AirAsia Syarikat Penerbangan Rasmi Sukan SEA Dan Sukan Para ASEAN
KUALA LUMPUR, 10 April 2017 - AirAsia, syarikat tambah rendah terbaik dunia tampil sebagai penaja Syarikat Penerbangan Rasmi untuk Sukan Asia Tenggara yang ke-29 dan Sukan Para Asean yang ke-9.
Sebagai penaja emas, AirAsia akan menyediakan penerbangan bagi tujuan penganjuran sukan ini kepada pegawai Malaysia Organising Committee (MASOC) ke rangkaian luas syarikat penerbangan itu di seluruh rantau Asean.
Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia berkata, "AirAsia amat berbangga untuk menaja sukan SEA dan sukan para Asean. Sebagai syarikat penerbangan Asean, kami dengan sepenuh hati menyokong perhimpunan para atlet terkemuka di rantau ini.
“Acara sukan ini merupakan contoh terbaik di mana rantau ini dapat mencapai matlamat yang sama, dan kami sangat teruja untuk diberi peluang mempromosikan visi perpaduan melalui hubungan yang lebih baik.
“Jalinan kerjasama ini juga menandakan permulaan dan penglibatan yang lebih bermakna dengan komuniti sukan melalui platform ‘Dare to Dream’ kami, di mana AirAsia memainkan peranan dalam membantu atlet-atlet generasi akan datang dari seluruh pelusuk Asean dan merealisasikan potensi mereka sepenuhnya.”
Pengerusi MASOC YB Brig Gen Khairy Jamaluddin berkata, "Saya sangat berbangga dengan penglibatan AirAsia dalam terus menyokong agenda sukan negara dan serantau.
“Kesungguhan dan komitmen AirAsia dalam menyumbang semula kepada masyakarat melalui sukan amat jelas dan saya benar-benar menghargainya.”
Sukan SEA dan Suka Para Asean merupakan acara sukan terbesar di Asia, bertujuan untuk mengalakkan persefahaman dan kerjasama di kalangan negara-negara serantau melalui pertandingan persahabatan.
Sejumlah 405 acara bagi 38 sukan akan dipertandingkan pada sukan SEA tahun ini oleh atlet-atlet dari semua 10 buah negara Asean dan Timor Leste dari 19-31 Ogos 2017, dengan majlis penutup yang akan diadakan bersamaan dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-60 Malaysia.
Sukan Para Asean yang akan berlangsung dari 17-23 September 2017, akan memperlihatkan para atlet palsi serebrum, kekurangan upaya fizikal, cacat penglihatan dan fizikal dari Asean bersaing untuk merebut ke garisan penamat podium dalam 16 acara para sukan.
Ini merupakan kali keenam Malaysia menjadi tuan rumah sukan SEA dan buat kali ketiga menjadi tuan rumah Sukan Para Asean.
Kuala Lumpur 2017 merupakan acara pertama yang akan diadakan sejak pembentukan Komuniti Asean 2015, seperti digambarkan melalui tema "Rising Together".