Lima Bintang Untuk AirAsia X Di Anugerah Skytrax

210617.jpg

PARIS, 21 Jun 2017 - AirAsia X merangkul anugerah Kabin Premium Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia dan Tempat Duduk Premium Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia untuk lima tahun berturut-turut.

Syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh AirAsia memenangi anugerah ini di Majlis Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2017 di Musée de l’Air et de l’Espace di lapangan terbang Le Bourget di sini semalam.

Pengerusi AirAsia X Tan Sri Rafidah Aziz menerima anugerah berkenaan. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Thailand Nadda Buranasiri.

Digelar "Oscars bagi Industri Penerbangan", Anugerah Skytrax adalah penanda aras global kecemerlangan syarikat penerbangan dengan lebih 19.9 juta kaji selidik pelanggan yang diterima dari seluruh dunia oleh lebih daripada 105 kewarganegaraan, mengukur piawaian di seluruh 49 petunjuk prestasi utama barisan produk dan perkhidmatan syarikat penerbangan.

AirAsia dan AirAsia X telah memenangi sebanyak 25 Anugerah Skytrax World Airline sejak ia diperkenalkan pada 2001.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X Datuk Kamarudin Meranun berkata, “AirAsia X menjalankan inovasi secara berterusan untuk menempa pengalaman terbaik. Sebagaimana ditonjolkan di anugerah ini, mahupun produk kita berevolusi, janji kita tetap sama - untuk menentukan penerbangan dengan harga mampu dibayar dan menyeronokkan untuk semua. Ia juga membuktikan mahupun pada harga yang rendah, kami nekad dalam komitmen untuk menyampaikan hanya yang terbaik untuk tetamu yang dihargai.”

AirAsia adalah syarikat penerbangan tambang rendah terbesar Asia berdasarkan tetamu yang diterbangkan, dengan rangkaian yang luas meliputi lebih daripada 120 destinasi di 26 buah negara merentasi Asia, Australia dan New Zealand, Timur Tengah dan Amerika Syarikat.

Perintis dalam penerbangan dan teknologi, AirAsia menawarkan produk inovatif seperti hidangan panas Santan, kopi premium T&Co, hiburan dan perhubungan dalam penerbangan melalui platform ROKKI, BIG Duty Free yang menampilkan pembelian atas talian dan Premium Flex untuk tetamu kelas bisnes.

Tetamu boleh dihubungkan dengan lancar dari satu tempat dalam rangkaian AirAsia dengan hanya satu perhentian di Kuala Lumpur, Malaysia - hab syarikat penerbangan tambang rendah Asia - atau hab transit di Thailand dan Indonesia menggunakan perkhidmatan Fly-Thru.