AirAsia tambah penerbangan, lanjutkan tempoh bagi tambang tetap untuk Pilihan Raya Umum ke-14

SEPANG, 19 April 2018 - Sempena peningkatan permintaan penerbangan pada musim Pilihan Raya Umum, kami akan menambah penerbangan untuk laluan domestik yang terpilih.

Di samping itu, tempoh perjalanan asal dari 8 hingga 10 Mei 2018 untuk tawaran tambang tetap kami juga akan dilanjutkan kepada 7 Mei 2018.

Dari 7 hingga 10 Mei 2018, AirAsia akan mengendalikan sebanyak 120 penerbangan tambahan, termasuklah 20 pesawat Airbus A330 yang mempunyai 377 tempat duduk.

Tambang sehala dalam tempoh ini ditetapkan pada RM99* untuk laluan dalam Semenanjung Malaysia, RM129* untuk laluan dari Semenanjung ke Sarawak dan RM199* untuk laluan dari Semenanjung ke Sabah, untuk tempahan baharu sahaja dan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.

PENERBANGAN TAMBAHAN (A320/A330)

Dalam Semenanjung Malaysia

malaysia ge 14 bahasa 1.png

Semenanjung Malaysia-Sarawak

malaysia ge 14 bahasa 2.png

Semenanjung Malaysia-Sabah

malaysia ge 14 bahasa 3.png

* Tambang sehala termasuk semua untuk tempat duduk standard sahaja (tidak termasuk Premium Flatbed) termasuk cukai dan caj. Tertakluk kepada terma dan syarat.