AirAsia cungkil bakat muda melalui sesi uji bakat PJ Rangers

050817.jpg

50 pemain bola sepak berbakat dari Petaling Jaya telah dipilih untuk menyertai pasukan muda PJ Rangers

PETALING JAYA, 5 August 2017 - AirAsia meneruskan usahanya untuk mengembangkan bakat-bakat muda dengan menganjurkan AirAsia - PJ Rangers Junior Tryouts di Petaling Jaya. Sesi uji bakat ini merupakan sesi terbuka kepada pemain di bawah 14 dan 16 tahun. Pemain-pemain terpilih akan menyertai pasukan muda PJ Rangers yang bakal bertanding di Liga Junior AirAsia-KL.     

Pemain-pemain muda ini telah menjalani sesi uji bakat intensif yang diketuai oleh Ketua Jurulatih PJ Ranger, Mohd Zan dan dibantu oleh Ketua Penasihat Teknikal bagi program belia PJ Rangers. Seramai 150 pemuda dari Petaling Jaya telah mengambil bahagian dalam sesi uji bakat tersebut dalam usaha untuk membina sebuah pasukan muda yang berasal dari Petaling Jaya sambil memberi mereka platform untuk terus mengembangkan bakat mereka.

 Seramai 50 pemuda berbakat telah terpilih, 25 pemain bagi kategori Bawah-14 dan 25 pemain bagi kategori Bawah-16. Kedua-dua kumpulan pemain ini bakal mewakili pasukan PJ Rangers Bawah-14 dan Bawah-16 tahun untuk bertanding dalam Liga Junior AirAsia-KL  yang akan bermula pada 19 Ogos 2017 di New Camp Bandar Utama, Damansara.  

Semasa sesi uji bakat, para pemain telah dibahagikan kenapa dua kumpulan Bawah-14 dan bawah-16 tahun di mana mereka telah diasingkan mengikut posisi mereka dan telah diletakkan dalam beberapa pasukan. Setiap pasukan bermain selama sepuluh minit dan setiap pemain telah dinilai dan diberi markah berdasarkan prestasi mereka secara individu. Markah diberi berdasarkan lima kriteria utama iaitu teknik, kesedaran taktikal, ciri-ciri fizikal, koordinasi dan kekuatan mental atau psikologi.

AirAsia merupakan pemilik bagi Kelab PJ Rangers dan mempunyai kolaborasi jangka panjang bersama QPR. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Liga Junior AirAsia-KL, sila layari www.kljuniorleague.my.

Usaha ini adalah sebahagian daripada kempen sukan #DARETODREAM AirAsia yang bertujuan untuk mengembangkan bidang sukan dan memupuk bakat muda dari semua peringkat di Malaysia dan seluruh rantau Asean.

Ikuti perjalanan sukan AirAsia melalui hashtag #DARETODREAM atau ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook  (facebook.com/AirAsia) untuk maklumat dan aktiviti terkini.