AirAsia terima anugerah ‘Strategi Pembayaran Terbaik’ di Corporate Treasurer Awards 2016

AirAsia leads the way with the ‘Best Payment Strategy’ at the 2016 Corporate Treasurer Awards.jpg

SINGAPURA, 10 Mac 2017 - AirAsia telah diiktiraf dengan anugerah “Strategi Pembayaran Terbaik” di malam gala Corporate Treasurer Awards 2016 yang diadakan di Singapura hari ini.

Corporate Treasurer Awards merupakan satu majlis berprestij yang mengiktiraf strategi perbendaharaan dan kewangan terbaik Asia untuk keseluruhan industri perbendaharaan. Di bawah strategi perbendaharaan & kewangan terbaik di Asia Pasifik, AirAsia telah diiktiraf sebagai proses pembayaran yang mudah dan menyediakan fleksibiliti terbaik bagi pelancong yang menggunakan perkhidmatan penerbangan AirAsia.

Rozainol Bahari, Ketua Kumpulan Perbendaharaan AirAsia, berkata, "Kami terbang ke lebih 27 buah negara yang merangkumi 120 destinasi dengan sekurang-kurangnya 250 laluan penerbangan. Sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia, kami berhubung dengan pelbagai kategori tetamu yang terbang untuk urusan bisnes atau riadah. Di antara kewarganegaraan yang kerap terbang bersama AirAsia termasuklah warganegara Thailand, China, Indonesia, India, Filipina, Australia dan Korea Selatan.

"Walaupun berbeza dari segi budaya, semua pelancong secara lazimnya mahukan khidmat yang sama iaitu transaksi yang lancar dan mudah. Salah satu khidmat utama kami ialah trek peribadi (personalisation), dan dimana kami telah melaksanakan satu struktur yang menawarkan khidmat pilihan yang memudahkan tetamu yang berasal dari negara-negara lain. Kami berbesar hati untuk menerima anugerah ini kerana ia menunjukkan bahawa kami berada dalam landasan yang betul dan kami akan terus membuat pembaharuan dalam perkhidmatan kami untuk memberi kemudahan kepada para tetamu dari seluruh dunia."

Melalui sistem pembayaran khas, semua tetamu AirAsia di serata dunia bukan sahaja boleh memilih bahasa pilihan mereka tetapi juga pilihan pertukaran wang dan juga cara pembayaran di laman web. Fleksibiliti ini adalah untuk memberikan kepastian jumlah transaksi yang dilakukan mengikut mata wang pilihan yang merangkumi Dolar US, Sterling, Euro, Dolar Australia, Jepun Yen, Dolar Singapura, China Renminbi Yuan, Ringgit Malaysia dan banyak lagi.

Pengiktirafan ini menandakan kemenangan AirAsia buat kali ke dua bagi tahun ini berikutan dengan anugerah ‘The Most Influential Airline in China’ di New Power of Travel Awards 2016 yang telah berlangsung pada awal Januari 2017.

Untuk maklumat lanjut berkenaan aktiviti terkini AirAsia, sila layari Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia)