaitu pada 2 November 2007. Sebuah pesawat dengan rekaan grafik istimewa (livery) mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Gold Coast dan diraikan oleh pihak pengurusan dan kakitangan AirAsia X, Gold Coast Airport Limited dan Tourism Events Queensland, diikuti dengan sidang media.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun berkata,“Ulang tahun ke-10 ini merupakan suatu pencapaian yang tidak dapat dilupakan bagi kami di AirAsia X. Bagi sebuah syarikat penerbangan yang ramai menyangka tidak akan berjaya pada mulanya, kami telah membuktikan bahawa kami boleh mencapai pelbagai kejayaan selama 10 tahun ini. Kami telah bekembang dengan pesat sejak penubuhan kami pada 2007, dengan lebih 30 juta tetamu telah diterbangkan ke lebih 25 destinasi di pelbagai benua termasuk Amerika Syarikat. Pada waktu yang sama kami telah menawarkan rangkaian penerbangan meluas lebih 125 destinasi di Asia bersama syarikat sekutu penerbangan jarak dekat kami, AirAsia. Kami komited untuk memberikan perkhidmatan yang lebih meluas, sejajar dengan impian kami bagi menjadikan AirAsia X salah satu kumpulan syarikat penerbangan terbesar di dunia.”
“Kami telah merencana untuk pengembangan rangkaian laluan yang lebih luas dan kami pasti akan melancarkan destinasi - destinasi jarak jauh yang lebih menarik untuk memenuhi permintaan para tetamu kami bersempena penerimaan lebih banyak pesawat baharu bagi masa akan datang. Inilah keistimewaan kami, menghubungkan para tetamu ke pelbagai destinasi di dunia dengan tambang rendah menerusi salah satu pesawat Airbus terbaru di dunia. Ia merupakan pencapaian satu dekad yang teristimewa buat AirAsia X, dan kami berterima kasih kepada para tetamu kami dan juga para kakitangan (Allstars) yang berdedikasi. Kini semua orang boleh terbang lebih jauh, dan itulah janji yang kami akan sentiasa tunaikan,” tambah Datuk Kamarudin.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia, Benyamin Ismail berkata, “Kami amat teruja meraikan ulang tahun ke-10 pada tahun ini. AirAsia X telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam tempoh satu dekad dan kami akan terus berusaha untuk memberikan prestasi yang terbaik bagi tahun - tahun yang mendatang. Kami akan terus memberikan fokus kepada destinasi pilihan dan menambah kekerapan penerbangan kami bagi destinasi - destinasi sedia ada. Kami juga akan memanfaatkan kelebihan kumpulan syarikat kami dengan harga yang dinamik sebagai pemacu utama kejayaan, dan kami berjanji untuk menawarkan bukan hanya tambang rendah tetapi sambungan rangkaian destinasi yang lebih baik di rantau ini untuk para tetamu kami. Setinggi - tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua tetamu dan para Allstars kami kerana menjadi sebahagian daripada 10 tahun yang cemerlang ini.”
Kumpulan AirAsia X telah menempah sebanyak 66 buah pesawat jenis A330neo yang akan diterima bermula tahun 2018 hingga 2027. Bersama Kumpulan AirAsia, kumpulan syarikat penerbangan itu kini mempunyai hampir lebih 500 tempahan pesawat Airbus, menjadikan kumpulan syarikat penerbangan itu sebagai salah satu pengendali Airbus terbesar di dunia.
Sempena menyambut ulang tahun ini, AirAsia X akan menganjurkan peraduan dalam talian iaitu ‘AirAsia X Anniversary Scavenger Hunt’ bermula 2 hingga 5 November di mana 100 penerbangan ke destinasi terpilih akan ditawarkan kepada 5 pemenang berrtuah. Untuk menyertainya, sertakan tanda pagar (hashtag) #10xcitingyears dalam platform media sosial termasuk Instagram, Twitter dan Weibo Bagi maklumat lanjut, sila layari 10xcitingyears.airasia.com.
AirAsia X juga akan menawarkan promosi ulang tahun khas dengan tambang termasuk semua dari serendah RM250* sehala untuk tempat duduk ekonomi dan RM750* sehala untuk tempat duduk Premium Flatbed ke Perth, Taipei, Osaka, New Delhi, Hangzhou, Xi'An, Shanghai dan Beijing. Tambang promosi ini boleh ditempah di airasia.com bermula hari ini hingga 29 Oktober 2017 untuk perjalanan dari 1 Mei hingga 21 November 2018.
Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila layari Facebook (facebook.com/AirAsia) and Twitter (twitter.com/AirAsia).
*Tambang termasuk semua yang disebut adalah bagi penerbangan sehala sahaja dan termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.