Diskaun Sebanyak 50% Ke Semua Destinasi AirAsia

130517.png

Juga nikmati penjimatan sebanyak 50% apabila memilih tempat duduk anda, termasuk Pemium Flatbed!

SEPANG, 13 Mei 2017 - Terbang dengan lebih murah dengan diskaun sebanyak 50% untuk semua destinasi di seluruh rangkaian AirAsia yang meliputi lebih dari 120 destinasi di Asia Pasifik, Timur Tengah dan Amerika Syarikat.

Tempah mulai 15 Mei 2017 (0001h, GMT +8) hingga 21 Mei 2017 (2400h, GMT +8) bagi perjalanan di antara 5 September 2017 dan 8 Februari 2018 melalui laman web airasia.comatau aplikasi AirAsia untuk peranti mudah alih bagi menikmati tambang rendah tersebut.*

Gunakan peluang promosi istimewa ini untuk merantau dan melawat pelbagai destinasi yang menarik seperti Langkawi, Singapura, Pattaya, Boracay, Hanoi, Shantou, Jakarta, Shenzhen, Macau, Luang Prabang, Bhubaneswar ataupun terbang ke destinasi yang lebih jauh seperti Sydney, Melbourne, Shanghai, Beijing, Maldives dan banyak lagi.

Selain dari tambang rendah tersebut, tetamu juga boleh menikmati penjimatan sehingga 50% apabila mereka memilih tempat duduk pilihan mereka menerusi pilihan "Pick A Seat."**

Pick A Seat membolehkan tetamu memilih tempat duduk pilihan mereka, sama ada ianya di tepi tingkap atau di laluan tengah, atau memilih Hot Seat untuk mendapat keutamaan menaiki pesawat dan ruang kaki lebih luas.

Tetamu AirAsia X juga boleh menempah tempat duduk di Zon Senyap untuk perjalanan yang tenang dan damai atau menempah Premium Flatbed, di mana tetamu akan mendapat elaun bagasi 40kg serta banyak lagi kelebihan. Tambahan lagi, tetamu Premium Flatbed yang terbang dari Kuala Lumpur akan dapat menikmati akses ke AirAsia Premium Red Lounge secara percuma!

Ketua Pegawai Komersil Kumpulan AirAsia, Siegtraund Teh berkata, “Kami sentiasa berusaha untuk menawarkan harga yang terbaik, dan kami yakin tetamu akan menghargai gabungan tambang rendah dan harga tempat duduk pilihan yang berpatutan yang akan membolehkan mereka untuk terbang lebih jauh dan lebih keselesaan.”

Untuk maklumat terkini bagi promosi dan aktiviti, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Promosi ini adalah terhad dan mungkin tidak tersedia di semua penerbangan semasa cuti umum, cuti sekolah dan hujung minggu.

**Promosi Pick A Seat hanya tersedia semasa tempahan penerbangan dan tidak boleh didapati menerusi Urus Tempahan Saya (Manage My Booking).