AirAsia dan AJ Hackett Kumpul Penerjun Bungy untuk ‘Crazy Jump Day’ di Menara Macau
MACAO, 4 Disember 2017 - Menara Macau hari ini menganjurkan acara tahunan ‘Crazy Jump Day’ ketujuh, bersama syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia, AirAsia dan dikelolakan oleh syarikat sukan lasak terkemuka dunia, AJ Hackett.
Bertemakan “Destinasi AirAsia”, acara terjunan bungy berkostum itu telah disertai 23 peserta dari seluruh Asia Pasifik yang membuat terjunan dari Menara Macau, yang merupakan terjunan dari bangunan komersial tertinggi di dunia pada paras 233 meter oleh AJ Hackett.
Para peserta dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan China telah terpilih oleh AirAsia dan AJ Hackett untuk membuat terjunan melalui pertandingan di media sosial yang dianjurkan sebulan sebelum ‘Crazy Jump Day.’
Mereka dipilih berdasarkan kreativiti, gaya penceritaan dan kostum yang mengikut tema, diinspirasikan oleh rangkaian meluas AirAsia melebihi 130 destinasi.
Acara tersebut dirasmikan oleh Alan John Hackett, Ketua Pegawai Eksekutif AJ Hackett; Tan Sri Rafidah Aziz, Pengerusi AirAsia X Malaysia; Adam Lichtenstein, Pengurus Serantau AJ Hackett International dan Pengurus Besar AJ Hackett Menara Macau; Celia Lao, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Hong Kong dan Macao; Simon Chan, Presiden Lembaga Penerbangan Awam, Macao; Cecilia Tse, Timbalan Pengarah Pejabat Pelancongan Kerajaan Macao; Eric Fong, Pengarah Jabatan Pemasaran CAM Macau International Airport Co Ltd; Matthew Mok Ketua Pegawai Komersial AirAsia BIG Loyalty; Francis Lam, Pengurus Eksekutif Menara Macau; Alcuin Li, Pengarah Bahagian Perdagangan, TurboJET dan Rutger Verschuren, Naib Presiden Bahagian Operasi Macao bagi Artyzen Hospitality Group Limited dan Pengurus Besar Grand Lapa Macau.
Selepas empat jam aksi terjunan bungy dilakukan, Ernesto Humberto Trevino Amezcua dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Kostum Terbaik kerana kreativitinya yang tersendiri. Beliau yang berasal dari Mexico dan kini tinggal di China juga telah memenangi Anugerah Terjunan Terbaik kerana gaya dan rakaman terjunannya yang menarik.
Amezcua menerima sepasang tiket penerbangan AirAsia ke Auckland, New Zealand, peluang untuk dua orang mengalami terjunan bungy dan dakian dari jambatan di sana oleh AJ Hackett serta 50,000 Mata AirAsia BIG. Beliau juga menerima tiket penerbangan AirAsia ke Singapura, peluang untuk mengalami terjunan bungy bagi seorang oleh AJ Hackett Sentosa, Giant Swing, dan Vertical Skywalk selain 20,000 Mata AirAsia BIG.
Pemenang tempat kedua Kostum Terbaik Nicholas Andrew Webber dari Australia menerima tiket penerbangan AirAsia ke Singapura, peluang untuk mengalami terjunan bungy bagi seorang oleh AJ Hackett Sentosa, Giant Swing dan Vertical Skywalk selain 20,000 Mata AirAsia BIG, sementara pemenang tempat ketiga John Paul Esguerra Fernandes dari Filipina menerima 20,000 Mata BIG AirAsia.
Para pengadil terdiri daripada Tan Sri Rafidah Aziz, Pengerusi AirAsia X Malaysia; Adam Lichtenstein, Pengurus Serantau AJ Hackett International dan Pengurus Besar AJ Hackett Menara Macau; Matthew Mok, Ketua Perkongsian Perniagaan Kumpulan AirAsia; Victor Kaw, Ketua Pegawai Komersial AirAsia BIG serta Francis Lam, Pengurus Eksekutif Macau Tower Convention and Entertainment.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Hong Kong dan Macao, Celia Lao berkata, “Ianya sangat menakjubkan untuk melihat semua peserta mengenakan kostum bertemakan destinasi AirAsia dari dan ke Macau, sama ada melalui penerbangan terus atau Fly-Thru melalui salah satu hab transit utama kami.Inovasi dan kreativiti mereka untuk menonjolkan keunikan kostum yang dikenakan adalah bukti semangat pengembaraan dan penerokaan yang kami harapkan daripada para peminat kembara dan penerjun bungy.”
Ketua Pegawai Eksekutif AJ Hackett, Alan John Hackett berkata, “Saya berbesar hati dan teruja melihat kostum para peserta tahun ini. Saya juga amat kagum dengan kerjasama AirAsia untuk acara tahun ini dan saya ingin berterima kasih kepada mereka kerana menerbangkan semua pengembara yang berani ini ke Macao dan memberikan peluang kepada mereka untuk melakukan terjunan dari Menara Macau dengan kami. Kami harap acara ‘Crazy Jump Day’ ini membawa nilai yang besar kepada Macao, Macau Tower dan rakan niaga kami, dan kami berharap dapat menganjurkan lebih banyak acara yang berjaya pada masa akan datang.” Acara ‘Crazy Jump Day’ 2017 di Menara Macau dianjurkan oleh AirAsia dan dikelolakan oleh AJ Hackett, bagi menarik lebih ramai pelawat ke Macao dan Menara Macau untuk mengalami keseronokan terjunan bungy komersial tertinggi di dunia dan SkyWalk.
Macau Tower Crazy Jump Day 2017 is powered by AirAsia and AJ Hackett, in support of the goal to bring more visitors to Macao as well as to Macau Tower to experience the thrill and excitement of the world’s highest commercial bungy jump and SkyWalk.
AirAsia kini beroperasi dengan penerbangan terus dari Macao ke Kuala Lumpur (14 penerbangan seminggu), Johor Bahru (7 penerbangan), Bangkok (28 penerbangan), Chiang Mai (7 penerbangan), Pattaya (4 penerbangan), Jakarta (4 penerbangan) dan Manila (5 penerbangan), selain perkhidmatan Fly-Thru melalui Kuala Lumpur dan Bangkok ke hampir 40 destinasi di seluruh Asia Pasifik.