AirAsia menang dua anugerah di Anugerah Aviation 100

Press release(021117).jpg
  • Aireen Omar dinobatkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tahunan Asia Pasifik
  • AirAsia juga merangkul Anugerah Tahunan APAC Debt Deal

SEPANG, 2 November 2017 - Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar telah dinobatkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tahunan Asia Pacific manakala AirAsia telah merangkul Anugerah Tahunan APAC Debt Deal untuk Pembiayaan Komersial bagi tujuh buah pesawat A320 di Anugerah Tahunan Aviation 100.

Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad menerima anugerah itu di majlis penyampaian anugerah yang diadakan di Hong Kong.

Aireen Omar berkata, “Anugerah ini merupakan bukti kerja keras dan dedikasi kakitangan kami di seluruh dunia untuk terus memastikan AirAsia kekal berdaya saing di peringkat global. Anugerah ini melambangkan usaha dan ketekunan mereka, serta keinginan dan semangat yang berterusan untuk terus menjadi juara dunia bagi para tetamu kami. Anugerah ini adalah untuk semua kakitangan Allstars kami.”

Rozainol Bahari, Ketua Kumpulan Perbendaharaan AirAsia berkata, “Kami teruja untuk membawa pulang Anugerah tahunan APAC Debt Deal, bersama rakan kongsi kami, Credit Agricole Corporate Investment Bank (CACIB). Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua atas kerja keras mereka dalam menjayakan perjanjian kewangan ini. Kami akan terus mencari jalan untuk memberikan yang terbaik dalam apa kami lakukan.”

Anugerah Aviation 100 kini dalam tahun ketujuh, mengiktiraf organisasi paling cemerlang tahun ini dalam industri aero angkasa. Diterbitkan pada setiap tahun, Aviation 100 memaparkan sepuluh organisasi utama dalam setiap kategori dan pemenangnya menerima anugerah pencapaian cemerlang. Kategori yang dipaparkan termasuklah syarikat penerbangan, pesawat, pemajak, MRO, bank, Ketua Pegawai Eksekutif Aero Angkasa, Ketua Pegawai Kewangan Aeroangkasa, penilai, firma perundangan dan pembuatan. Anugerah Aviation 100 juga mempunyai undi tahunan terbesar berbanding anugerah penerbangan lain dengan lebih 11,000 undian.

Untuk berita, aktiviti dan promosi mengenai AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).