Dari Pertarungan ke Penerbangan - AirAsia Lancar livery Jenama UFC Bagi Meraikan Kerjasama UFC
KUALA LUMPUR, 25 May 2018 - Organisasi seni mempertahankan diri campuran terulung dunia UFC® dan AirAsia selaku penaja UFC dan persembahan UFC® FIGHT NIGHT SINGAPORE: COWBOY VS EDWARDS presented by AirAsia, hari ini melancarkan hiasan atau "livery" jenama UFC pertama pada pesawat AirAsia Airbus A330-300.
Pesawat ini menampilkan jenama UFC buat julung kali, dan semestinya akan menarik perhatian pelancong seluruh dunia.
“Kerjasama yang patut diteladani antara UFC dan AirAsia membuktikan semangat di sebalik kedua-dua jenama yang memberi penuh inspirasi,” ujar Naib Presiden, Kerjasama Pemasaran Antarabangsa UFC, Rene Valencia .
“Hari ini merupakan peristiwa bersejarah yang boleh dibanggakan dan kami mengalu-alukan pelancong menaiki pesawat mengagumkan jenama AirAsia Airbus.”
Perasmian ini disaksikan oleh atlet UFC kelas ringan di tangga kelima, Kevin Lee yang hadir untuk mempromosikan UFC® FIGHT NIGHT SINGAPORE: COWBOY VS EDWARDS presented by AirAsia yang akan dianjurkan pada 23 Jun. Pada perasmian Ini, Lee berkata, "Ini ternyata hebat. Jenama UFC menghiasi pesawat ini seperti mimpi - AirAsia membawa integrasi kerjasama ke tahap ini adalah amat mengagumkan."
Ketua Penjenamaan Kumpulan AirAsia Rudy Khaw berkata, "Kami berbesar hati untuk memperkenalkan livery istimewa ini selaku syarikat penerbangan rasmi UFC di Asia. Peminat pertarungan penuh semangat menunggu kedatangan kembali UFC ke Singapura, dan kami teruja untuk mempersembahkan Cowboy vs Edwards untuk keseronokan peminat."
Berucap di pelancaran terbabit, Naib Presiden Asia Pasifik di UFC Kevin Chang berkata, "Ini adalah saat istimewa bagi rakan kongsi yang dihargai, AirAsia dan UFC. Kami komited untuk meluaskan jenama dan sukan di Asia, dan kerjasama ini akan terus membantu kami untuk melakukannya. Kami mempunyai satu malam pertarungan di Singapura dalam masa kurang daripada sebulan, dan pesawat berjenama ini akan menambah keterujaan peminat yang melancong ke sana."
Pada 23 Jun kelak, peminat bakal menyaksikan acara MMA bertaraf dunia dengan atlet dari seluruh dunia. UFC® FIGHT NIGHT SINGAPORE: COWBOY VS EDWARDS presented by AirAsia benar-benar acara pertarungan antarabangsa yang mengetengahkan atlet dari Australia, Brazil, China, England, Jepun, Mexico, Filipina, Rusia dan Amerika Syarikat.
Tiket ke malam aksi sukan yang menyeronokkan di UFC® FIGHT NIGHT SINGAPORE: COWBOY VS EDWARDS presented by AirAsia berharga S$378, S$268, S$198, S$148, S$98, S$68 dan S$48 (harga tidak termasuk bayaran tempahan). Tiket kini tersedia untuk dibeli secara atas talian,Tiket juga boleh diperoleh menerusi www.sportshubtix.sg, kaunter Box Office Stadium Tertutup Singapura, Cawangan Sports Hub Tix, semua lokasi SingPost, dan dengan menghubung talian hotline Sports Hub Tix di +65 3158 7888.
Tambahan lagi, peminat boleh memilih pakej terhad Pengalaman VIP UFC bermula dari S$888 untuk Super VIP ke S$2,888 untuk Owner VVIP, dengan tempat duduk terbaik di sebelah Octagon. Kesemua pakej termasuk layanan VIP eksklusif di ruang tamu VIP, di mana peminat boleh memperoleh akses kepada peluang bergambar dengan petinju undangan UFC dan UFC Championship Belt. Pakej pilihan termasuk lawatan peribadi ‘Di Dalam Octagon’ dan akses ke After-Party Rasmi.
Untuk maklumat acara terkini atau berita pertarungan semasa, sila layari UFC.com. Pertarungan tertakluk kepada perubahan. Lebih banyak pertarungan akan disahkan apabila tersedia.
Ikuti kami di Facebook (UFC Asia), Twitter and Instagram (@ufc), dan gunakan hashtag rasmi kami: #UFCSINGAPORE
Kategori Tiket: