Piala AFF Suzuki 2018 terbang lebih tinggi bersama AirAsia

AFF_SuzukiCup_Logo_Landscape_CMYK_Legal.jpg

KUALA LUMPUR, 3 Mei 2018 – AirAsia kini adalah Rakan Penaja Rasmi Piala AFF Suzuki 2018 - menghubungkan syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka Asean dengan pertandingan bola sepak ternama di rantau ini.

Ini merupakan kali pertama AirAsia, yang terbang ke lebih 130 destinasi di Asia Pasifik - termasuklah ke semua 10 negara Asean - menyokong perlawanan popular yang berlangsung dua tahun sekali, yang mana kali terakhir dimenangi oleh Thailand pada tahun 2016.

Cabutan rasmi Piala AFF Suzuki ini telah berlangsung di Jakarta pada 2 Mei, manakala perlawanan akan berlangsung pada pertengahan bulan November.

"Saya mempercayai kebolehan sukan bola sepak Asean. Saya telah menyaksikan setiap perlawanan Piala AFF sejak ia dianjurkan buat kali pertama pada tahun 1996 dan saya amat teruja dapat menyokong acara terbesar dalam kalendar bola sepak di rantau ini,” kata Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Kumpulan AirAsia X.

"Bola sepak adalah sukan untuk semua dan AirAsia adalah syarikat penerbangan untuk semua. Kami berharap dapat menyokong sukan ini di Asean dengan cara yang bermakna dan berharap satu hari nanti, kami akan mempunyai kelab kejuaraan bola sepak Asean untuk meningkatkan mutu permainan ke tahap yang lebih tinggi."

Tahun ini adalah tahun ke-12 Piala AFF Suzuki, yang telah dianjurkan buat kali pertama pada tahun 1996.

Lebih penting lagi, penajaan AirAsia adalah tepat pada waktunya kerana perlawanan tersebut mempunyai format baharu, untuk memberi lebih pendedahan kepada para pemain di dalam negara masing-masing serta memastikan para peminat turut terlibat sama.

Buat kali pertama di dalam sejarah perlawanan, setiap kumpulan akan mempunyai lima pasukan, dengan setiap pasukan bermain dua perlawanan di dalam negara sendiri dan dua di luar negara. Ini bermakna, pada sepanjang kejohanan, lebih banyak perlawanan akan berlangsung di dalam setiap negara yang mengambil bahagian, seterusnya meningkatkan persaingan.

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Haji Ahmad Shah, Presiden Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), berkata, "Kami berbangga kerana menerima sokongan daripada AirAsia, sebuah jenama besar mantap yang mempunyai reputasi sebagai sebuah syarikat yang inovatif, bernilai dan berprestasi tinggi, selaras dengan kejohanan bola sepak terkemuka Asia Tenggara ini. Dengan sokongan AirAsia, kami yakin Piala AFF Suzuki pada tahun ini akan menjadi salah satu kejohanan yang paling berjaya serta menarik para peminat di rantau ini.”

"AirAsia adalah salah satu daripada jenama yang paling dinamik di Asia dan mempunyai pengaruh yang kuat dalam sukan, jadi kami amat berbesar hati kerana mempunyai rakan rasmi yang bersemangat untuk memupuk sukan bola sepak ASEAN dan terus memperkasakan wira negara kita," kata Tom Smith, Presiden, Football – Asia, Lagardère Sports.

"Menerusi format kejohanan baharu serta laluan dan pilihan penerbangan AirAsia yang luas, para peminat kini berpeluang untuk menikmati nilai tambang terbaik untuk menyokong pasukan kebangsaan mereka di rantau ini. Kami bangga kerana dapat menawarkan pilihan penerbangan ini kepada semua peminat, pemain, dan kakitangan yang terlibat dalam Piala AFF Suzuki 2018."

***

Mengenai ASEAN Football Federation (AFF)

The ASEAN Football Federation comprises 12 Member Associations. The main objectives of the ASEAN Football Federation are to develop football in ASEAN through its activities, courses and competitions, to continue to nurture the ASEAN Football Championship as the premier Football Tournament in Asia and to foster closer relationships between Member Associations in ASEAN and the Regional Federations across Asia.

http://www.aseanfootball.org

Mengenai Lagardère Sports

Lagardère Sports is a leading sports marketing agency with a global network of local experts dedicated to delivering innovative solutions that meet our clients’ needs. We believe sport inspires emotions and passion that are essential to enriching people’s lives and generate powerful collective experiences. At Lagardère Sports, we dedicate our expertise and passion to providing our clients with privileged access to the infinite opportunities of sports. Lagardère Sports is part of Lagardère Sports and Entertainment, a company with more than 1,700 employees worldwide and 50 years of experience. For more information, please visit lagardere-se.com, or follow us on LinkedIn, Twitter, Instagram, and Facebook.