Pengecualian Caj Penukaran Penerbangan untuk Pilihanraya Umum ke-14

SEPANG, 10 April 2018 - Sempena Pilihanraya Umum Malaysia ke-14 yang akan datang, kami akan menawarkan pengecualian kepada caj penukaran penerbangan untuk tempahan yang dikeluarkan di Malaysia yang mana tarikhnya jatuh pada hari mengundi (9 Mei 2018) untuk memastikan pelan perjalanan anda tidak terganggu.

Tawaran ini hanya sah kepada warganegara Malaysia sahaja, dan mestilah dibuat dalam masa sepuluh (10) hari dari pengumuman tarikh mengundi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Para tetamu boleh memilih tawaran pilihan berikut:

Pilihan 1: Tukar Penerbangan: Membuat satu (1) penukaran tarikh untuk semua tempahan tanpa caj tambahan penukaran penerbangan untuk menangguhkan perjalanan sehingga tiga puluh (30) hari dari tarikh perjalanan asal, tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk dan perbezaan tambang atau cukai; ATAU

Pilihan 2: Akaun Kredit: Mengekalkan nilai tambang dalam akaun Ahli AirAsia BIG anda untuk perjalanan masa akan datang dengan AirAsia, dan ditebus dalam masa 90 hari kalendar bermula dari tarikh yang dikreditkan.

Para tetamu yang ingin menukar tarikh penerbangan / menerima akaun kredit perlu mengisi e-Borang yang boleh didapati di laman support.airasia.com:

  1.  Klik pada tab E-mel Kami di panel kanan
  2. Pilih Pertanyaan/Permintaan di bawah kategori Jenis Maklum Balas
  3. Pilih Tempahan di bawah Sub kategori 1
  4.  Pilih GE14 untuk Sub kategori 2
  5. Nyatakan pilihan anda di bawah Subjek: “GE14 - Tukar Penerbangan” ATAU “GE14 - Akaun Kredit”
  6. Lengkapkan borang tersebut dan klik Hantar

a.    Untuk penukaran tairkh penerbangan, sila nyatakan butiran penerbangan baharu (tarikh dan masa), nama penumpang dan hantar salinan MyKad anda

b.    Untuk akaun kredit, sila nyatakan nombor keahlian (ID) AirAsia BIG Loyalty dan hantar salinan MyKad anda

Para tetamu yang akan membuat perjalanan dalam tempoh pengundian dinasihatkan untuk tiba di lapangan terbang lebih awal untuk mengelakkan kesesakan, dan menggunakan perkhidmatan daftar masuk melalui laman web dan aplikasi mudah alih untuk kemudahan mereka. Perkhidmatan tersebut boleh didapati 14 hari sebelum waktu pelepasan dan sehingga 60 minit sebelum.

Bagi para tetamu yang mempunyai bagasi daftar masuk, mereka dinasihatkan untuk tiba lebih awal untuk memastikan mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk mendaftar masuk bagasi mereka sebelum ke pintu masuk.

Kami ingin mengucapkan selamat jalan kepada semua tetamu untuk Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan datang.