AirAsia X lancar penerbangan terus ke “Pink City” di India dari Kuala Lumpur!
- Nikmati pengalaman di Jaipur, kota bersejarah yang mempesonakan dari kubu pertahanan, istana kesultanan, pasir keemasan, membeli belah, aneka makanan tradisi dan banyak
- lagiPromosi istimewa tambang termasuk semua serendah RM229* sehala!
SEPANG, 6 November 2017 - AirAsia X terus memperluaskan rangkaian penerbangannya dengan pengumuman penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Jaipur, India dengan kekerapan penerbangan empat kali seminggu mulai 5 Februari 2018 depan.
AirAsia X hari ini melancarkan satu lagi laluan unik di India iaitu Jaipur dan menawarkan promosi tambang termasuk semua serendah RM229* bagi tempat duduk ekonomi dan RM699* sehala bagi tempat duduk flatbed Premium dibuka untuk penempahan melalui airasia.com untuk tempoh perjalanan antara 5 Februari 2018 dan 21 November 2018.
AirAsia X adalah syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh yang pertama yang bakal terbang terus dari Kuala Lumpur ke Jaipur, ibukota Rajasthan itu, dimana penerbangan ini pastinya akan mengukuhkan hubungan antara rangkaian serantau di Kuala Lumpur, Malaysia dan India. Laluan baharu ini menyusul selepas kejayaan pelancaran laluan Bangkok-Jaipur pada September tahun ini yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan tambang terendah jarak dekat bersekutunya, AirAsia Thailand.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun berkata, “Kami amat gembira dan bangga menjadi syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh pertama menawarkan penerbangan terus antara Kuala Lumpur dan Jaipur di India serta menghubungkan kota India ini dengan destinasi serantau kami. Kami berharap ia akan memberi hubungan lebih baik untuk pelancong bisnes dan juga santai di India untuk melancong ke destinasi di Asia Tenggara. India adalah pasaran penting dan kami akan terus memperluaskan perkhidmatan kami ke kota-kota utama di India termasuk bandar - bandar lain yang kekurangan rangkaian hubungan penerbangan. Kami ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada kerajaan dan pihak berkuasa di India diatas sokongan padu yang diberikan kepada kami untuk laluan ini.”
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia, Benyamin Ismail berkata, “Laluan unik ini bakal menawarkan kemudahan pelancongan dan tambang rendah untuk tetamu kami. Sebelum ini, tetamu kami yang ingin melancong ke Jaipur dengan perlu terbang dari Kuala Lumpur ke Delhi selama lima setengah jam atau ke Mumbai selama lima jam sebelum mengambil penerbangan domestik, dan berbelanja agak banyak untuk ke Jaipur. Dengan pembukaan laluan penerbangan baharu ini, tempoh perjalanan dapat dipendekkan dan tetamu kami juga dapat terbang terus dari Kuala Lumpur ke Jaipur dengan hanya penerbangan selama lima setengah jam. Kami menjangkakan akan dapat menerbangkan seramai antara 132,000 hingga 143,000 penumpang diantara bulan Februari hingga Disember tahun hadapan dengan laluan ini.”
Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia T.S. Tirumurti berkata, “Kami ingin mengucapkan tahniah kepada AirAsia X bagi pelancaran laluan baharu ini. Kami memuji AirAsia kerana usaha yang diberikan dapat mempertingkatkan hubungan antara India dan Malaysia, dan pembukaan satu laluan ke Rajasthan yang merupakan sebuah syurga bagi pelancong. Kami yakin bahawa hubungan ini akan memanfaatkan pelancong bagi kedua-dua negara dan membuka potensi dalam bidang pelancongon dan perniagaan.”
Selain daripada Kuala Lumpur ke Jaipur, AirAsia X juga terbang terus ke New Delhi. Sejak penerbangan ke New Delhi ini bermula pada Februari 2016, laluan ini telah mencatat faktor muatan purata yang memuaskan pada 88 peratus.
Digelar “Pink City”, kota Jaipur dengan warna dan kemeriahan merah jambu, adalah salah satu daripada kota terindah dan mengagumkan di India. Selain daripada merupakan ibukota Rajasthan, Jaipur juga adalah kota terbesar dan terancang di India.
Tarikan hebat di sekitar kota ini mengundang pelancong dari seluruh dunia. Warisan kebudayaan Jaipur yang kaya ditonjolkan melalui tradisi, kebudayaan, gaya hidup, kesenian, barang kemas, tekstil dan seni bina. Malahan cara terbaik memahami kebudayaan Jaipur adalah melalui kesenian, muzik dan senibina. Ia adalah kota yang masih mengekalkan sejarah, kebudayaan dan nilainya walaupun selepas melalui proses kemodenan.
Kubu pertahanan yang agung dan rumah agam, kuil yang tersergam indah, landskap yang tenang, dan warisan kesenian yang kaya menjadikan Jaipur sebuah destinasi yang ideal untuk para pelancong. Asas senibina kota ini bermula sejak kurun ke-18 dengan pahlawan agung yang menjadi kebanggaan, Sawai Jai Singh ke-dua, yang menaiki takhta Istana Amber atau Amber Palace pada 1699.
Keagungan silam Jaipur kembali hidup dalam istana dan benteng pertahanan di kota ini dimana pada satu masa dahulu didiami oleh kaum kerabat diraja. Selain daripada Amber Palace, antara mercu tanda ikonik yang mengagumkan di Jaipur ialah City Palace, Hawa Mahal, Jal Mahal, Nahargarh Fort, Birla Temple, Jantar Mantar dan Panna Meena ka Kund. Warna merah jambu kota ini yang memikat setiap hati dan suasana kota Jaipur ini membawa kegembiraan dan keseronokan kepada pelancong yang singgah ke kota Rajashstan ini.
Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktivit terkini AirAsia, sila layari Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).
*Tambang termasuk semua yang disebut adalah bagi penerbangan sehala sahaja dan termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.