Baby can’t you see, pantai idaman untuk anda!

  • Terbang dengan syarikat penerbangan yang memberi pengalaman yang menerujakan di atas kapal dari RM499* sehala
  • Sertai pertandingan istimewa di media sosial dan berpeluang memenangi tiket penerbangan percuma ke Honolulu, Hawaii**

KUALA LUMPUR, 31 Mac 2017 - AirAsia dan AirAsia X hari ini mengumumkan promosi istimewa selama 3 hari untuk destinasi terpilih sempena kempen #AirAsiaDanceToFly. Kempen yang diilhamkan dari sambutan hebat dari video oleh salah seorang anak kapal AirAsia X, Assraf Nasir, yang menjadi sensasi sekelip mata selepas video menarinya di atas kapal pesawat A330 tersebar di seluruh dunia.

Video Assraf Nasir yang meniru video muzik berjudul 'Toxic' Britney Spears dalam pesawat itu telah mendapat perhatian media di seluruh dunia baru-baru ini dengan lebih 13 juta tontonan di platform media sosial dan dilaporkan oleh media tempatan dan antarabangsa seperti CNN, BBC World, Fox News, CBS New York, Huffington Post , Mashable serta banyak lagi.

Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad berkata, "Keseronokan adalah dalam diri kami! Semua kakitangan kami yang digelar sebagai Allstars digalakkan untuk berseronok dan menjadi diri mereka sendiri. Kami berharap semua tetamu dapat merasai semangat yang menyeronokkan ini di atas kapal dan merebut peluang tambang rendah yang ditawarkan dalam promosi khas ini untuk terbang bersama dengan krew kabin kami yang pastinya akan memberikan pengalaman yang menarik untuk anda. Kami amat berbangga dengan anak-anak kapal yang berbakat seperti Assraf. Dunia telah menonton video yang menghiburkan itu dan kini tiba giliran anda untuk menunjukkan kepada kami gerak tari anda."

Harga dari serendah RM499* kini boleh didapati untuk tempahan di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia dari sekarang hingga 2 April 2017 untuk perjalanan dari sekarang sehingga 30 September 2017.

Bersempena dengan promosi ini, AirAsia X juga menghadiahkan sepasang tiket penerbangan percuma ke Honolulu, Hawaii** untuk video paling kreatif yang dimuat naik ke media sosial dari 3-9 April 2017 dengan #AirAsiaDanceToFlyMY.

Orang ramai boleh mengambil bahagian dalam pertandingan ini dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Rakam video tarian 15 saat tanpa audio dengan gerak tari anda yang menghiburkan
  2. Muat naik video tersebut di Instagram dengan hashtag #AirAsiaDanceToFlyMY selewat-lewatnya 2359hrs (GMT + 8), 9 April 2017
  3. Tulis kapsyen mengapa anda layak untuk menang pertandingan tersebut
  4. Pemenang akan diumumkan melalui saluran media sosial rasmi AirAsia

Dapatkan maklumat terkini berkenaan promosi dan aktiviti melalui Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Twitter (twitter.com/AirAsia).

* Tambang satu hala termasuk cukai dan tambang. Tertakluk kepada terma dan syarat.
** Pemenang akan dihadiahkan dengan sepasang penerbangan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Honolulu, Hawaii melalui Osaka, tidak termasuk cukai, yuran dan perkhidmatan pilihan, tertakluk kepada tempoh embargo dan terma dan syarat lain. Perkhidmatan penerbangan bermula pada 28 Jun 2017.