AirAsia Membawa Ben Proud’s Talent Pool Ke Penang

Empat perenang berbakat dari Pulau Pinang telah terpilih untuk menjalani latihan bersama Ben Proud di Phuket pada bulan September 2017

PULAU PINANG, 3 Mei 2017 - AirAsia telah membawa 60 bakat perenang yang berumur antara 11 hingga 15 tahun ke klinik kejurulatihan Ben Proud’s Talent Pool di Penang pada Sabtu lepas. Perenang- perenang muda tersebut telah mengambil bahagian dalam sesi intensif selama satu hari bersama jurulatih yang terkemuka seperti bekas ahli sukan Olimpik Antony James dan finalis Sukan Komanwel Steven Beckerleg.

Klinik kejurulatihan renang tersebut merupakan acara tahunan dengan kerjasama AirAsia dan perenang British Olympic, Ben Proud. Klinik kejurulatihan renang yang diadakan di utara Malaysia (Penang) itu merupakan sesi kedua inisiatif tersebut selepas pelancaran yang menampilkan bakat perenang dari Lembah Klang bersama atlet Olimpik tersebut yang berlangsung pada awal Februari lalu.

Semasa di klinik kejurulatihan, Toh Ting Wei, 15 tahun dari Kelab Renang Pulau Pinang (PSC); Caroline Lim Shi Chyi, 11 tahun dari Kelab Renang Pulau Pinang (PSC); Lau Ting Quan, 14 tahun dari Kingfisher Swim Team (KST); dan Jess Lee Yen Yi, 14 tahun dari Trident Swim Team (TST) telah terpilih untuk menjalani latihan ekslusif bersama Ben Proud di Phuket pada hujung tahun ini.

Rudy Khaw, Ketua Bahagian Penjenamaan Kumpulan AirAsia berkata, "Kami amat teruja untuk datang ke Pulau Pinang bagi mengadakan pusingan kedua klinik ini bagi mencungkil bakat baru perenang muda masa hadapan. Kita melihat begitu banyak bakat baru yang telah mengambil bahagian, dan ianya sangat mengujakan untuk melihat bakat-bakat muda ini mengambil langkah pertama ke arah mencapai impian mereka dalam mengenalpasti keupayaan dan kebolehan masing masing untuk menjadi lebih hebat di masa hadapan.”

“Terdapat banyak bakat-bakat muda yang terpendam dan masih belum diasah dan kami amat berbesar hati dalam memainkan peranan dalam komuniti sukan dengan menyediakan satu platform yang menawarkan peluang untuk mereka menjalani latihan profesional bersama jurulatih bertaraf antarabangsa untuk memberi inspirasi kepada bakat muda di rantau ini. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang terpilih dan yang akan berlatih bersama Ben Proud di Phuket - ianya pasti akan menjadi satu pengalaman yang berharga dan tidak akan dapat dilupakan buat mereka.”

Antony James, Ketua Jurulatih Ben Proud Talent Pool berkata, "Kami amat teruja dapat membawa konsep Talent Pool ini ke Pulau Pinang. Kami komited dalam mengembangkan bakat-bakat dalam kalangan komuniti perenang di rantau ini dan turut berasa bertuah dapat bekerjasama begitu ramai perenang cilik yang bersemangat. Ia adalah satu cabaran untuk memilih empat pemenang sahaja. Namun begitu, mereka yang terpilih adalah bakat muda yang mempunyai semangat dan bersedia untuk belajar berdasarkan keupayaan mereka. Keempat-empat bakat perenang bertuah ini akan menjalani latihan bersama Ben di Phuket. Kita berharap agar dapat memberi inspirasi kepada semua kanak-kanak untuk menjadi yang terbaik buat diri mereka dan untuk masa hadapan.”

Latihan profesional klinik kejurulatihan berenang ini mempunyai dua sesi, ianya termasuk pembelajaran di bilik darjah yang memberi tumpuan kepada psikologi sukan dan sesi kolam untuk menyediakan latihan kepada aspek taktikal dalam sukan renang.

Talent Pool ini adalah sebahagian daripada kempen sukan #DARETODREAM AirAsia yang bertujuan untuk mengembangkan bidang sukan dan memupuk bakat muda dari semua peringkat di seluruh rantau Asean. Program ini bakal menjadi program empat tahun dan akan memberi ruang kepada semua rantau negara ini untuk bertemu perenang Asean.

Ben Proud adalah antara barisan atlet AirAsia dibawah kempen #DARETODREAM bersama atlet negara yang lain iaitu jaguh trek berbasikal negara seperti Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa, serta atlet terjun negara, Leong Mun Yee. AirAsia turut bekerjasama dengan atlet bina badan Faiz Ariffin dan pemandu go-kart Muizzuddin Musyaffa. Selain itu, AirAsia juga menaja Liga Ragbi Malaysia AirAsia dan Liga Junior KL AirAsia dengan lebih banyak perancangan untuk kempen ini. 

Ikuti perjalanan impian AirAsia melalui hashtag #daretodream atau maklumat terkini AirAsia dan aktiviti di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).