AirAsia menang Anugerah Emas di Putra Brand Awards 2017 bagi tahun kelapan berturut-turut

Press release 2(031117).jpg

SEPANG, 3 November 2017 - AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia telah memenangi Anugerah Emas bagi kategori Pengangkutan, Perjalanan dan Pelancongan bagi tahun kelapan berturut-turut di Putra Brand Awards 2017.

Ini terus menandakan kepentingan syarikat penerbangan tersebut di dalam industri penerbangan dan pelancongan negara. Putra Brand Awards mengiktiraf jenama berdasarkan pilihan orang ramai dan disahkan oleh MATRADE.

Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad menerima anugerah tersebut di Majlis Putra Brand Awards 2017 yang diadakan di Kuala Lumpur.

Aireen Omar berkata, “Kami berasa rendah diri dan teruja diberi anugerah emas untuk kali kelapan berturut-turut, secara tidak langsung menunjukkan perkhidmatan kami memberi kepuasan yang lebih tinggi kepada rakyat Malaysia. Sebagai syarikat penerbangan tambang rendah, kami percaya para tetamu bukan sahaja dapat menikmati tambang yang rendah, tetapi syarikat penerbangan tambang rendah juga boleh menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Kami berbesar hati kerana rangkaian yang luas, tambang rendah dan perkhidmatan terbaik yang disediakan kami dihargai oleh para tetamu. Pencapaian ini menunjukkan komitmen kami yang berterusan dalam menyediakan perkhidmatan terbaik dan ini juga mengalakkan kami untuk terus berusaha memberikan perkhidmatan terbaik. Bagi semua pihak di AirAsia, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para tetamu kami bagi undian mereka. Saya ingin tujukan anugerah ini kepada kakitangan Allstars AirAsia yang konsisten dalam menyediakan perkhidmatan terbaik untuk menarik dan mengekalkan tetamu yang kami hargai.

Dianjurkan oleh Persatuan Ejen-ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) Putra Brand Awards adalah salah satu pengiktirafan tertinggi yang mengiktiraf kecemerlangan jenama di seluruh negara. Menggunakan kaedah penyelidikan teguh pengguna yang dibangunkan oleh rakan kongsi Effective Measure, para pengguna menentukan jenama pilihan Malaysia dalam pelbagai kategori dan setiap kategori menyediakan anugerah emas, perak dan gangsa untuk jenama pilihan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila layari Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).