Penutupan Pulau Boracay
SEPANG, 5 April 2018 – AirAsia akan mengubah jadual penerbangannya berikutan arahan Kerajaan Filipina untuk menutup Pulau Boracay buat sementara waktu bagi kerja-kerja pemulihan bermula 26 April 2018 sehingga 26 Oktober 2018.
Dalam tempoh enam bulan ini, AirAsia akan mengubah jadual penerbangan ke Caticlan (MPH) dan Kalibo (KLO) seperti berikut:
Penerbangan yang digantung:
Penerbangan yang dikekalkan:
Untuk tidak mengganggu pelan percutian para tetamu kami, AirAsia akan menambah penerbangan ke destinasi percutian popular lain seperti Palawan, Bohol, Cebu, dan Davao di Filipina.
Para tetamu yang terjejas dengan perubahan ini dan memiliki tempahan penerbangan dari 26 April 2018 sehingga 26 Oktober 2018 akan dimaklumkan melalui e-mel dan SMS. AirAsia menasihatkan para tetamu untuk mengemas kini alamat e-mel dan nombor telefon bimbit (dengan kod awalan negara) dalam profil keahlian AirAsia untuk memastikan kami boleh menghubungi mereka untuk sebarang bantuan.
Para tetamu yang terjejas boleh memilih perkhidmatan pelan pemulihan seperti berikut:
a. Tukar destinasi: Tetamu boleh memilih mana-mana penerbangan yang dikendalikan oleh
AirAsia Filipina (kod penerbangan Z2) dalam negara yang sama dalam masa 30 hari dari tarikh
perjalanan asal tanpa sebarang caj tambahan, tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk dan cukai kerajaan. Perbezaan harga tambang akan dikenakan untuk penukaran kepada penerbangan antarabangsa yang dikendalikan oleh penerbangan lain dalam Kumpulan AirAsia dan penukaran tarikh melebihi 30 hari kalendar; atau
b. Tukar tarikh penerbangan: Tukar ke tarikh perjalanan yang baharu di laluan yang sama tanpa
caj tambahan, tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk; atau
c. Akaun kredit: Mengekalkan nilai tambang dalam akaun AirAsia BIG Loyalty anda untuk
penerbangan masa hadapan dengan AirAsia. Tempoh sah kredit shell dalam talian adalah selama 90 hari kalendar bermula dari tarikh yang dikreditkan; atau
d. Pembayaran balik penuh: Mendapatkan bayaran balik penuh kepada akaun pembayaran asal
bersamaan dengan harga tempahan anda.
Para tetamu yang ingin menukar tarikh penerbangan / menerima akaun kredit perlu mengisi e-
Borang yang boleh didapati di support.airasia.com:
- Klik pada tab E-mel Kami di panel kanan
- Pilih Pertanyaan/Permintaan di bawah kategori Jenis Maklum Balas
- Pilih Tempahan di bawah Sub kategori 1
- Pilih Penutupan Boracay untuk Sub kategori 2
- Nyatakan pilihan anda di bawah Subjek: “Boracay - Tukar Penerbangan” ATAU “Boracay - Tukar Destinasi” ATAU “Boracay - Akaun Kredit”
- Lengkapkan borang tersebut dan klik Hantar
- Untuk penukaran penerbangan, sila nyatakan butiran penerbangan baharu (tarikh dan masa) dan nama penumpang
- Untuk penukaran destinasi, sila nyatakan destinasi baharu, butiran penerbangan baharu (tarikh dan masa) dan nama penumpang
- Untuk akaun kredit, sila nyatakan nombor keahlian (ID) AirAsia BIG Loyalty anda
Para tetamu yang ingin mendapatkan pembayaran balik penuh juga perlu mengisi e-Borang yang boleh didapati di support.airasia.com:
- Klik pada tab E-mel Kami di panel kanan.
- Pilih Pembayaran Balik Penuh di bawah kategori Jenis Maklum Balas
- Pilih Pembatalan Penerbangan di bawah Sub kategori 1
- Nyatakan Subjek: “Boracay - Pembayaran Balik Penuh”
- Lengkapkan borang tersebut dan klik Hantar
Untuk bantuan segera dan sebarang maklumat tambahan, sila hubungi kami melalui pusat panggilan yang tersenarai di support.airasia.com.
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para tetamu kami kerana memahami dan memberi sokongan yang berterusan.
PEMBETULAN: Dikemaskini pada 11 April 2018 (11.00pagi) untuk makluman jadual penerbangan baharu bagi Manila-Caticlan-Manila dan Manila-Kalibo-Manila.