AirAsia X meraikan penerbangan terus ke Wuhan dengan 8,888 tempat duduk promosi
SEPANG, 22 March 2017 - AirAsia X Berhad mengumumkan promosi istimewa bagi penerbangan terus hariannya dari Kuala Lumpur ke Wuhan, dengan 8,888 tempat duduk promosi dari serendah RM188* sehala.
Tempah secara online di airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih AirAsia bagi iPhone atau Android, dan terbang dari sekarang hingga 30 Jun 2017.
Tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah juga turut ditawarkan pada harga promosi dengan tambang termasuk semua dari serendah RM688* sehala. Para tetamu yang menempah tempat duduk Premium Flatbed akan menikmati 40kg elaun bagasi, hidangan dalam penerbangan, bantal dan selimut, kaunter khas daftar masuk dan juga akses ke AirAsia Premium Red Lounge apabila berlepas dari Kuala Lumpur (klia2).
Para tetamu bagi penerbangan sulung dari Kuala Lumpur ke Wuhan (D7 878) hari ini juga diraikan oleh pihak pengurusan dan kakitangan AirAsia X Berhad dengan pemberian cenderahati dan aktiviti-aktiviti hiburan dalam penerbangan.
Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad berkata, “Kami gembira menghubungkan Wuhan terus ke Kuala Lumpur selepas penerbangan ke Kota Kinabalu, Bangkok dan Phuket yang dikendalikan oleh penerbangan jarak dekat rakan sekutu kami iaitu AirAsia Berhad dan AirAsia Thailand. China adalah pasaran utama bagi Kumpulan AirAsia dan AirAsia X dengan laluan baharu ini akan dapat mengukuhkan lagi kedudukan kami di China. Pelancong boleh mengunjungi pelbagai daya tarikan menarik di Wuhan seperti tapak bersejarah dan tapak semula jadi dengan pemandangan yang indah. Dengan kedudukannya yang strategik di tengah - tengah Negara China, Wuhanmenjadi hab strategik bagi pengedaran produk-produk untuk pelbagai industri. Kami yakin bahawa Wuhan bukan sahaja akan menarik orang ramai untuk bercuti tetapi juga bagi tujuan perniagaan bagi para usahawan yang ingin mengambil peluang dari pertumbuhan ekonomi di Wuhan yang sedang berkembang pesat.
"Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia dan China, Kerajaan Wilayah Hubei, Pihak Berkuasa Perbandaran Wuhan, Jabatan Berkuasa, pihak lapangan terbang dan semua rakan perniagaan kami atas sokongan berterusan mereka dalam membantu kami bagi menyediakan perkhidmatan ini."
Penerbangan terus yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Wuhan dikendalikan eksklusif oleh AirAsia X Berhad menggunakan pesawat Airbus A330-300 dengan kapasiti 377 tempat duduk termasuk 12 tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah.
AirAsia Berhad, rakan sekutu syarikat penerbangan jarak dekat AirAsia X (kod penerbangan AK) juga mengoperasikan penerbangan harian ke Wuhan dari Kota Kinabalu, manakala AirAsia Thailand (kod penerbangan FD) mengoperasikan penerbangan dua kali setiap hari dari Bangkok dan penerbangan harian dari Phuket ke Wuhan.
Secara keseluruhan, AirAsia dan AirAsia X menawarkan sejumlah 35 penerbangan mingguan ke Wuhan dan kini merupakan syarikat penerbangan asing terbesar ke China berdasarkan kapasiti.
Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila layari Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).
*Promosi tambang termasuk semua yang tertera adalah bagi penerbangan sehala sahaja dan termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.