AirAsia Rai Hidangan Baharu Untuk Kanak-kanak dengan Menawarkannya Secara Percuma

280917.jpg

SEPANG, 28 September 2017 - AirAsia memberi kejutan kepada penumpang kanak-kanak hari ini dengan menawarkan hidangan Lil’ Star Combo yang baru diperkenalkan secara percuma kepada semua penumpang kanak-kanak* dalam penerbangan AirAsia dan AirAsia X.

Lebih 7,000 kanak-kanak yang menaiki penerbangan jarak dekat dan jauh di seluruh rangkaian AirAsia menerima hidangan Lil’ Star Combo; yang menyajikan piza mini, minuman dan snek istimewa yang menyelerakan.

Siegtraund Teh, Ketua Komersial Kumpulan AirAsia,  berkata, “Kami mahu penumpang kanak-kanak juga dapat menikmati hidangan dalam pesawat seperti ibu bapa mereka. Hidangan yang enak menjadikan pengalaman penerbangan lebih baik, dan kami percaya ia merupakan salah satu komponen utama mengapa kami memenangi pelbagai anugerah. Oleh itu, kami menawarkan Lil’ Star Combo; hidangan untuk kanak-kanak yang bukan sahaja lazat dan berpatutan, malah lebih menyeronokkan.

“Selain menu kanak-kanak, kami juga berusaha untuk menambah menu lain seperti sarapan pagi serta pelbagai pilihan hidangan yang lebih sihat, dan ia bakal dilancarkan kelak selari dengan jenama Santan yang terus berkembang sebagai sebuah restoran terkemuka di awan biru”.

Hidangan Lil’ Star Combo ini pasti menceriakan pengalaman penerbangan kanak-kanak bersama AirAsia. Kini para tetamu yang terbang bersama anak-anak mereka boleh membuat pra-tempahan bagi hidangan tersebut dengan hanya RM10 untuk penerbangan AirAsia (kod penerbangan AK) dan RM15 untuk penerbangan AirAsia X (kod penerbangan D7) ke semua destinasi AirAsia di airasia.com.

Bagi tetamu lain pula, AirAsia menawarkan pelbagai pilihan menu Santan termasuklah pelbagai cita rasa dari Asia, seperti Nasi Lemak dan nasi ayam yang lazat, serta tawaran terbaru kami seperti salmon onigiri yang dipanggang dan sup miso.

Para tetamu disarankan untuk membuat pra-tempahan hidangan Santan melalui pautan ‘Urus Tempahan Saya’ di airasia.comuntuk menikmati pelbagai pilihan hidangan, lebih penjimatan dan keutamaan hidangan dalam pesawat.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*sementara stok masih ada dan untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 12 tahun sahaja.

News, MalaysiaMinjun YuSepang