AirAsia anjur WPUA Fun Run di Kota Kinabalu!

220717.jpg

KOTA KINABALU, 22 Julai 2017 - AirAsia telah menganjurkan acara larian “Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA) Fun Run” hari ini di Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu, Sabah. Lebih 1,000 penjawat awam dan keluarga menyertai acara larian ini.

Larian AirAsia WPUA ini telah dilancarkan oleh Yang Berbahagia Datuk Joniston Bangkuai, Pengerusi Lembaga Pelancongan Negeri Sabah; bersama Tuan Haji Mat Jaidin bin Haji Mohd, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah dan Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad.

Semua penjawat awam yang menyertai acara pagi itu juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah istimewa termasuk tiket penerbangan, barangan AirAsia dan juga mata ganjaran AirAsia BIG. Mereka juga telah dihiburkan dengan persembahan oleh AirAsia Allstars (kakitangan AirAsia) dari Stesen AirAsia Kota Kinabalu dan persembahan tarian oleh Kumpulan Budayawan, kumpulan tarian tempatan.

Waran Perjalanan Udara Awam AirAsia direka khas bagi kakitangan perkhidmatan awam yang melakukan perjalanan atas urusan rasmi. Ia merangkumi pemilihan Hot Seat, peruntukan bagasi 40kg, makanan dan minuman, perkhidmatan daftar masuk express, insurans perjalanan Tune Protect, tempahan sehingga 3 jam sebelum penerbangan berlepas, perubahan penerbangan percuma sehingga 2 jam sebelum berlepas dan kaunter perkhidmatan khas di lapangan terbang.

Larian AirAsia WPUA ditaja oleh rakan-rakan rasmi dari Tune Protect, Santan, rokki, BIG Duty Free, Tune Hotels manakala pelari telah terhidrat dengan VICO, Nestle, 100 plus dan Spritzer.

Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila layari Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).