AirAsia X akan menerbangkan kontinjen Malaysia ke Kejohanan BWF Piala Sudirman 2017

270417 - 2.jpg

SEPANG, 27 April 2017 - AirAsia X perintis syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh hari ini mengumumkan akan menerbangkan pasukan badminton negara ke Gold Coast, Australia pada bulan Mei untuk menyertai keseluruhan kejohanan BWF Piala Sudirman 2017 sebagai sebahagian daripada inisiatif sukan #DARETODREAM kumpulan syarikat penerbangan ini.

Satu sidang akhbar yang dihadiri oleh Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad telah diadakan hari ini di AirAsia RedQ yang juga di hadiri oleh Datuk Ng Chin Chai, Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM); Lawrence Chew Si Hock, Pengurus Besar BAM; Morten Frost, Pengarah Teknikal BAM bersama dengan pemain badminton negara termasuk pemain beregu campuran Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying.

Benyamin Ismail berkata, “Ia adalah penghormatan kepada kami untuk menerbangkan atlet kebanggaan negara ke Gold Coast, Australia bagi Piala Sudirman. Sebagai sukan yang digemari oleh semua rakyat Malaysia, kejohanan badminton dua tahun sekali ini pastinya akan menjadi tumpuan dan saya gembira bahawa AirAsia X menjadi sebahagian daripada perjalanan pasukan Malaysia untuk merangkul gelaran yang diinginkan. "

“Selepas hampir satu dekad kami memulakan perkhidmatan kami ke Gold Coast, kami kini beroperasi sebanyak 11 penerbangan seminggu dari Kuala Lumpur, dengan penerbangan seterusnya setiap hari ke Auckland. Melalui tambang rendah kami, peminat badminton dari Malaysia, New Zealand dan di rantau ini kini boleh terbang ke Gold Coast untuk merasai keseronokan dan bersorak untuk pasukan kegemaran mereka di tepi gelanggang. Sudah pastinya saya akan bersorak untuk pasukan Malaysia, dan saya ucapkan selamat maju jaya kepada kontinjen Malaysia, "kata Benyamin.

Datuk Ng Chin Chai, Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkata, “BAM amat berbangga dan berbesar hati bekerjasama dengan AirAsia X sebagai syarikat penerbangan rakan kongsi kami bagi Piala Sudirman di Gold Coast akan datang. Sokongan dari Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia 8 kali ini juga bakal merangsang pasukan Piala Sudirman kami menjadi pasukan badminton terbaik dunia.

AirAsia telah memainkan peranan penting dalam inisiatif sukan selama ini termasuk bola sepak, sukan bermotor, badminton, bola keranjang dan banyak lagi. Baru-baru ini, Kumpulan syarikat penerbangan ini juga telah mengumumkan penyertaan ke Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para Asean ke-9 sebagai Syarikat Penerbangan Rasmi dan penaja emas.

Di bawah inisiatif sukan #DARETODREAM, Airasia telah menyokong banyak atlet tempatan seperti pelumba basikal dan juara dunia Keirin Azizulhasni Awang, penerjun negara dan atlet Olimpik lima kali Leong Mun Yee, pelumba basikal Fatenah Mustapa, atlet bina badan Faiz Ariffin, pemandu Go-Kart Muizzuddin Musyaffa dan ramai lagi. Kumpulan syarikat penerbangan ini juga merupakan penaja kepada AirAsia Malaysia Rugby League untuk ragbi dan AirAsia KL Junior League untuk bola sepak belia, dengan penglibatan lebih banyak dalam perancangan sukan.

AirAsia X adalah satu-satunya syarikat penerbangan yang terbang dari Kuala Lumpur ke Gold Coast, Australia dengan penerbangan terus (11x seminggu) dan sambungan seterusnya ke lebih 120 destinasi di seluruh rantau ini bersama-sama AirAsia, rakan sekutu syarikat penerbangan jarak dekat. Kumpulan syarikat penerbangan juga merupakan rakan kongsi rapat kepada Pelancongan dan Acara Queensland (TEQ) untuk bersama-sama mempromosikan Gold Coast ke Asia dan seterusnya.

Ikuti perjalanan sukan AirAsia melalui hashtag #DARETODREAM atau Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia) untuk berita dan aktiviti terkini AirAsia.

Malaysia, NewsMinjun YuSepang