AirAsia X kini terbang ke Jaipur dari Kuala Lumpur
Disambut dengan Promosi tambang termasuk semua serendah RM199*/INR3,555*
JAIPUR, 6 Febuari 2018 – AirAsia X mengumumkan laluan terbaru dari Kuala Lumpur ke Jaipur, memudahkan orang ramai dari Kuala Lumpur untuk melancong ke Barat Laut India, dengan tambang promosi termasuk semua dari RM199 sehala.
Promosi termasuk semua dari from RM199* / INR3,555* sehala untuk tempat duduk standard bermula dari 5 Febuari sehingga 11 Febuari 2018 untuk tempoh perjalanan Antara 5 Febuari sehingga 31 Julai 2018. Tempat duduk Premium Flatbed yang telah meraih anugerah juga sedia untuk temahan bagi promosi tambang termasuk semua dari RM199 sehala.
Satu majlis khas diadakan untuk menyambut penerbangan sulung yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Jaipur malam tadi (5 Februari).
AirAsia X merupakan satu-satunya syarikat tambang rendah yang menawarkan laluan terus dari Kuala Lumpur ke Jaipur, ibukota Rajasthan. Syarikat penerbangan ini akan menawarkan khidmat operasi empat kali seminggu yang bakal mengembangkan rangkaian di Asia Tenggara dan memperkukuhlan hubungan AirAsia X dan syarikat sekutu penerbangan jarak dekat, AirAsia di India.
Pengerusi Eksekutif AirAsia and Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Datuk Kamarudin Meranun berkata,“India adalah salah satu daripada pasaran pertumbuhan utama, dan kami akan membina kedudukan lebih kukuh di sini. Kini kami terbang ke dua destinasi di kawasan Segitiga Emas terkemuka dunia dengan penambahan penerbangan ke Jaipur selain khidmat sedia ada Delhi. Dengan laluan terbaharu ini, jumlah penerbangan mingguan menghubungkan Malaysia ke India di bawah Kumpulan AirAsia meningkat kepada 110 kali dan jumlah kapasiti di bawah Kumpulan AirAsia termasuk AirAsia X adalah 22,755."
“Khidmat terbaharu ke Jaipur adalah sebahagian daripdada matlamat kami untuk memenuhi peningkatan permintaan untuk hubungan serantau ke kota tier II di India. Melalui peningkatan operasi penerbangan dari lapangan terbang di kota Tier I dan Tier II, hubungan serantau India akan diperkukuhkan lagi. Kami menjangka laluan baharu ini akan melonjakkan lagi pertumbuhan penumpang Antara Malaysia, India dan Asia Selatan," tambah Datuk Kamarudin.
Sejak 2010, Kumpulan AirAsia telah membolehkan lebih daripada 16 juta penumpang (16,701,470) terbang keluar dan masuk India. Sehingga Disember 2017, AirAsia X Malaysia telah menerbangkan lebih daripada 184,482 tetamu sejak pengenalan khidmat terus penerbangan Kuala Lumpur-New Delhi pada Febuari 2016.
Dengan laluan baharu ini, AirAsia X bersama dengan AirAsia kini menawarkan khidmat ke 19 kota India termasuk Bagdogra, Bengaluru, Bhubaneswar, Chandigarh, Chennai, Goa, Guwahati, Hyderabad, Imphal, Kochi, Kolkata, Mumbai, New Delhi, Pune, Ranchi, Srinagar, Tiruchirappalli dan Visakhapatnam.
Sebagai sebuah kota di Segitiga Emas, dan dengan sejarah dan budaya luar biasa Jaipur memegang kedudukan penting di Rajasthan, menarik lebih daripada satu dalam tiga pelancong antarabangsa yang mengunjungi wilayah tersebut. Dikenali sebagai kota merah jambu kerana lanskap diwarnai dengan cat merah jambu, Jaipur terkenal sebagai destinasi premium yang menarik pelancong bisnes mahupun yang beriadah dari seluruh dunia. Ibukota Rajasthan yang terkemuka dengan lanskap dan warisan, kedudukan Jaipur terletak di tangga kelapan dari segi ekonomi terbesar di wilayah terbabit dirancakkan oleh tekstil, permata dan perhiasan, pemprosesan agro, automotif dan industri berasaskan mineral.
Ikuti maklumat yang dikemaskini berkenaan promosi dan aktiviti terkini AirAsia menerusi (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).
*Tambang termasuk semua adalah bagi perjalanan sehala sahaja dan termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.