AirAsia menghubungkan Kuching ke Shenzhen dengan penerbangan terus harian

311017.jpg

Laluan baharu yang merupakan laluan antarabangsa ketiga dari Kuching ini selari dengan usaha AirAsia untuk mengembangkan habnya di Malaysia Timur

SEPANG, 31 Oktober 2017 - AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia selama sembilan tahun berturut-turut, akan menghubungkan Kuching, Malaysia ke Shenzhen, China dengan penerbangan terus harian mulai 26 Disember 2017.

Laluan baharu yang merupakan laluan antarabangsa ketiga dari Kuching dan laluan baharu ketiga yang dilancarkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada tahun ini; selain Pontianak dan Langkawi adalah selari dengan usaha AirAsia untuk terus mengembangkan habnya di Malaysia Timur.

Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia Berhadberkata, “Kami teruja untuk menghubungkan Kuching ke Shenzhen dan menambah laluan antarabangsa ke Malaysia Timur. Sarawak merupakan antara destinasi pelaburan paling popular di Malaysia bagi syarikat-syarikat dari China, bahkan mereka juga menjadi pelabur terbesar dalam sektor keluli dan tenaga boleh diperbaharui di negeri ini. Justeru, kami percaya laluan ini bukan sahaja akan mengukuh dan membuka banyak peluang untuk perdagangan antarabangsa, pelaburan langsung asing (FDI), dan e-dagang, malah akan terus memperkasa ekonomi negeri itu.

“Selain itu, laluan ini adalah selari dengan visi kami untuk menjadikan Kuching sebagai hab serantau, selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan sektor pelancongan dan penambahan laluan penerbangan di Sarawak. Oleh itu, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada barisan Kepimpinan Negeri Sarawak, Ketua Menteri Sarawak, dan Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak di atas sokongan dan kerjasama yang berterusan. Kami komited untuk terus mengembangkan hab ini dan menjadikan Sarawak sebagai salah satu destinasi yang harus dikunjungi, serta menarik lebih ramai pengunjung ke Sarawak selain daripada 2.6 juta tetamu yang telah kami terbangkan ke negeri ini pada tahun ini.”

Sempena pengumuman laluan baharu ini, AirAsia menawarkan tambang termasuk semua dari RM88* from now to 5 November 2017 sehala dari Kuching ke Shenzhen untuk  di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia untuk peranti iPhone dan Android, bagi tempoh perjalanan di antara 26 Disember 2017 dan 25 Mac 2018. Ahli AirAsia BIG juga boleh mendapatkan 100 Mata Ganjaran BIG apabila mereka turut membeli Insurans Perjalanan dalam talian.

AirAsia kini terbang ke 12 destinasi dari Kuching dengan 229 penerbangan mingguan sehala. Selain Shenzhen, syarikat penerbangan itu juga terbang dari Kuching ke Singapura, Pontianak, Miri, Sibu, Bintulu, Kota Kinabalu, Johor Bahru, Kota Bharu, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Langkawi. Di samping itu, sebagai sebahagian daripada komitmennya untuk pasaran China, AirAsia telah meningkatkan kekerapan dari Kuala Lumpur ke Kunming hingga 14 kali seminggu bermula 19 Disember 2017, dan dari Langkawi ke Shenzhen hingga empat kali seminggu bermula 23 Disember 2017.

Terletak di seberang sempadan China dari Hong Kong, Shenzhen adalah sebuah bandar dengan ekonomi yang pesat dan lanskap yang luas. Ia juga merupakan salah satu bandar terkaya dan mempunyai penduduk paling ramai di China, justeru ia mempunyai pelbagai tarikan yang hebat seperti Overseas Chinese Town; Dafen Oil Painting Village; Taman Botani Xianhu; China Folk Village, taman tema yang mengujakan dan banyak lagi. Kunjungan ke Shenzhen juga tidak lengkap tanpa mencuba juadah tempatan seperti tiram Shajing; angsa panggang Gongming; abalone Nan'ao; udang Xixiang Jiwei dan lain-lain. Para pengunjung juga boleh membeli-belah sakan di Jalan Dongmen, Luohu Commercial City, pusat elektronik Hua Qiang Bei, serta di daerah Nanshan, Renmin Nan dan Shen Nan Zhong yang terkenal dengan tawaran hebat.

Untuk berita, aktiviti dan promosi mengenai AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.